Saturday, October 8, 2011

KATSARIN - Episode 1

KATSARIN
Episod 1

1. OPENING MONTAGE /CREDIT TITLES

2. LUAR. JETI NELAYAN THAILAND. MALAM
SOMSARK, EXTRAS

PADA SCREEN TERTULIS PERKATAAN SELATAN THAILAND.

LAGU SIAM KEDENGARAN DIMAINKAN PERLAHAN SEBAGAI LATAR BELAKANG MUZIK BABAK INI. SOMSARK DUDUK DI JETI DENGAN KAKINYA DIHAYUNKAN MENGIKUT RENTAK MUZIK YANG DIMAINKAN. (DARIPADA TELEFON BIMBITNYA). SEMENTARA ITU, DUA ORANG PENGIKUTNYA MENARIK KEPALA SEORANG PENIAGA YANG BARU DIRENDAM KE DALAM TONG DRUM YANG PENUH BERISI AIR.

PENGIKUT SOMSARK 1
Lain kali.. kalau orang suruh bayar .. jangan melawan....

PENGIKUT SOMSARK 2
Kau bayar kau senang... sekarang siapa susah!!! Kau berniaga kawasan kami... Bayar kami lah! (TAMPAR KEPALA PENIAGA TERBABIT)

MEREKA PANDANG SOMSARK. SOMSARK TIDAK BERPUSING MEMANDANG MEREKA SEBALIK MENUNJUKKAN ISYARAT IBU JARINYA DIHALAKAN KE BAWAH, MENYURUH MEREKA MERENDAM SEKALI LAGI. MEREKA TERUS MENGIKUT. PENIAGA TERSEBUT DIRENDAM AGAK LAMA. KEMUDIAN DIA DIJATUHKAN KE LANTAI JETI KAYU YANG AGAK USANG TERSEBUT. KESAKITAN.

PENIAGA
(MERAYU DALAM SAKIT) Tolonglah.... saya akan bayar.. saya bayar...

SOMSARK BANGUN. DIA MENUTUP TELEFON BIMBITNYA. KEADAAN JADI SUNYI SEKETIKA. SIPENIAGA KETAKUTAN MENDONGAK MELIHAT PADA WAJAH SOMSARK YANG MEMANDANG TAJAM KEPADANYA. SOMSARK BERJALAN KE ARAHNYA. DALAM KEADAAN MENIARAP TERSEBUT SI PENIAGA MENOLAK BADAN KE BELAKANG. TAKUT. TAPI SOMSARK KEMUDIAN MEMIJAK JARI PENIAGA TERSEBUT DENGAN KASUT KULITNYA. SAMBIL BERLALU DIA MENGHENTAKKAN KAKINYA PADA JARI-JARI TERSEBUT.

CUT TO

3. LUAR. ESTABLISH JETI SIAM. MALAM

DALAM SAMAR MALAM DI KAWASAN JETI NAMPAK DARI JAUH SOMSARK BERLALU. JERITAN YANG KUAT KEDENGARAN MEMECAH KESUNYIAN MALAM. SELEPAS JERITAN TERSEBUT, KEADAAN DI JETI KEMBALI SUNYI.

CUT TO

4.  LUAR. KAWASAN CALET HALIM. SIANG

ESTABLISH CALET HALIM DARI LAUT.
TUNJUK KEINDAHAN CALET DI WAKTU PAGI DAN BEBERAPA SHOT MENARIK DI SEKITAR CALET MILIK HALIM.

CUT TO

5. DALAM. PEJABAT CALET. SIANG
SUE, HALIM, ERINA

SUE, 12 TAHUN, KELIHATAN RISAU APABILA DIA BERGERAK KE PINTU PEJABAT MELIHAT KELUAR. DIA BERHENTI SEKEJAP MEMANDANG KELUAR DAN KEMUDIAN BERGERAK KEMBALI, RIMAS DAN RISAU. ERINA, 26 TAHUN MEMANDANG SUE KETIKA BERBUAL DI TELEFON. HALIM, 35 TAHUN, SEDANG DUDUK DI MEJANYA MEMBACA BEBERAPA DOKUMEN.

ERINA
(RISAU DAN MARAH) Ini pun satu! Ada telefon bukan nak buka... !!

SUE
Tak ada juga ke Maksu? Pakcik Zali tak jawab? Sue ingat dia tak bawa telefon... Nak masuk hutan bawa telefon buat apa..?

ERINA BERGERAK KE TINGKAP LALU MELIHAT LUAR.

ERINA
Maksu harap semua selamat.. Budak bertiga yang tak balik tu selamat dan Pakcik Zali pun selamat! Dah lebih  ... DIAM PANDANG HALIM YANG MASIH MELIHAT PADA BEBERAPA DOKUMEN DI MEJANYA TANPA ADA RASA RISAU.

ERINA
Abang.. kenapa abang biar si Zali tu masuk hutan cari budak-budak yang tak balik tu... dia bukannya renjer..

SUE BERHENTI ULANG ALIK. PANDANG AYAHNYA. DAPAT IDEA UNTUK SALAHKAN BAPANYA (SESEORANG) KERANA KERISAUANNYA.

SUE
Uh ah.. Dia bukan renjer... dia penulis... Kalau jadi apa apa pada Pakcik Zali... semua salah ayah! 

HALIM CUMA DIAM MEMANDANG MEREKA. TIDAK MENJAWAB. DIA SENYUM KEMUDIANNYA DAN MEMANDANG ARAH LUAR..

CUT TO

6. LUAR. HUTAN SIANG
TIGA REMAJA

TIGA REMAJA TERPERANGKAP DI TEBING CURAM. CUBA UNTUK PANJAT TAPI AGAK SUSAH. HENDAK TURUN AGAK LICIN. MEREKA GELISAH.

CUT TO

7. LUAR. HUTAN. SIANG
ZALI

ZALI MELIHAT KEPADA KESAN JEJAKKAN PADA TANAH DI MANA NAMPAK KESAN RANTING PATAH AKIBAT DIPIJAK ATAU DIPATAHKAN.

FLASH TO

8. LUAR. HUTAN. SIANG
TIGA REMAJA

DI LOKASI YANG SAMA SC 7, TUNJUKKAN TIGA REMAJA BERLALU DI KAWASAN TERBABIT DAN SALAH SEORANG TELAH MEMATAHKAN RANTING YANG DIBAWANYA DAN MEMBUANGNYA DI SITU.

FLASH TO

9. LUAR. HUTAN. SIANG
ZALI

CONTI SC 7, ZALI BANGUN LALU BERGERAK BEBERAPA LANGKAH MELIHAT BEBERAPA TANDA LAIN SEBELUM MENGAMBIL LALUAN YANG BETUL DAN MENGHILANGKAN DIRI KELUAR DARI FRAME.

CUT TO

10. LUAR. PEJABAT HALIM. SIANG
HALIM, SUE, ERINA

SUE DUDUK DI TANGGA PEJABAT CALET AYAHNYA MEMANDANG JAUH KE DEPAN. KOSONG. ERINA BERDIRI DI MUKA PINTU. HALIM KELUAR DARI CALET LALU DUDUK DI SEBELAH ANAKNYA.

HALIM
Orang manis-manis macam Sue ni hilang manis bila muncung! PICIT PIPI ANAKNYA. GELETEK. Senyum lah sikit...

SUE MENOLAK TANGAN AYAHNYA.

SUE
MERAJUK
Semua ni salah ayah! Kan kita boleh panggil polis kalau ada orang hilang kat hutan belakang tu.... Ayah dengan pakcik Zali... sama saja.. Naaaak nyusah diri... !! PAUSE.

HALIM PANDANG ANAKNYA. SUE MENUNDUK MUKANYA.
SUE
Sue takut Pakcik Zali buat gila-gila sebab makcik dah tak ada.. dia nak ikut makcik!  

TUNJUKKAN REAKSI ERINA YANG MENDENGAR KATA SUE. HALIM PEGANG KEPALA ANAKNYA. LETAK TANGAN DI BELAKANG ANAKNYA UNTUK MEMELUK BAHUNYA.

HALIM
Hiss.... Pakcik Zali tak macam tu.. Siapa pula cakap pakcik akan buat gila-gila sebab makcik dah tak ada..? Merepek! Kalau dia nak buat gila-gila.. dah lama dia buat.... Dah dua tahun makcik tak ada..  Siapa cakap Pakcik sanggup buat macam tu...

SUE
Maksu yang cakap... 

HALIM PANDANG ERINA. DIA GENGGAM PENUMBUK DAN TUNJUK PENUMBUK PADA ERINA. ERINA CUMA MENUNDUK MUKA DAN BERPALING AGAR TIDAK NAMPAK REAKSINYA, AGAK MALU. HALIM KEMBALI MEMUJUK SUE.

HALIM
(VO PADA MUKA ERINA YANG MENDENGAR) Sue jangan risau... Ayah bukannya setahun dua kenal pakcik Zali tu... Dah lebih 20 tahun! (SHOT KEMBALI PADA HALIM) Masa mula-mula ayah bina calet ni... 4 malam dia hilang diri dalam hutan tu... Dia lebih pandai dari ayah pasal hutan tu... REAKSI ERINA NAMPAK LEGA KERANA PENJELASAN TERSEBUT. HALIM BANGUN. BONGKOKKAN BADANNYA DI DEPAN SUE DAN MENARIK TANGAN ANAKNYA MEMANJAT BELAKANGNYA. Cepat.. naik belakang ayah!! Kita pergi tunggu Pakcik di jalan belakang tu... tak lama lagi keluar lah tu... SUE CUMA MENURUT. Tak payah nak risau-risau dengan orang tua tu.. SAMBIL BERJALAN. Tak ada apa dia takut dalam dunia ni kecuali terjun dalam laut... BERHENTI BERJALAN. SENYUM. Huh, nanti pakcik keluar kita tolak dia dalam laut.. kita tengok dia nak buat apa... HALIM KETAWA.

SUE
Sue tak pernah jumpa orang takut mandi laut macam pakcik Zali...

HALIM MEMBAWA SUE BERLARI DARI SITU. SUE KETAWA. ERINA MEMANDANG MEREKA. SENYUM SEKETIKA KEMUDIAN KEMBALI FIKIRKAN SESUATU SAMBIL PANDANG JAUH KE HUTAN. RESAH.

CUT TO

11. LUAR. HUTAN. SIANG
TIGA REMAJA

SALAH SEORANG REMAJA MULAI GELISAH. DIA BANGUN DAN MEMANDANG KELILING. TIADA JALAN KELUAR. DI ATASNYA AGAK CURAM. BAWAH PULA NAMPAK SEPERTI TIDAK BEGITU TINGGI TETAPI AGAK BERBAHAYA.

REMAJA 1
Dah satu malam kita di sini, tak nampak macam ada orang nak tolong pun... Panjat tak boleh... PANDANG BAWAH. Aku nak cuba turun...

REMAJA 2
Jangan lah nak cari pasal... kita tunggu dulu.. Nanti datang lah..  

REMAJA 1
Tunggu apa? Kalau ada orang tahu kita masuk hutan ni.. tentu mereka dah sampai...  Aku takut. tunggu punya tunggu .. mati kering sini... DIA MEMANDANG KE BAWAH. Aku nak cuba turun...

REMAJA 2
Hati-hati... kalau susah.. jangan cuba...

REMAJA 1 MULAI MENURUNI CURAM TERSEBUT. DIA BERJAYA BERGERAK TURUN BEBERAPA LANGKAH SEBELUM GAGAL MENGENGGAM BATU CURAM DENGAN KEMAS DAN MULAI MENGELUNSUR KE BAWAH. DIA AGAK CEMAS. REMAJA 2 MEMANDANGNYA CEMAS.

REMAJA 2
JERIT. Manap!!!

BAGAIMANAPUN, TANGAN REMAJA 1 BERJAYA MENCENGKAM BATU KETIKA MENGELUNSUR JATUH DAN DIA TERHENTI TIDAK BERGERAK. TIBA-TIBA DIA MENJADI SANGAT TAKUT.

REMAJA 1
JERIT . Batu-batu sini longgar.. aku tak bergerak ni.....

REMAJA 2 MERASA CEMAS DAN PANIK. DIA MENJERIT MEMINTA TOLONG.

REMAJA 2
JERIT KUAT. Tolong..... tolong!

CUT TO

12. LUAR. HUTAN. SIANG
ZALI

ZALI MEMANJAT TEBING TINGGI BERDEKATAN AIR TERJUN. DIA KEMUDIAN MERANDUK AIR YANG AGAK DERAS DAN KETKA MEMIJAK UNTUK NAIK KE TEBING DIA TERGELINCIR. KEPALANYA TERHANTUK PADA BATU DAN HILANG DI AIR. AGAK LAMA. DIA MUNCUL SEMULA MENGAMBIL NAFAS LALU KEMBALI MEMANJAT DAN KEMUDIAN MENERUSKAN PERJALANANNYA. LANGSUNG TIDAK MEMPEDULIKAN KESAKITAN.

CUT TO

13 LUAR. KEDAI JUALAN BARANGAN TEPI JALAN/DANORK. SIANG
SUCHART, PHAPOP

LAGU SIAM SEKALI LAGI MENJADI LATAR KEPADA BABAK. PHAPOP, 28 TAHUN MENGIKUT SUCHART, 50-AN MEMBELI BEBERAPA PERALATAN MEMANCING. PHAPOP NAMPAK AGAK TELITI MEMERHATI KEADAAN SEKELILING SEMENTARA SUCHART TIDAK SEDIKIT PUN HIRAU. APABILA KELUAR KEDAI, PHAPOP MEMBISIKKAN SESUATU PADA SUCHART KERANA DIA MERASAKAN ADA ORANG YANG MEMANDANG MEREKA DENGAN NIAT YANG TIDAK BAIK.

CUT TO

14. LUAR. LORONG KEDAI (DANOK). SIANG
PHAPOP, SUCHART

PHAPOP DAN SUCHART BERLALU DI LORONG (MONTAGE DARI TEMPAT SIBUK HINGGA SEPI) YANG AGAK SUNYI BILA PERJALANAN MEREKA DIHALANG OLEH BEBERAPA LELAKI DARI DEPAN DAN BELAKANG. SUCHART MENGELUARKAN WALLETNYA UNTUK DISERAHKAN KEPADA MEREKA.

SUCHART
Kami tak mahu cari gaduh... Ini semua duit.. Nak ambil.. ambil... CAKAP SIAM. Ambil! Tak mau gaduh..

MEREKA YANG MENGEPUNG SUCHART DAN PHAPOP DAN LANGSUNG TIDAK MENGAMBIL WALLET TERSEBUT TETAPI CUMA KETAWA. DUA DARI MEREKA MENGELUARKAN PISAU DAN MEMUSING-MUSING PISAU UNTUK MENAKUTKAN  SUCHART. SUCHART BERUNDUR DAN PHAPOP DENGAN TENANG MELANGKAH SETAPAK KE DEPAN. MELIHAT PHAPOP KE DEPAN, MEREKA MULAI MENYERANGNYA PHAPOP MUDAH SAHAJA MENCEDERAKAN KEDUA-DUA MEREKA DENGAN SATU PERGERAKKAN. PENJAHAT KETIGA MENJADI AGAK TAKUT MELIHAT TANGKASNYA PHAPOP. PHAPOP BERGERAK LAJU KE ARAHNYA, DIA MULAI BERUNDUR, AGAK CEMAS DAN TAKUT. DIA KEMUDIAN MELARIKAN DIRI TAPI PHAPOP BERLARI LEBIH LAJU, MEMOTONGNYA DAN MELOMPAT PADA DINDING BERDEKATAN BERPUSING DAN MENYEPAK PENJAHAT TADI DI MUKANYA DENGAN TANGKAS. PENJAHAT TERSEBUT TERUS JATUH TIDAK BERGERAK. SUCHART DATANG MENDEKATI PHAPOP YANG BERDIRI MEMBETULKAN SELUARNYA DI SEBELAH PENJAHAT YANG TERTIARAP. 

PHAPOP
Tuan, nampaknya sangkaan tuan betul... Ada orang mahu tuan mati...

SUCHART DIAM PANDANG MEREKA BERGELIMPANGAN SITU. DIA MENEPUK BAHU PHAPOP DAN BERGERAK DARI SITU.

CUT TO

15. LUAR. HUTAN. SIANG
ZALI, TIGA REMAJA

DUA RAKAN REMAJA CUBA MEMBANTU RAKAN MEREKA YANG TERGELINCIR TEBING. MALANGNYA AGAK BAHAYA. MALAH RAKAN MEREKA PULA MULA TERGELINCIR LEBIH JAUH. PADA SAAT ITU SEUTAS TALI DIJATUHKAN DARI ATAS TEBING KEPADA MEREKA. ZALI MENURUNI TALI TERSEBUT. SENYUM PANDANG MEREKA.

ZALI
Bukit ni bukan tempat main! Tunggu sini...

ZALI TERUS TURUN. BILA BERDEKATAN YANG REMAJA YANG TERGELINCIR, DIA MENCARI TEMPAT PIJAK KAKI YANG SESUAI DI BAHAGIAN BAWAH TEMPAT REMAJA TERBABIT BERPAUT. SALAH SEORANG DARI REMAJA DI ATAS MENJENGOK KE BAWAH DAN SECARA TIDAK SENGAJA DIA TERTOLAK SEKETUL BATU JATUH. JATUH YANG JATUH, TERPELANTING DAN MENGENA PADA DAHI ZALI APABILA DIA MENDONGAK. DIA TERHOYONG HAYANG SEBENTAR.

ZALI
MARAH. Jangan duduk di tepi!!!

DAHI ZALI BERDARAH. DARAH MASUK KE MATANYA DAN MENGABUR PANDANGANNYA.
ZALI MENDONGAK PANDANG PADA BUDAK YANG TAKUT BERPAUT PADA BATU.

ZALI.
Awak boleh panjat tali tu turun tak... awak jangan takut...
Saya ada..

REMAJA TERBABIT MEMEGANG TALI TERSEBUT.

CUT TO

16. LUAR. JETI NELAYAN THAILAND. SIANG
PHAPOP, SUCHART

SUCHART SEDANG MENAIKKAN BARANGNNYA KE DALAM BOT APABILA PHAPOP DATANG MEMBERIKAN BEBERAPA DOKUMEN KEPADANYA TERMASUK PASPOT YANG DISIMPAN DALAM PLASTIK KALIS AIR.

PHAPOP
Tuan, semua dah selesai... kita boleh bertolak bila-bila masa... TUNJUK DOKUMEN.

SUCHART
Awak simpan... Macam mana dengan Katsarin... dah sampai?

PHAPOP
Dah masuk kawasan jeti... Tuan, adik tuan, Tuan Chukiat juga dah sampai...  Dia nak jumpa tuan sebelum bot bertolak..

SUCHART BERHENTI SEKEJAP MENAIKKAN BARANGAN BILA DENGAR NAMA ADIKNYA, KEMUDIAN MENERUSKAN. PHAPOP MEMBANTU MENAIKKAN BARANGAN. SUCHART BERJALAN BEBERAPA LANGKAH DAN KEMUDIAN MEMANDANG JAUH KE JALAN RAYA MENUJU KE JETI.

CUT TO

 17. LUAR. TEMPAT LETAK KERETA JETI NELAYAN THAILAND. SIANG
CHUKIAT, KATSARIN, SOMSARK

CHUKIAT, 40-AN TURUN DARI KERETA MEWAHNYA. DIA MEMANDANG KELILING DAN NAMPAK SOMSARK BERDEKATAN. MEREKA SALING MEMANDANG. DIA MENGELUARKAN DOKUMEN DARI KERETANYA DAN KEMUDIAN BERJALAN KE BOT APABILA KATSARIN SAMPAI MENYAPANYA DARI KERETANYA (JUGA KERETA MEWAH).

KATSARIN
Pakcik! Pakcik pun ikut juga ke?

CHUKIAT GELENG KEPALA SAMBIL SENYUM PANDANG KATSARIN

CHUKIAT
Tak ikut Katsarin... Paksu ada kerja pejabat nak selesai dengan ayah...

KATSARIN
Tak seronoklah Pakcik tak ikut... Jom lah ikut sama Pakcik....

CHUKIAT KETAWA.  DIA GELENG KEPALA DAN PERGI DARI SITU. KATSARIN BERGERAK UNTUK PARKING KERETANYA.  APABILA MASUK SEBUAH KERETA LAIN, BERHENTI DI BELAKANG KERETANYA.

CUT TO

18. LUAR. LALUAN MASUK JETI KAYU. SIANG
SOMSARK, KATSARIN, CHUKIAT, PHAPOP

SOMSARK MENGHALA KAMERANYA KE ARAH KATSARIN DAN MENGAMBIL GAMBARNYA. DENGAN KAMERA YANG SAMA DIA MENGHALA KE ARAH CHUKIAT YANG BERJALAN KE BOT DAN MENGAMBIL GAMBAR SUCHART. KAMERA DIHALAKAN KEPADA PHAPOP DAN NAMPAK PHAPOP DENGAN TEROPONGNYA MEMANDANG SOMSARK. SOMSARK TIDAK BEGITU TAKUT MALAH DIA CUMA SENYUM LALU MENGAMBIL GAMBAR. DIA BERPUSING KE ARAH KATSARIN DAN NAMPAK KATSARIN SEAKAN BERGADUH DENGAN KAWAN LELAKINYA.

CUT TO

19. LUAR. PEJABAT HALIM. SIANG
ERINA, SUE, HALIM

ERINA BERPAKAIAN UNTUK MASUK KE HUTAN. BERJALAN DENGAN AGAK LAJU DAN KONFIDEN UNTUK MASUK KE HUTAN. DIA BERSELISIH DENGAN HALIM YANG SEDANG DUDUK MENYALAKAN UNGGUN API. SUE TERTIDUR PADA HAMMORK YANG TERPASANG DI POKOK BERDEKATAN.  

ERINA
Erina nak masuk cari mereka.... Dah semalaman tak balik...

ERINA BERHENTI MENANTI REAKSI ABANGNYA TETAPI HALIM TIDAK BERSUARA. ERINA MENERUSKAN PERJALANANNYA. 

HALIM
Hati-hati saja masuk tu... Jangan kelam kabut...

BELUM SEMPAT MASUK KE DALAM HUTAN, ZALI DAN TIGA REMAJA KELUAR DARI HUTAN. ERINA TIDAK JADI MASUK KE HUTAN MALAH CUMA MELIHAT ZALI BERLALU DI DEPANNYA. ZALI TIDAK MENEGURNYA. HALIM BANGUN MENDAPATKAN ZALI

ZALI
Budak-budak ni cuba panjat curam balik bukit... Tangan kosong...

HALIM
Aku agak macam tu juga.... Semua selamat?

ZALI TAK MENJAWAB TETAPI CUMA MELIHAT KE ARAH REMAJA YANG DUDUK KELETIHAN DI TANAH.

HALIM
Sue sampai tertidur tunggu kamu... Erina risau ingat kau dah mati... dia nak masuk cari mayat kau....

ERINA
CEPAT POTONG
Siapa yang risau pula... ?

ZALI PANDANGNYA. DIA BERGERAK KE ARAH SUE YANG MASIH TIDUR LENA.

ZALI
PADA ERINA TANPA TENGOK MUKANYA. Baguslah macam tu... Hutan kecil macam tu.. tak guna risau...nanti kalau masuk seorang lagi... kena cari sekali lagi...

ERINA RASA GERAM KERANA USAHANYA TIDAK DIHARGAI. DIA CUMA MEMANDANG AGAK MARAH PADA ZALI. NAMPAK LUKA PADA DAHI ZALI. DARAH MENGALIR. ZALI BERJALAN PADA SUE.

CUT TO

20. LUAR. JETI NELAYAN THAILAND. SIANG
SUCHART, CHUKIAT,  KATSARIN, PHAPOP

SUCHART MENYERAHKAN DOKUMEN YANG DITANDATANGANINYA KEPADA CHUKIAT.

CHUKIAT
Saya nak ke Kanchanburi untuk beli batu permata di sana..

SUCHART
Orang kita di sana dah banyak.... Biar mereka uruskan.... Kau balik ke Bangkok dan uruskan pejabat semasa abang ke Langkawi ni...

CHUKIAT RASA AGAK KECEWA.

CHUKIAT
Abang macam tak percaya pada saya saja...

SUCHART
Kalau adik sendiri tak percaya .. nak percaya siapa lagi?
Kamu tunggu batu permata sampai dan hantar ke Langkawi.. abang tunggu di sana...

CHUKIAT KEMUDIAN BERGERAK DARI SITU. AGAK MARAH. SUCHART CUMA MEMANDANGNYA BERJALAN. SUCHART MEMANDANG KE ARAH KATSARIN DI TEMPAT LETAK KERETA. DIA MEMANGGIL PHAPOP MENYERAHKAN TEROPONG DAN MENEROPONG KE ARAH KATSARIN.

CUT TO

21. LUAR. TEMPAT LETAK KERETA JETI. SIANG
KATSARIN, SUCHART

DARI JAUH NAMPAK KATSARIN MEMBALING BEBERAPA PEMBERIAN TEMAN LELAKINYA. DIA MENINGGALKAN TEMAN LELAKINYA DAN APABILA TANGANNYA DITARIK, DIA MENAMPAR LELAKI TERSEBUT. DIA BERGERAK PERGI DARI SITU. SEMUA ITU DIPERHATIKAN OLEH SUCHART DARI BOTNYA.

CUT TO

22. LUAR. JETI NELAYAN / BOT SUCHART. SIANG
SUCHART, PHAPOP

SUCHART MELETAKKAN TEROPONGNYA. DIA RASA AGAK KECEWA.

SUCHART
Putus lagi?

PHAPOP
Saya tuan?

SUCHART
Itu yang ke berapa Katsarin putus sejak balik dari England?

PHAPOP
Tujuh tuan....

SUCHART MEMANDANG ARAH ANAKNYA LAGI. KEMUDIAN TEROPONG KE ARAH CHUKIAT YANG BERJALAN KE ARAH KERETANYA

CUT TO

23.  LUAR. JETI NELAYAN THAILAND. SIANG
KATSARIN, CHUKIAT

KATSARIN BERSELISIH DENGAN CHUKIAT DAN MEREKA BERBUAL SEKETIKA. CHUKIAT KEMUDIANNYA MENINGGALKAN ANAK SAUDARANYA DIA PERGI BERJUMPA SOMSARK YANG MUNCUL TIDAK JAUH DI BELAKANG KATSARIN. PHAPOP NAMPAK MEREKA BERBUAL DARI JAUH.

CUT TO

24. LUAR. TEPI HUTAN. SIANG
SUE, ZALI, ERINA

ZALI MENDEKATI SUE YANG TIDUR DI HAMMORK DIA MEMICIT HIDUNGNYA. SUE TIDAK BERGERAK DAN DILAKUKAN SEKALI LAGI. SUE RIMAS DAN MENEPIS, DIA TERPUSING JATUH DARI HAMMOCK DAN ZALI CUBA MENANGKAPNYA. ZALI JATUH TELENTANG DENGAN SUE DI ATASNYA.

SUE
Pakcik dah balik...

ZALI
Pakcik baru pergi satu malam dah ada orang risau pakcik...

SUE YANG BERADA DI ATAS ZALI MELIHAT PADA LUKA ZALI. DIA MENUNJUK PADA LUKA.

SUE
Luka! Sakit?

ZALI PEGANG LUKANYA DAN LIHAT DARAH DI TANGAN.  DIA BANGUN LALU DUDUK. SUE DUDUK DI SEBELAHNYA. PADA MASA YANG SAMA ERINA SAMPAI DENGAN KAPAS YANG DIBASAHKAN DI TANGAN.

ZALI
Pakcik dah lupa pula... (TENTANG LUKANYA). Tak sakit maknanya tak teruklah..

ERINA
Biar saya cuci..

ZALI GELENG KEPALANYA.

ZALI
Jangan susah-susah... Nanti...

SUE
Biarlah maksu cuci... Dia dari semalam risau pakcik...

ZALI SERBA SALAH. DIA MEMBIARKAN ERINA MENCUCI LUKA DI DAHINYA. HALIM MEMERHATI REAKSINYA.

ERINA
Luka begini harus disapu antiseptik.. kita tak tahu bakteria apa di hutan tu...

ZALI MEMANDANG MUKA ERINA.

FLASH TO

25. DALAM. RUMAH ZALI. SIANG
ALISYA, ZALI

ALISYA MENCUCI LUKA PADA DAHI ZALI

FLASH TO

26. LUAR. TEPI HUTAN. SIANG
ZALI, ERINA

CONTI DARI BABAK 24. ZALI TERSENTAK APABILA SEDAR DIA LAMA MEMANDANG ERINA YANG MIRIP WAJAH ISTEIRNYA. DIA SEGERA MEMEGANG TANGAN ERINA YANG MENYAPU LUKANYA. AGAK LAMA DIA MEMEGANG DAN MENARIK TANGAN TERSEBUT DARI DAHINYA. DIGENGGAMNYA AGAK LAMA DAN KEMUDIAN DIPANDANGNYA WAJAH ERINA. ZALI BANGUN SEGERA KEMUDIANNYA DAN BERGERAK DARI SITU. HALIM MEMANDANG REAKSI KAWANNYA. ERINA DAN SUE AGAK HAIRAN DENGAN REAKSI ZALI.

ERINA
Abang Zali... .Abang... belum habis lagi....

HALIM MENGISYARATKAN KEPADA ERINA SUPAYA JANGAN MEMAKSA ZALI. ZALI CUMA BERJALAN MELEPASI HALIM TANPA BERSUARA. SUE DAN ERINA BERPANDANGAN, TIDAK FAHAM.

CUT TO

27.  LUAR. JETI NELAYAN. SIANG
KATSARIN, PHAPOP, SUCHART

KATSARIN MENAIKI BOT DAN MELIHAT SEKELILING. DIA HAIRAN KENAPA AYAHNYA MEMILIH BOT YANG BURUK.

KATSARIN
Ayah! Assalamualaikum!

SUCHART MENJAWAB. PHAPOP MELOMPAT TURUN BOT UTK MELIHAT APA-APA BARANGAN DI JETI.

KATSARIN
Ayah... ayah kan banyak bot... bukan bot laju saja yang kita ada, kapal layar pun ayah mampu beli... Katsarin tak faham kenapa ayah nak guna bot buruk ni....

SUCHART BERHENTI SEKEJAP MELETAKKAN KOTAK DIANGKATNYA KE BAWAH. DIA KEMUDIAN MENERUSKAN KERJANYA TANPA MAHU MENJAWAB SOALAN KATSARIN. KATSARIN HAIRAN MELIHAT REAKSI SUCHART. PHAPOP CUMA MEMANDANG KATSARIN. MELIHAT PHAPOP MEMANDANGNYA KATSARIN SEGERA BERGERAK DARI SITU.

CUT TO

28. LUAR. PANTAI CALET. SIANG
ZALI, HALIM

ZALI MENETAK BUAH KELAPA LALU MEMINUMNYA. DIA DUDUK TERMENUNG SEORANG DIRI APABILA HALIM DATANG MENDEKATINYA. HALIM DUDUK DI SEBELAHNYA. KEDUA DUA MEREKA MENGADAP LAUT.

HALIM
Huh.. sedih lagi!!! Alisya dah dua tahun tak ada... Kau sedih pun tak guna....

ZALI
AGAK MARAH. Tak payah nak berleter di sini... Pantai sini sikit punya luas ke..kat sebelah aku juga kau nak duduk... 

HALIM CUMA KETAWA DENGAN KATA-KATA KAWANNYA.

HALIM
Mood kau jatuh.. mood orang lain pun merundum... Aku tak risau kau..... aku risau orang lain...

ZALI TERUS BANGUN. DIA MENGIBAS PASIR PADA SELUARNYA DAN SEGERA BERLALU SAMBIL MERUNGUT.

ZALI
(MERUNGUT) Kau nak duduk berleter sini...kau duduk lah!! Baik aku mandi... kita nak bersedih seorang diri bukan nak kacau sesiapa...

ZALI BERGERAK DARI SITU TANPA MAHU MEMANDANG HALIM YANG KETAWA MEMANDANGNYA.

HALIM
KUAT. Lepas kau mandi tu...kau masak nasi goreng cina untuk aku dan Sue... Aku lapar... Bukan Sue saja yang risau kau tak balik... PANDANG ZALI TUNGGU REAKSINYA. Kau dengar tak... aku nak makan nasi goreng cina...

ZALI
BERSUARA TANPA PANDANG BELAKANG.
Ya lah.... Aku dengar...

HALIM KETAWA DAN KEMUDIAN BERHENTI TIBA-TIBA.DIA MERASA KASIHAN MEMANDANG RAKAN BAIKNYA TERSEBUT.

CUT TO

29. LUAR. JETI NELAYAN THAILAND. SIANG
PHAPOP, KATSARIN, SOMSARK

PHAPOP MERUNGKAI TALI BOT DAN MENAIKI BOT. KATSARIN BERDIRI BERDEKATAN MEMANDANG KE ARAH LAUT. PHAPOP MENDEKAT KATSARIN DAN BERDIRI DI SEBELAHNYA.

PHAPOP
Cik Katsarin tahu bagaimana ayah Cik Katsarin berjaya dalam perniagaannya...?

KATSARIN
Saya anak dia.. saya tahu...

PHAPOP SEAKAN TIDAK MENDENGAR KATA-KATA KATSARIN

PHAPOP
Sebelum perniagaan tuan maju dan berjaya. Tuan jadi nelayan di daerah sini. Hasil dari menangkap ikan bilis tuan akhirnya dapat berjaya seperti sekarang. Jadi tuan tak akan lupa bagaimana susahnya dia memulakan hidupnya dulu....

KATSARIN DIAM MEMANDANG PHAPOP. PHAPOP TIDAK MEMANDANGNYA.

PHAPOP
Bot buruk yang kita pijak nilah segalanya bermula bagi tuan.. Tuan sangat sayangkan bot buruk ni....

KATSARIN MEMANDANG SEKELILING BOT MENCARI AYAHNYA.

PHAPOP
Tuan sangat sayang pada Cik Katsarin. Dia mahu Cik Katsarin menghargai bot ini seperti mana dia sayangkan bot ini... kerana dari sinilah semuanya bermula...

KATSARIN BERPUSING UNTUK MENGADAP PHAPOP DAN MERENUNG MATANYA.

KATSARIN
Siapa yang memandai buat cerita begitu..

PHAPOP
Tuan ...

KATSARIN BERPUSING MARAH.

KATSARIN
Jadi awak banggalah.. ayah kongsi cerita dengan awak!! MARAH DAN CEMBURU. Pada anak sendiri tak pernah teringin nak bercerita... dengan orang asing pula dia pilih untuk .... TAK MAU HABISKAN KATA-KATANYA. KATSARIN TERUS BERGERAK MASUK KE DALAM BOT.  BOT MULAI BERGERAK PERLAHAN. SOMSARK SAMPAI BERDEKATAN BOT SUCHART DENGAN DUA PEMUDA YANG MENYERANG PHAPOP DI AWAL EPISOD. SOMSARK SENYUM MEMANDANG PHAPOP. MEREKA SALING PANDANG MEMANDANG DENGAN BOT BERGERAK MENINGGALKAN JETI. SOMSARK MENUNJUKKAN ISYARAT JARI DIA AKAN MENEMBAK PHAPOP SAMBIL SENYUM.

CUT TO

31. MONTAGE PENUTUP
GUNAKAN KONSEP PENUTUP 24 ATAU PRISON BREAK

1. DALAM. CAFE CALET. MALAM
ZALI MEMASUKKAN NASI GORENG YANG BARU DIANGKATNYA DARI KUALI KE DALAM PINGGAN LALU DI BAWANYA KELUAR DI MANA HALIM, SUE DAN ERINA MENANTI. MEREKA DUDUK UNTUK MAKAN DI WAKTU SENJA.

2. LUAR. BOT/LAUT. MALAM
KATSARIN SEDANG MENGGUNAKAN KOMPUTER DI DALAM BOT

3.  LUAR. BOT/LAUT. MALAM
SUCHART MEMANDU BOT DENGAN PEMANDU SEBENAR DATANG MEMBAWA MINUMAN PADANYA.

4. LUAR. BOT LAJU/LAUT. MALAM
SOMSARK MENAIKI BOT LAJU BERSAMA BEBERAPA RAKANNYA. NAMPAK BEBERAPA SENJATA API YANG DIBAWA BERSAMA.

5. LUAR. BOT SUCHART / LAUT. MALAM
PHAPOP BERDIRI DI DEPAN BOT MEMANDANG JAUH KE DEPAN DI WAKYU SENJA YANG INDAH.

FREEZE.

No comments: