NUFFNANG

S T I C K Y.N O T E

...no update at the moment :)

Monday, October 24, 2011

SKRIP TELEMOVIE (KOMEDI) - KALAU DAH JODOH

-Assalammualaikum-
Satu lagi skrip drama hasil penulisan Mahadzir Othman yang telah pun ditayangkan di TV2/TV1 tahun lepas tak silap saya, ke dah beberapa tahun yang lalu, antara drama yang mempunyai jalan cerita yang saya suka :)
Harap anda juga terhibur!

CADANGAN PENERBITAN TELEMOVIE KOMEDI (PERKAHWINAN)

TAJUK                                                 :                               KALAU DAH JODOH

KONSEP                                              :                               DRAMA (TELEMOVIE KOMEDI)

DURASI                                                :                               90 MINIT

IDEA ASAL                                         :                               MAHADZIR OTHMAN

SKRIP                                                   :                               MAHADZIR OTHMAN


MESEJ CERITA

1.             Jodoh yang dicari ibubapa biasanya adalah yang terbaik memandangkan mereka telah mengkaji baik buruk sesuatu jodoh pilihan dan cuma memikirkan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

2.             Jangan menilai seseorang dengan mengkategorikannya dalam kelas kelas tertentu kehidupan kerana tiap-tiap individu mempunyai sebab munasabah melakukan sesuatu di luar garisan normal.

3.             Memohon maaf adalah langkah yang terbaik apabila menyedari berlakunya sesuatu kesilapan yang dilakukan sendiri. Permohonan maaf tersebut harus disegerakan agar dapat menjernihkan keadaan.

4.             Mulut adalah senjata yang amat merbahaya dan seseorang harus bersedia menerima sebab akibatnya jika sudah terlepas cakap.

5.             Elakkan diri dari melakukan pembohongan biar sedikit pun memandangkan benda yang buruk itu akan menjadi busuk apabila terpecah.

6.             Masyarakat Malaysia adalah masyarakat yang peka IT dan berkomunikasi dengan pelbagai kaedah yang moden. Ada kebaikan dan keburukan di dalam penggunaan alat-alat tersebut dan pengguna harus pandai menilai kebaikan dan keburukan daripada penggunaannya.


KALAU DAH JODOH


SINOPSIS

Cerita mengenai dua watak utama cerita, iaitu Haikal dan Serina yang saling berkenalan melalui internet (chatting dan emel) dan menjadi kawan yang rapat di dalam media eletronik tersebut. Mereka sentiasa berutus emel mengenai kehidupan harian mereka. Tanpa disedari mereka, mereka sering bertemu tetapi dalam keadaan yang berbeza. Mereka merupakan musuh paling ketat jikalau bertemu dan sentiasa bergaduh dan perli memerli di antara mereka. 

Haikal jelas mempunyai persepsi yang buruk terhadap Serina yang sentiasa dilihatnya keluar lewat malam dan Serina pula sentiasa saja menganggap Haiqal perasan dia seorang yang tampan dan Serina percaya Haikal mempunyai IQ yang rendah. Tanpa Haiqal ketahui, Serina ada lah seorang penyunting video dan dia terpaksa bekerja lewat malam. Begitu juga di pihak Serina, dia tidak menyedari bahawa Haiqal adalah seorang perancang rancangan TV dan penulis rancangan yang dedikasi terhadap kerjanya. . Dengan persepsi masing masing yang sentiasa tersilap mereka sentiasa bergaduh bila berjumpa. Pertemuan yang kerap di antara mereka adalah disebabkan Haikal tinggal berdekatan dengan pejabat Serina.

Cerita bermula dengan sebuah prolog mengenai seorang lelaki yang banyak menyimpan gambar Serina yang digantung di biliknya. Dia juga seorang ahli sukan yang aktif dan ini ditunjukkan (tanpa wajahnya) apabila dia melakukan latihan dengan mengangkat besi-besi angkat berat di dalam bilik tersebut.

Cerita kemudian dimulakan dengan Haikal telah bertemu dengan seorang penarik beca dan makan bersamanya. Dia memberitahu penarik beca berkenaan bahawa dia sedang menulis sebuah dokumentari mengenai penarik beca dan ingin melakukan sedikit penyelidikan mengenai kehidupan penarik beca berkenaan. Pada masa yang sama juga dia mendapat emel dari Serina melalaui telefon 3G-nya. Apabila tugasnya selesai, Haikal telah menjawab emel Serina dengan telefonnya.

Kita lihat pula kehidupan Serina yang terpaksa bekerja malam dan melayan kerenah pengarah (pembantu) yang tidak tahu apa yang harus dilakukan semasa menyunting. Serina memberi pandangannya mengenai shot yang dipilih pengarah tersebut tetapi dia diperli oleh pengarah terbabit yang meninggi dirinya. Serina disuruh melakukan kerjanya tanpa memberi pandangan. Serina agak bengang dengan kata-kata pengarah tersebut dan ketika pengarah tersebut tidur, dia keluar untuk mencari minuman di kedai berdekatan (7-11 atau mamak 24 jam). Haikal turut keluar pada waktu yang sama. Haikal telah tersilap langkah apabila ingin masuk ke 7-11 (Serina ingin keluar) dan berlaku tolak menolak pada pintu kedai tersebut. Serina tidak menyenangi perbuatan (tidak sengaja) Haikal dan menyifatkannya sebagai orang tua perangai macam budak-budak, kerana cuba menguratnya. Haikal cuba meminta maaf kepada Serina tetapi dimarahi (Serina tengah marah kerana dikata seorang yang tidak tahu menyunting). Apabila Serina berlalu, Haikal merungut sendirian dengan mengatakan Serina seorang gadis yang murah, bila dia keluar lewat malam begitu. Serina terdengar apa yang dikatanya dan mereka bergaduh.

Apabila Serina berjalan kembali ke ofisnya (seorang diri di waktu malam), dia terasa ada orang yang mengekorinya. Dia naik cemas dan berlari balik ke ofisnya. Jelas kemudiannya sepasang kaki mengikutnya tetapi bersembunyi apabila Serina mengesyaki sesuatu. 

Di rumahnya, Serina membuka emelnya dan membaca emel dari Haikal. Dia merasa agak tenang selepas membaca. Muni kawannya masuk ke set menyoal Serina sama ada dia perasan ke tidak baju yang dipakainya tersebut adalah baju yang dipakai dua hari lepas dan belum berbasuh kerana terlalu sibuk. Serina kemudiannya meminjamkan Muni pakaiannya untuk dipakai dan Muni memilih pakaian yang agak cantik. Serina menerima telefon dari ayahnya, Hussin yang mengajaknya menziarahi kawannya di hospital dan makan bersamanya esoknya. 

Di rumah Haikal, Haikal menerima panggilan dari ibunya bertanyakan khabar mengenai dirinya. Ibunya turut meminta Haikal melihat kepada gambar-gambar gadis yang dikirimnya (dari telangkai). Haikal berpesan kepada emaknya supaya tidak berusaha mencari jodohnya kerana dia belum bersedia untuk berkahwin dan dia sendiri terasa malu kalau semua orang nanti tahu dia ingin berkahwin tetapi terpaksa menggunakan khidmat telangkai. Razali (ayah Haikal) turut memberi pandangan yang sama. Pada masa yang sama, Halim datang ke rumah Haikal meminta Halim membantunya memberitahu Azie (isteri Halim) bahawa Halim ada bersamanya sepanjang malam.

Halim kemudian tidur di katil bilik Haikal dan memaksa Haikal tidur di luar.

Serina bersama ayahnya, Hussin telah bertemu dengan Razali (ayah Haikal) dan Rosmah di hospital iaitu selepas Razali menjalani pemeriksaan tahunannya. Rosmah menjemput Hussin dan Serina makan bersamanya. Razali dan Hussin berbual panjang kerana telah hampir berbelas tahun tidak berjumpa. Rosmah menjadi mudah mesra dengan Serina dan sangat senang hati apabila ditemani Serina. Ketika mereka membasuh tangan, Razali bertanya kepada Hussin sama ada Serina sudah dijanjikan kepada sesiapa memandangkan dia mempunyai seorang anak lelaki yang sudah berusia 30 tetapi belum berkahwin.   

Kerana begitu suka dengan Serina, Rosmah mengajak Serina menemani esoknya untuk mencari minyak wangi yang dipakai Serina. Serina tidak menolak perlawaan Rosmah memandangkan dia sendiri amat menyenangi layanan Rosmah.

Serina kemudian bertemu dengan Muni untuk keluar membeli pakaian Muni di sebuah pasaraya di ibukota. Pada waktu yang sama, Halim mengajak adiknya keluar untuk membeli baju tidur untuk isterinya Azie, dalam proses untuk memujuk hati Azie yang marah kepadanya kerana keluar semalaman. Halim selamba sahaja masuk ke bahagian pakaian dalam wanita dan bertanya saiz yang sesuai untuk isterinya. Pada masa yang sama, Muni dan Serina turut berada di bahagian tersebut. Haikal nampak kekok apabila berada di bahagian tersebut. Ketika membayar, Halim mendapat panggilan daripada isterinya dan dia terpaksa memujuk isterinya semasa berbual. Dia menolak Haikal untuk membayar dan itu membuat Haikal serba salah. Haikal memberitahu jurujual (cashier) bahawa baju dalam tersebut untuk adiknya. Serina beratur di belakangnya. Apabila keluar dari pusat membeli belah tersebut, Serina didatangi seorang lelaki (secara tidak sengaja) yang mengajaknya makan bersama tetapi Serina menolak pelawaan tersebut.

Di rumah Rosmah, Azie datang bertemu Rosmah untuk melaporkan kepada Rosmah mengenai Halim yang balik lewat dan kemungkinan pakatan kedua beradik melindungi aktiviti Halim. Rosmah kemudiannya mengajak Azie mencari Halim di rumah Haikal. Di rumah Haikal, Halim dimarahi ibunya kerana sentiasa menyusahkan Azie yang risaukan dirinya. Dia menyuruh Halim balik ke rumahnya dan berkelakuan baik. Dalam pada itu, Azie terjumpa pakaian wanita yang berada di rumah Haikal dan Haikal tersepit sekali lagi apabila dipersoalkan mengenai pakaian dalam tersebut. Haikal meminta Halim menerangkan kepada ibunya mengenai pakaian dalam wanita tersebut tetapi Halim tidak membantunya kerana takutkan isterinya. Akhirnya Haikal memberitahu ibunya pakaian dalam wanita adalah untuk prop shooting.

Rosmah meminta Halim berjumpa bapanya di Kelab Darul Ehsan (KDE). Di sana Haikal diperkenalkan dengan Husin. Husin berkenan dengan Haikal kerana Haikal tahu banyak perkara mengenai perniagaan dan mengambil berat tentang kesihatan bapanya serta juga nampak seperti seorang yang matang. Razali dan Husin sepakat untuk menjodohkan Haikal dan Serina dan pertemuan diatur untuk berkumpul di hujung minggu di rumah Razali.

Rosmah keluar dengan Serina mencari minyak wangi yang dipakai Serina dan kemudiannya Rosmah mengambil masa tersebut untuk mengenali Serina. Serina memberitahu Rosmah pekerjaannya dan mereka turut menyentuh minat masing masing. Rosmah memberitahu Serina dia meminati barangan hiasan berwarna biru dan menjadi kegemarannya membuat koleksi pelbagai barangan hiasan. Serina memberitahu Rosmah bahawa minatnya lebih tertumpu kepada barangan kristal. Di kedai kristal berdekatan, Serina berjumpa dengan barangan kristal yang sangat disukainya dan menghantar gambar barangan tersebut melalui emel kepada Haikal dan memberitahunya, dia amat berharap ada seseorang yang boleh memberinya hadiah seperti barangan tersebut. (Berbola kristal).

Di rumah Serina, Serina sedang menulis emel kepada Haikal apabila Muni masuk memberitahunya bahawa bapanya telefon. Dia menjawab telefon di bahagian lain di rumah tersebut apabila Muni melihat emel dan membalas emel Haikal dengan memberitahu Haikal bahawa Serina ingin bertemu dengannya. Apabila emel dihantar, Muni tidak memberitahu Serina bahawa dia telah menghantar emel kepada Haikal. Haikal yang mendapat emel tersebut merasa hairan kerana mereka telah 3 tahun  berkenalan tetapi tidak pernah menyatakan hasrat untuk bertemu, tetapi kali ini Serina menyatakan untuk bertemu. Serina mebcadangkan mereka bertemu di warung makan biasa di Taman Tun. Haikal sekali lagi bertemu dengan Serina apabila dia keluar untuk membeli panadol di seven eleven. Mereka bergaduh seperti biasa dan apabila Serina kembali ke keretanya, dia dapati tayar keretanya pancit. Haikal mengherdik Serina dengan mengatakan kepada Serina bahawa itu adalah balasan tuhan kerana tidak menjaga mulutnya. Dia hanya memerhati sambil minum minuman ringan kesulitan Serina menukar tayar kereta tanpa membantu. Tanpa mereka sedari, mereka sedang diperhatikan oleh seseorang yang berdiri di dalam gelap berdekatan.

Serina menulis emel kepada Haikal kemudiannya memberitahu Haikal bahawa bapanya bertemu dengan kawan lamanya dan dia menjadi rapat dengan isteri kawan lama ayahnya. Apa yang menyeronokkan adalah mereka mempunyai minat yang sama pada barangan kristal. Serina memberitahu Haikal bahawa jikalau dia ada duit tentu dia akan membeli kristal tormaline dan cuma memakai set aksesori tormaline. 

Rosmah mengajak Serina ke rumahnya dan mereka banyak menghabiskan masa bersama. Ini tidak hairan memandang Rosmah yang tinggal seorang diri di rumah merasa sunyi dan memerlukan seorang kawan. Dalam pada itu, Rosmah sangat menginginkan anak perempuan memandangkan dia pernah kematian anak perempuan (semasa muda) akibat kemalangan. Rosmah yang senang dengan tingkahlaku Serina bercadang menjodohkan Serina dengan Haikal.

Dalam pertemuan yang diatur untuk Serina dan Haikal di rumah Razali, Haikal yang tiba agak lewat tidak menyedari bahawa dia akan dipertemukan dengan Serina, dalam masa yang sama Halim turut dijemput dan dia cuba rapat dengan Serina. Ini menimbulkan rasa cemburu di hati Azie dan Halim menjadi kecut apabila melihat mata Azie yang menjeling kepadanya. Haikal diperkenalkan kepada Serina dan mereka bergaduh secara perlahan dengan memperlahankan suara apabila bertemu kerana tidak mahu menyakiti hati kedua ibu bapa mereka. Walau bagaimanapun berlaku sedikit herdik mengherdik sesama mereka dan apabila mereka berjumpa di luar rumah Haikal mereka bergaduh seperti biasa dan membuat Serina merajuk. Dia meninggalkan rumah Rosmah dan ini membuat Rosmah hairan memandangkan dia amat rapat dengan Serina. Dalam pada itu Razali dan Hussin berkeyakinan bahawa Serina dan Haikal berjodoh.

Di rumahnya, Serina terkejut membaca emel bahawa Haikal ingin bertemunya. Muni memberitahunya kemudian bahawa dia yang menulis emel untuk mengajak Haikal berjumpa. Dia memarahi Serina kerana tidak berani berdepan dengan hakikat bahawa dia menyukai rakan internetnya dan bersembunyi di sebalik hubungan (affair) yang tidak berketentuan melalui internet. Dia mencabar Serina bertemu Haikal dan Serina bersetuju untuk bertemu Haikal di tempat yang diatur pada hujung minggu.

Halim sekali lagi datang untuk tidur di rumah Haikal kerana bergaduh dengan isterinya apabila terbaca sms yang meragukan. Haikal meminta Halim mengganti tempatnya untuk bertemu Serina kerana dia takut untuk bertemu Serina. Pada masa yang sama, Serina turut meminta Muni untuk menggantikan tempatnya untuk bertemu Haikal. Serina dan Haikal merancang untuk tiba-tiba terserempak dengan Muni dan Halim di tempat pertemuan untuk melihat pasangan mereka. Malangnya pada pertemuan tersebut, Azie dan Rosmah turut bertandang ke kedai berdekatan untuk mengambil pakaian mereka yang ditempah. Mereka ternampak kereta Halim di situ dan mencari Halim. Apabila nampak Azie dan ibunya hendak masuk ke dalam restoran, Halim dan Haikal segera bertindak melarikan diri mereka. Halim sempat memberitahu Muni bahawa diua telah berkahwin dan cuma membantu rakannya yang merasa segan untuk ke situ. Halim turut memberitahu Muni bahawa dia amat senang dengan layanan Muni dan merasakan mereka boleh menjadio kawan yang rapat. Dia memberi nombor telefonnya kepada Muni. Halim dan Haikal kemudiannya melarikan diri melalui pintu belakang.

Azie dan Muni kemudiannya bergaduh dengan cara terhormat di warung tersebut. Kerana perangai Azie yang cemburu dan pelbagai, Muni bertekad untuk berkenalan dengan Halim. Serina pula terlambat sampai ke tempat yang dijanjikan kerana dia dipanggil oleh ketuanya untuk melihat kerja barunya.  Apabila sampai seorang diri di restoran dia terserempak dengan Majid, seorang teman lamanya yang turut dikenali melalui internet. Serina tidak menyukai Majid dan menolak perlawaan Majid untuk makan bersamanya.

Apabila balik ke rumah, Haikal memberitahu Serina bahawa dia telah meminta rakannya menggantikan tempatnya kerana kononnya dia agak sibuk. Serina membalas emel memberitahu adalah lebih baik mereka tidak bertemu kerana akan merosakkan hubungan mereka yang dikira cukup baik.  

Serina dan Haikal bertemu sekali lagi di kedai dobi. layan sendiri di mana Haikal telah terlanggar Serina dan menyebabkan kasut yang dipakai Serina patah tumitnya. Semasa Serina membaiki kasut tersebut di tempat membaiki kasut tepi jalan, Haikal telah menambahkan duit ke mesin basuh Serina kerana berniat merosakkan pakaian Serina. Apabila kembali ke kedai tersebut, Haikal buat tidak tahu apabila Serina menjadi hairan kenapa mesin basuhnya belum habis membasuh sedangkan Haikal sudah mula mengutip pakaiannya. Dia bertambah hairan dan marah apabila ada antara pakaiannya rosak kerana diputar terlalu lama.

Bagaimanapun, Haikal telah menyelamatkan Serina apabila Serina diganggu oleh salah seorang teman internetnya, Majid yang sangat meminatinya. Serina pernah bertemu lelaki tersebut setahun yang lalu dan mendapati lelaki tersebut tidak sesuai untuk dirinya. Tanpa pengetahuan Serina, pemuda tersebut sentiasa mengekorinya dan merupakan seorang psaiko internet. Dalam pergelutan menyelamatkan Serina, Haikal telah lebam kedua matanya dan merasa dirinya akan mati tidak lama lagi. Ini tidak hairan memandangkan lelaki yang mengikuti Serina adalah seorang lelaki berbadan sasa dan jauh lebih kuat darinya. Dia meminta maaf kepada Serina kerana dia telah merosakkan pakaian Serina.  Di sebalik Haikal yang menyelamatkan Serina, Serina muncul memberanikan dirinya melawan lelaki terbabit dan mengalahkannya. Apabila mereka berdua dalam keadaan waras dan masing masing mengenali sesama mereka, mereka ketawa mengingatkan persengketaan mereka selama ini. 

Mereka berdua kemudiannya menasihati Majid agar mencari kegemaran baru memandangkan hobinya sangat menyusahkan orang. Majid kemudiannya memberitahu mereka dia tidak berniat buruk. Dioa sebenarnya mahu mengajak Serina makan bersamanya memandangkan dia sangat meminati Serina dan mereka pernah bertemu pada hari yang sama setahun lalu. Mereka bertiga makan bersama kemudiannya.

Apabila Haikal menghantar Serina balik, Serina memberitahu Haikal bahawa dia mempunyai seorang teman internet yang sangat baik dan dia merasakan dia meminati pemuda tersebut. Sebelum berpisah, Haikal meminta alamat emel Serina dan apa yang diberikan Serina memeranjatkan Haikal kerana alamat tersebut adalah alamat wanita yang menjadi kawannya sekian lama. Haikal mengetahui bahawa Serina adalah temannya selama ini. Dia sendiri sedar dia menyukai Serina.

Haikal kembali ke rumah bapanya dalam keadaan runsing kerana menyedari dirinya menyukai Serina dan tidak tahu sama ada Serina menyukainya setelah tahu Haikal adalah pemuda yang sering bergaduh dengannya. Razali menasihati anaknya agar kuat menghadapi kenyataan dan pergi berdepan dengan takdirnya.

Melalui emel, Haikal kemudian memberitahu Serina bahawa dia telah menipu Serina pada perjumpaan pertama dan dia sendiri mahu berjumpa Serina. Mereka kemudian bertemu di tempat yang dijanjikan dan Serina amat gembira bertemu Haikal. Haikal datang membawa kristal yang digemari Serina pada pertemuan tersebut. 

Sementara itu, dalam pertemuan yang diatur sekali lagi oleh keluarga mereka, Razali dan Hussin agak terkejut mendapati anak-anak mereka tidak lagi bergaduh dan masing-masing bercakap seakan sedang bercinta.   

Dalam pada itu, Halim melalui persahabatannya dengan Muni telah berjaya membentuk Azie membuang tabiat cemburu tidak bertempatnya. Ini memandangkan Halim berhasrat untuk berkahwin dengan Muni memandangkan Azie terlalu mengongkongnya. Azie dinasihati Haikal agar belajar untuk mengekang sifat cemburunya dan mempercayai suaminya.

Di akhir cerita kita melihat Majid mendapat kawan baru dalam internet dan dia mengumpul gambar yang baru di dindingnya.  

WATAK WATAK UTAMA

1. HAIKAL ( FAHARIN), 27 , seorang yang jujur dan peramah. Banyak berfikir dan sentiasa mencari idea untuk kerjanya iaitu sebagai seorang penulis iklan. Mempunyai persepsi yang konservatif terhadap golongan wanita moden dan menganggap mereka yang keluar rumah lebih sampai ke lewat malam adalah mereka yang kurang bermoral atau terlebih didik dan langsung tidak meminati wanita yang suka keluar lewat malam. Lebih menyukai wanita tradisional yang jelas sifat kemelayuan. Seorang yang idealis dalam memilih jodoh. Haikal tidak menyukai Serina mulai kali pertama bertemu memandangkan mereka bertemu pada lewat malam dan Haikal dimarahi Serina kerana melangganya ketika makan ais kerim. Pada ketika itu juga Serina tengah marah akibat kesilapan orang lain tidak menyiapkan kerjanya dan dia menjadi cepat marah. Menjadi musuh kepada Serina dan mereka sering bergaduh kalau berjumpa. Haikal mempunyai teman baik internet iaitu KasihMelayu dan dia sering berutus emel dan menceritakan masalahnya kepada teman tersebut. Haikal tidak menyedari bahawa gadis tersebut adalah Serina. Haikal mempunyai ibu bapa yang mengambilberat akan dirinya dan mahu dia cepat-cepat berkahwin tetapi dia kerap menolak semua gadis pilihan mereka. Konflik betambah berat apabila dia mulai menyukai Serina (internet) da tidak menyukai Serina (asli).   

2. SERINA (FAZURA / SHARIFAH SOFIA / RITA RUDANI), 26, seorang gadis yang berpelajaran dan bekerja sebagai penyunting video (komputer). Terpaksa bekerja hingga ke lewat malam untuk menyiapkan kerjanya. Seorang yang sensitif dan cepat marah. Serina tidak menyukai Haikal secara peribadi kerana Haikal terlebih dahulu tidak menyukainya. Dia sering bergaduh apabila berjumpa Haikal walaupun dalam hatinya dia ingin memohon maaf di atas segala kesilapannya termasuk kesilapan pertama dia memarahi Haikal yang terlanggarnya sehingga dia terpaksa balik ke rumahnya untuk bertukar pakaian pada hal kerjanya banyak.  Serina menyukai rakan internetnya (Haikal) tetapi agak takut untuk bertemunya apabila temu janji diatur. Dia pernah keluar dengan rakan internet dan terasa tertipu setiap kali keluar. Serina menyuruh Muni mengganti tempatnya. Konflik cinta nya bertambah apabila ibu bapanya yang tegas dan agak konservatif telah menyukai Haikal yang merupakan musuh ketatnya.

3. HALIM (HANS ISAAC / FAIZAL HUSSIN) 30-an, abang kepada Haikal. Sangat positif dalam hidupnya, suka berpoya poya dan mempunyai seorang isteri yang sangat cemburu. Halim sangat sayangkan isterinya. Kerana dia kerap keluar malam dengan pelbagai alasan, dia terpaksa menumpang tidur di rumah Haikal kerana isterinya mengusirnya keluar dari rumah. Halim mengambil tempat Haikal dan menyamar sebagai Haikal apabila bertemu Serina (sebenarnya Muni) dan dia telah jatuh cinta dengan Muni. Ini mengundang pergaduhan yang besar dengan isterinya, Azie. Di akhir cerita Halim mempunyai dua isteri yang kuat cemburu iaitu Muni dan Azie.

4. RAZALI (ISMAIL HUDSON) 50-an, ayah kepada Halim dan Haikal. Sangat matang dan jauh pandangan. Sangat pintar menilai seseorang dan ayah yang disegani. Razali amat menyukai Serina untuk diambil sebagai menantunya dan dia merancang pelbagai rancangan untuk menjdohokan anaknya, Haikal dengan Serina. Razali mempunyai isteri yang penyayang tetapi amat risaukan anak bongsunya Haikal.

5. ROSMAH (DIAN P RAMLEE) 50-an, isteri kepada Razali dan ibu kepada Halim dan Haikal. Sangat sayangkan kedua-dua anaknya tetapi amat risau dengan kelakuan Halim yang suka keluar malam dan sentiasa bergaduh dengan isterinya Azie. Rosmah masih menganggap anak-anaknya seperti anak-anak kecil yang perlu dididik dan ditegur. Rosmah juga turut risau dengan keadaan Haikal yang tidak mahu berkahwin dan kerap mencari jodoh yang sesuai untuk anaknya. Dia dan Razali merancang untuk menjodohkan Haikal dengan Serina.

 6. HUSSIN (FATHIL DANI) 50-an, bapa kepada Serina yang agak garang dan tegas. Sangat ditakuti anaknya dan memilih bakal menantunya. Hussin menyukai Haikal dan sangat berharap Haikal akan menjadi menantunya, iaitu selepas Serina bersetuju menerimanya. Malangnya, Serina amat bencikan Haikal. Pertemuan yang diatur Hussin dan Razali gagal.

7. MUNI (SERINA CHEF WAN), 26. Kawan baik kepada Serina dan juga merupakan penasihat Serina dalam segala aspek kehidupan. Sangat positif dalam pemikiran dan tidak kisah sama ada dia berjodoh dengan lelaki yang sudah berkahwin asalkan dapat membahagiakan dirinya. Dia menggantikan Serina untuk bertemu Haikal ( Halim) dan tertarik dengan peribadi Haikal (Halim). Muni berusaha mendapatkan Haikal (Halim) dan bersedia menjadi isteri keduanya.                                       



CERITA INI MESTI MENGGUNAKAN TELEFON MUDAH ALIH TERBARU YANG MENGGUNA 3G SEBAGAI LATAR CERITA DAN KEPENTINGANNYA ADALAH PERMINTAAN RTM UNTUK MENUNJUKKAN MASYARAKAT MODEN MALAYSIA YANG TELAH MAJU.




1. DALAM. BILIK ZAIDI. MALAM
PELAKON: ZAIDI

TUNJUKKAN KEADAAN BILIK ZAIDI DI MANA DI ATAS MEJANYA TERDAPAT SEBUAH KAMERA SLR DENGAN LENS BERKUASA TINGGI. DI SITU JUGA TERDAPAT JAM TANGAN, PEN DAN BEBERAPA KOTAK HADIAH YANG BELUM BERBUKA. TERDAPAT JUGA BANYAK GAMBAR-GAMBAR WANITA DI SITU. TUNJUKKAN PULA GAMBAR GAMBAR SERINA YANG DILEKAT DI DINDING. ZAIDI MASUK SET DENGAN BERSIUL SEBUAH LAGU TANPA MENAMPAKKAN WAJAHNYA, DENGAN MEMAKAI JEKET DAN KEMUDIAN MEMAKAI JAM TANGAN DI DINDING. DIA MELIHAT PADA PAPAN NOTIS YANG TERGANTUNG BERDEKATAN YANG MENUNJUKKAN RUTIN HARIAN SERINA. ZAIDI KEMUDIANNYA MENGGANTUNG GAMBAR SERINA YANG TERBARU.

CUT TO

2. DALAM. BILIK EDITING. MALAM
PELAKON: SERINA

SERINA SEDANG MENYIAPKAN KERJANYA DI BILIK EDITING. DIA MENCARI SHOT YANG BAIK UNTUK DISUNTING DI DALAM BILIK YANG AGAK GELAP. SERINA BEKERJA SEORANG DIRI. DIA BEGITU ASYIK DENGAN KERJANYA.
DI MEJANYA SEBAGAI PROP UTAMA MENAMPAKKAN BEBERAPA BEBOLA KRISTAL YANG BERSAIZ KECIL DISUSUN MENARIK. SERINA SERING MEMEGANG BEBOLA TERSEBUT KALAU DIA BERIHAT ATAU BERFIKIR.

CUT TO

2A. DALAM. KORIDOR BILIK EDITING. MALAM
PELAKON: ZAIDI, SERINA

KAMERA KEPADA SEPASANG TANGAN YANG MEMAKAI SARUNG TANGAN MEMEGANG WAYAR ELETRIK. POV LELAKI TERSEBUT SEAKAN MENCARI BILIK DAN SESEORANG. DIA MELIHAT KEPADA BILIK YANG KOSONG DAN KEMUDIAN BERJALAN LAGI. KEDENGARAN SUARA EDITING YANG KUAT DARI BILIK SEBELAH. TANGAN TERSEBUT P[ERLAHAN MEMBUKA PINTU BILIK DI MANA SERINA BEKERJA. NAMPAK OLEHNYA (POV) SERINA SEDANG EDITING. SERINA TIDAK SEDAR AKAN KEHADIRAN LELAKI TERSEBUT. TIBA TIBA SAHAJA LELAKI TERSEBUT MASUK MENGEJUT KE DALAM BILIK TERSEBUT DAN MENGANGKAT WAYAR DI TANGANNYA DAN MENJERUT LEHER SERINA. SERINA TERKEJUT DAN CUBA MENJERIT. DIA CUBA MELAWAN DENGAN MENARIK WAYAR TERSEBUT YANG TELAH DILILIT PADA LEHERNYA. AKHIRNYA SERINA SESAK NAFAS. DUNIA MULA BERPUSING. DIA DENGAR SUARA LELAKI TERSEBUT KETAWA.

CUT TO

2B. DALAM. BILIK EDITING SERINA. MALAM
PELAKON: SERINA

SERINA TERSENTAK JAGA. DIA SEGERA MENYEDUT UDARA SEAKAN DIA BENAR BENAR SESAK NAFAS. SERINA SEGERA PANDANG KELILING DENGAN CEPAT DAN KEMUDIAN SEDAR DIA BERMIMPI DAN BERADA DI BILIK EDITINGNYA. RUPA RUPANYA DIA TERTIDUR DI ATAS KERUSI TEMPAT KERJANYA.  DIA MEMEGANG LEHERNYA SEAKAN TERASA DIA DIJERUT. SUARA KETAWA YANG KUAT MASIH KEDENGARAN DARI GAMBAR YANG DIEDITNYA DI DEPANNYA. SERINA BANGUN MENGUSAP RAMBUTNYA. DIA MENGELIAT SEDIKIT DAN MELIHAT PADA TELEFONNYA. JELAS NAMPAK DIA MENDAPAT EMEL DARI JEJAKA PILIHAN. (TUNJUKKAN JUGA GAMBAR BEBOLA KRISTAL DIGUNAKAN SEBAGAI WALLPAPER TELEFONNYA)

SERINA
Bagus juga ada emel waktu begini... tak sangka aku boleh mimpi pelik-pelik... Emel Jejaka Pilihan.. SENYUM PADA DIRINYA. SERINA MEMBUKA EMEL TERSEBUT DARI TELEFONNYA. SERINA MEMBACA EMELNYA. (Jejaka Pilihan: Baru baca emel awak .. Nampaknya samalah kita berjaga malam.. Tadi di Melaka dapat gambaran kehidupan penarik beca... Pendapatan tak seberapa... tapi mereka gigih untuk hidup dan bangga dengan apa yang dilakukan... Satu pengajaran juga buat saya...  Harap kita pun boleh ada semangat kerja begitu... Saya ada beli cencaluk... awak nak?... :P

SERINA KEMUDIAN TEKAN PADA IKON REPLY.

SERINA
(MENAIP PADA TELEFON DAN REPLY) ((Berlian Terserlah:)) Kalau nak pun... macam lah dapat... dah tiga tahun kita beremel  rupa paras pun tak tahu... Biarlah begitu... Berkawan begitu lebih baik... Jangan lupa makan untuk saya sama... Cencaluk tak nak, bebola kristal besar boleh juga...

SERINA KEMUDIAN MENCARI GAMBAR BEBOLA KRISTAL PADA TELEFON DAN MENGHANTAR KEPADA HAIKAL. 
DIA KEMUDIAN SENYUM SEORANG DIRI. DIA MELIHAT PADA MINUMANNYA YANG TELAH KOSONG.

CUT TO

3. LUAR. RUMAH HAIKAL. MALAM
PELAKON: HAIKAL, HALIM (ABANG HAIKAL)

HAIKAL KELUAR DARI RUMAH APABILA HALIM SAMPAI DI DEPAN PINTU PAGAR DENGAN MEMPERLAHANKAN KERETANYA. HAIKAL MELIHAT PADA TELEFONNYA YANG TERCATAT ADA EMEL UNTUK NYA.

HALIM
Kamu nampak letih... Baru balik?

HAIKAL MENGANGGUK.

HAIKAL
Haikal ke Melaka tadi... Letih sikit... Tadi buka peti ais tengok kosong saja... Abang nak ke mana ni.... pakai lawa lawa malam malam...

HALIM
Jumpa kawan... SENGIH PANDANG HAIKAL. Oh... ni abang cari kau ni... Kalau kakak kau telefon... Macam biasa lah!! Cakap abang ada dengan kau.... HALIM CUMA SENGIH PANDANG HAIKAL. DIA MULA BERGERAK DARI SITU. TAPI BERHENTI DAN BERTEMPIK KUAT PADA HAIKAL

HALIM
Jangan lupa telefon mak.... Mak cari Haikal...

HAIKAL MEMANDANG HALIM YANG BERGERAK DARI SITU DENGAN KERETANYA. HAIKAL MELIHAT PADA TELEFONNYA DAN MEMBUKA EMEL SAMBIL BERJALAN. NAMPAK DARI EMEL YANG DIBUKANYA, TERTULIS EMEL DARI BERLIAN TERSERLAH.

TUNJUKKAN HAIKAL BERJALAN SEORANG DIRI DARI RUMAHNYA DI JALAN RAYA.

CUT TO

4. LUAR. KAKI LIMA KEDAI. MALAM
PELAKON: HAIKAL, SERINA

HAIKAL BERJALAN DI KAKI LIMA JALAN KEDAI. KEADAAN AGAK SUNYI DI WAKTU MALAM. NAMUN DI KEDAI MAKAN BERDEKATAN TERDAPAT RAMAI ORANG. BEGITU JUGA PADA KEDAI 24 JAM (SEPERTI 7-11 ATAU KEDAI MAMAK). HAIKAL MENJAWAB TELEFON PADA TANGANNYA.

HAIKAL
Ya.. saya kakak.... Haikal keluar makan dengan abang ni... Abang pergi tandas nanti dia keluar... Haikal suruh dia telefon kakak...  HAIKAL MENJELAN LIDAHNYA KERANA RASA BERSALAH DIA MENIPU KAKAK IPARNYA. HAIKAL MENUTUP TELEFONNYA. DIA KEMUDIAN SEGERA MENELEFON HALIM. PADA SCREEN MENCARI NOMBOR HALIM. MALANGNYA HALIM TIDAK MENJAWAB. Ala.. masa ni lah dia tak nak jawab... Ada bini nak tipu tipu... cari masalah betul...Apa nak buat ni?  Tak ada cara lain.... kena SMS. HAIKAL MENGHANTAR SMS KEPADA ABANGNYA. PADA MASA YANG SAMA, TUNJUKKAN SERINA KELUAR DARI KEDAI 24 JAM YANG DITUJU HAIKAL. MEREKA BERSELISIH DI KORIDOR TETAPI MASING MASING SIBUK DI TELEFON. HAIKAL SIBUK PADA TELEFONNYA MENGHANTAR SMS KEPADA HALIM DAN SERINA PULA SIBUK MEMANDANG TELEFONNYA MEMBALAS EMEL.

CUT TO

5.  DALAM. OPIS SERINA. MALAM
PELAKON: SERINA

SERINA KEMBALI BEKERJA MENYUNTING. DIA MEMEGANG BEBOLA KRISTALNYA KETIKA DIA HENDAK BERFIKIR.

CUT TO

6. DALAM. RUMAH HAIKAL. MALAM
PELAKON: HAIKAL DAN HALIM (ABANG HAIKAL)

HAIKAL TERTIDUR DI DEPAN TV APABILA PINTU RUMAH DI KETUK. DIA BANGUN AGAK TERSENTAK DAN MEMANDANG JAM PADA DINDING YANG MENUNJUKKAN PUKUL 3 PAGI.KEDENGARAN SUARA ABANGNYA HALIM MEMANGGIL NAMANYA DARI LUAR. HAIKAL MENGINTAI PADA CERMIN TINGKAP MELIHAT ABANGNYA HALIM BERADA DI LUAR. DIA SEGERA MEMBUKA PINTU.

HAIKAL
Ini sah.. kakak Azie kunci pintu rumah dari dalam... tak nak buka pintu....

HALIM SEGERA MASUK KE  DALAM RUMAH. SAMBIL BERJALAN KE RUANG TAMU DIA BERSUARA.

HALIM
Kakak kamu memang macam tu... Cemburu tak bertempat..
Malas abang nak gaduh... leceh... PAUSE. Esok pagi pergi pasar abang pujuk dia... baik lah nanti tu...
. 
HALIM TERUS DUDUK DAN BARING DI SOFA RUANG TAMU.
HAIKAL MENGANGKAT KASUT ABANGNYA DAN MENUTUP PINTU RUMAH. DIA MELETAK KASUT ABANGNYA DI DALAM RUMAH PADA TEPI PINTU.

HAIKAL
(SAMBIL MENUTUP PINTU DAN MENYIMPAN KASUT) Abang ni buat kakak lebih kurang saja... kasihan lah sikit Kak Azie tu.. .. dia seorang saja kat rumah... Abang tiap tiap malam keluar... Abang keluar pula tak pernah ajak dia... Bawa lah sekali... 

HAIKAL MEMANDANG HALIM PADA SOFA DAN DILIHATNYA ABANGNYA SUDAH TIDUR. HAIKAL MENUTUP LAMPU DAN BERGERAK DARI SITU MASUK KE BILIKNYA.

CUT TO

7. DALAM. PASAR. SIANG
PELAKON: HALIM (ABANG HAIKAL), ROSMAH (EMAK HAIKAL/HALIM), AZIE (KAKAK IPAR HAIKAL, ISTERI HALIM), EXTRA

PENJUAL AYAM MENETAK AYAM DAN MEMOTONG 16 DAN MEMASUKKAN AYAM KE DALAM PLASTIK. ROSMAH DAN AZIE BERADA DI PASAR SEDANG MEMBELI AYAM DAN BARANGAN KEPERLUAN. ROSMAH NAMPAK SEORANG GADIS YANG CANTIK DI SITU. ROSMAH MENGUIS AZIE MENUNJUKKAN KE ARAH GADIS BERKENAAN KEPADA AZIE. AZIE NAMPAK GADIS TERSEBUT. SEORANG YANG NAMPAK MANJA DAN SOPAN BERJALAN BERSAMA EMAKNYA.

ROSMAH
Emak tengok anak-anak yang sanggup teman mak pergi pasar macam tu... berkenan pula... Budak macam tu sesuai untuk Haikal... Nampak baik...

ROSMAH BERKATA SAMBIL TERUS BERJALAN KE ARAH GADIS BERKENAAN.

AZIE
Emak ni.... Orang yang datang ke pasar ni... Cuma nak beli ikan... bukan nak cari jodoh.. lagi pula.. tak tentu baik ke tidak mak... Orang KL ni macam macam... PAUSE. TENGOK SEKELILING. Mana abang ni... kata nak datang...

BELUM SEMPAT HABIS PERCAKAPAN DILIHATNYA EMAKNYA SUDAH BERBUAL DENGAN GADIS TERSEBUT.
AZIE CUMA SENYUM MEMANDANG ROSMAH. DIA KEMUDIAN MEMANJANG LEHERNYA MENCARI HALIM. DIA KEMUDIAN NAMPAK HALIM SEDANG MEMBELI IKAN. NAMPAK DI SEBELAH HALIM SEORANG GADIS. AZIE SEGERA KE SITU. DI TEMPAT IKAN, HALIM CUBA BERBUAL DENGAN GADIS 1 MENGENAI HARGA IKAN DEWASA INI.
HALIM MEMILIH IKAN UNTUK DITIMBANG.

HALIM
Siapa sangka 4 ekor ikan kembung dah 8 ringgit.. Lama-lama saya ingat orang dah tak makan ikan lagi...

GADIS 1 SENYUM PADANYA. GADIS TERSEBUT MEMILIH IKAN UNTUK DIBELI.

HALIM
Tengok mata dan insang sama bila nak beli... Mata tu kalau putih lagi.. kira baik... insang merah... Masih segar... belum busuk... Jangan segan.. kotor tangan sikit tak apa ...

AZIE SAMPAI DI SEBELAH HALIM.  HALM TIDAK SEDAR. AZIE MENCELAH

AZIE
Ikan betina ke ikan jantan yang sedap abang?

HALIM
Kalau nak sedap.... HALIM PANDANG PADA SUARA YANG BERTANYA. DILIHATNYA AZIE. DIA AGAK TERKEJUT.

HALIM
Azie... Hai... abang awal awal lagi dah sampai... Mak datang kan?

AZIE
MERAJUK Dah lah semalam Azie tunggu sampai pukul 3 pun abang tak balik... Dah tak balik... telefon pun tak... Pagi-pagi ni pula abang dah mula jual daun...

HALIM
Abang minta maaf lah sayang..

AZIE SUDAH BERGERAK DARI SITU. HALIM SEGERA MENGIKUT ISTERINYA SAMBIL MEMANGGIL GELARAN AYANG. GADIS 1 CUMA MEMERHATI MEREKA. SENYUM.

CUT TO

7A. LUAR. PARKING KERETA PASAR. SIANG
PELAKON: ROSMAH (EMAK HALIM/HAIKAL). SERINA

ROSMAH KE KERETA DENGAN TANGANNYA PENUH DENGAN BARANGAN. DIA MEMBUKA BONET BELAKANG KERETA DAN MELIHAT BANYAK BARANGAN GOLF DI SITU. KERETA SERINA MASUK KE TEMPAT PARKIR. SERINA KELUAR DARI KERETA MELIHAT ROSMAH MULA MEMUNGGAH BARANGAN TERSEBUT KE TEMPAT DUDUK BELAKANG.

SERINA
Biar saya tolong makcik...
ROSMAH MEMANDANG SERINA YANG KINI BERADA DI SEBELAHNYA. NAMPAK OLEHNYA SERINA SEORANG YANG MANIS. 

SERINA
Berat tu kayu golf... Biar saya angkat..

SERINA SEGERA MENGANGKAT SET GOLF BERKENAAN TANPA MENUNGGU JAWAPAN DARI ROSMAH. ROSMAH RASA SENANG HATI MELIHAT TELATAH SERINA.

ROSMAH
Pakcik yang pakai kereta semalam... terlupalah angkut keluar isteri nombor 2...

SERINA
Isteri nombor 2?

ROSMAH
SENYUM
Kayu golf... Lelaki kalau dah mula main golf.. macam kahwin satu lagi... lupa rumah tangga...

SERINA KETAWA.

SERINA
Kalau begitu nanti saya cari yang tak tahu dan tak mau main golf... PAUSE. ROSMAH DAN SERINA KETAWA. Apa lagi yang boleh saya tolong angkat makcik... ? Nak kosongkan bonet belakang ni tak? Ikan-ikan kalau letak sebelah dalam kereta... nanti harum satu kereta...

ROSMAH
Makcik rasa bersalah pula...macam paksa cik angkat barang barang ni.... Anak lelaki makcik ada kat dalam tu... Kejap lagi keluar lah tu..

SERINA
Tak ada masalah bagi saya makcik... lagipula tak elok biar makcik angkat sorang sorang... Apa lagi boleh saya tolong... ?

SERINA SEGERA MENGANGKUT BEBERAPA BARANGAN LAIN DARI BONET BELAKANG KERETA KELUAR UNTUK DIMASUKKAN KE DALAM TEMPAT DUDUK BELAKANG.
ROSMAH SENANG HATI MEMERHATI SERINA MEMBANTUNYA. DIA TURUT MEMBANTU.
TUNJUKKAN SHOT DARI JAUH MEREKA BERDUA MENGOSONGKAN BONET BELAKANG KERETA. TUNJUKKAN SHOT DARI JAUH SEORANG LELAKI YANG BERSEMBUNYI DI BALIK SEMAK MENGAMBIL GAMBAR SNAP SHOT SERINA.

CUT TO

8. DALAM. RUMAH ZAIDI. SIANG
PELAKON: ZAIDI

ZAIDI MELEKATKAN GAMBAR TERBARU SERINA PADA DINDING. DIA DUDUK DI MEJA DAN MELIHAT EMEL. DIA BROWSE PADA SENARAI YANG MENJAWAB EMELNYA TETAPI TIDAK TERDAPAT INTAN TERSERLAH. ZAIDI MELIHAT PADA KALENDER DAN KEMUDIAN MEMBULATKAN PADA 16 OKTOBER. DIA MENULIS PERKATAAN MESTI JUMPA.

(RUPA PARAS ZAIDI MASIH BELUM DIKENALI.)

CUT TO

9. DALAM. RUMAH SERINA. SIANG.
PELAKON: SERINA, MUNI (RAKAN BAIK SERINA)

SERINA DUDUK DEPAN KOMPUTERNYA MELIHAT EMAIL DARI HAIKAL YANG MENGGUNAKAN NAMA JEJAKA PILIHAN.

SERINA
CAKAP SENDIRIAN SAMBIL BACA EMEL.
ooo.. Rupa-rupanya tak pandai main golf... Ini tak boleh percaya punya kaki... Tak pandai tak bermakna tak main... TUNJUK SCREEN MONITOR. JEJAKA PILIHAN:)) Main golf padang tak pandai, golf bendang mmg bersemangat.... Lelaki yang main golf biasanya jarang balik rumah... Orang macam sy suka di rumah...

MUNI
Huh.... balas emel Si dia lagi? Tak lain tak bukan emel Jejaka Pilihan.... Kau kahwin sajalah dengan dia... Kenal dah lama... emel tiap hari...

SERINA SENYUM MELIHAT MUNI.

SERINA
Hai... dari tadi tak siap lagi.. kan tadi kata dah lewat...

MUNI MENUNJUKKAN BAJUNYA.

MUNI
Serina, kau ingat kalau aku pakai baju ni.. orang perasan tak aku pakai baju yang sama 2 hari lepas... dan baju ni tak basuh lagi.... SAMBIL CIUM BAJU DI TANGAN. Baju aku semua di dobi...

SERINA BANGUN LALU KE ALMARINYA. DIA MEMBUKA ALMARI BAJU DAN MEMANDANG KE ARAH MUNI YANG SEAKAN TERTANYA TANYA.

SERINA
Pilih saja kau nak pinjam yang mana.. Jangan buat helah baju busuk...

MUNI NAMPAK GEMBIRA.  

MUNI
Kau ni memang faham sangat dengan aku... Kalau begitu aku nak ambil yang lawa punya... PILIH SATU BAJU. Aku dah memang lama taram baju ni.... Kena dengan kulit aku... PAUSE. Serina... kau ada angkat tak baju kurung kedah aku... Aku sidai semalam...

SERINA
SERINA GELENG KEPALA. Sidai semalam angkat nak angkat hari ni...  jawabnya pergi cari kat kedai 'bundle' lah... 

MUNI NAMPAK AGAK KECEWA.

MUNI
Lesap lagi satu... PAUSE. GERAK KELUAR DARI BILIK.
Terima kasih pinjam baju... Petang nanti kalau tak sibuk. ambil aku di pejabat... Ada jualan murah .. aku nak cari baju... Jangan lupa.... Kirim salam kat jejaka pilihan kau tu...

SERINA SENYUM MEMANDANG  MUNI KELUAR. DIA KEMUDIAN KEMBALI KE KOMPUTERNYA.

CUT TO

10. DALAM. RUMAH ROSMAH. SIANG
PELAKON: ROSMAH (EMAK HAIKAL DAN HALIM, RAZALI (SUAMI ROSMAH))

ROSMAH MEMASAK APABILA RAZALI MASUK KE DALAM SET MEMBANTU ISTERINYA MEMASAK. RAZALI MASUK DAN MENGALIH AYAM YANG DIGORENG. ROSMAH PULA SIBUK MEMOTONG BAWANG.

RAZALI
(SAMBIL MENGALIH AYAM) Abang tengok makin banyak gambar calon calon untuk Haikal di atas meja...

ROSMAH
Ada yang abang suka tak....

RAZALI
Semua rupa paras cantik cantik... Kenapa tak suka pula.. tapi masalahnya.. PANDANG ISTERINYA DULU SEBELUM CAKAP. TAKUT KECIL HATI ISTERINYA. Bukan abang yang perlu suka... tapi Haikal...

ROSMAH
Haikal tu kalau tak tarik hidung dan paksa terima.. dia tak mau... MERUNGUT Umur dah lebih 30.... dok tak mau kahwin... (SAMBIL BERGERAK BASUH BAWANG) Tahun ni dia mesti kahwin...

RAZALI
Jangan paksa sangat... Yang nak menanggung nanti Haikal.... bukan kita.. Biar dia yang pilih... Kita sibuk macam mana pun.. kalau bukan jodoh Haikal.. tak jadi juga...

ROSMAH YANG MEMBASUH TADI CUMA DIAM. NYATA DIA TIDAK BERAPA SUKA DENGAN APA YANG RAZALI KATAKAN. DIA TIDAK BERSUARA MENGANGKAT KUALI LALU MEMASANG API. RAZALI SEGERA MENGANGKAT BAWANG YANG SUDAH DISIANG DAN BERDIRI DEKAT DENGAN ROSMAH. ROSMAH MENUANG MINYAK KE DALAM KUALI.

RAZALI
MEMUJUK Betullah Haikal yang pilih tapi tak ada salahnya kita cari calon yang baik-baik untuk Haikal.. untung untung dia setuju...

RAZALI TERUS MENUMIS BAWANG.

CUT TO

11. DALAM. RUMAH HALIM. SIANG
PELAKON: HALIM (ABANG HAIKAL), AZIE (ISTERI HALIM)

HALIM YANG SIAP MEMAKAI BAJU YANG KEMAS BERGERAK UNTUK KELUAR DARI BILIKNYA DENGAN MENJAWAB TELEFON DI TANGANNYA. AZIE BERADA TIDAK JAUH DARINYA.

HALIM
Laa... BUAT BUAT MARAH. Malam lagi... Tak boleh ke kau atur kita jumpa taukeh tu siang siang... Ini malam juga yang kau nak..  Sekali sekala nak lah juga aku balik rumah manja dengan bini... PAUSE DENGAR KAWAN BERCAKAP. Yalah... aku faham... Taukeh Eng dari Sarawak nak balik pagi esok...  Ya lah... Kau boleh bagi tau taukeh Eng... Malam ni.. pengurus besar ni tak mau keluar.. Buat lah kenduri besar mana pun...  PAUSE. OO... awat tak habag awal awal... Dato Azmi pun nak turun... Pandang azie. Kalau macam tu... Kita makan di Nikko...

AZIE MENDENGAR DENGAN TELITI. DIA KEMUDIAN MENGAMBIL BEG KERJA HALIM DAN MENGHANTARNYA KE PINTU.

HALIM
Azie dengar sendiri.. Bukannya abang nak atur jadual tapi pejabat... Abang ni ketua bahagian pemasaran.. kalau abang tak keluar... pelanggan nanti rasa lain... Lagipula.. malam ni... Dato' sendiri yang turun..

AZIE MEMBERI BEG KEPADA HALIM. HALIM MEMERIKSA BEGNYA SAMBIL BERJALAN KE PINTU.

AZIE
Tak mengapa.. Azie faham... Abang jangan lupa makan ubat darah tinggi tu... Tak nak pula abang tertungging pengsan waktu makan sotong, udang dan kambing nanti.. ...

AZIE KEMUDIAN MENUTUP PINTU KETIKA HALIM SUDAH BERADA DI LUAR. HALIM MENGETUK PINTU KEMUDIANNYA. AZIE MEMBUKA PINTU SEKADAR MENAMPAKKAN MUKANYA.

HALIM
Abang tak bawa kunci rumah pula... ada kat atas meja...

AZIE
Abang bukan tak bawa... Azie tak masukkan.. Bilik hotel Nikko tu kan banyak... Pandai pandailah abang...

AZIE MENUTUP PINTU. DIA BERSANDAR PADA PINTU SEKEJAP DAN KEDENGARAN HALIM MENGETUK BEBERAPA KALI. HALIM MERAYU PADA ISTERINYA. AZIE KEMUDIAN BERJALAN KE DAPUR.

CUT TO

12. DALAM. TEMPAT PAKAIAN WANITA. SIANG
PELAKON: HALIM (ABANG HAIKAL), HAIKAL, MUNI (RAKAN BAIK SERINA), SERINA, EXTRA DI KEDAI

DI BAHAGIAN PAKAIAN WANITA, MUNI BARU SAHAJA MEMILIH SEHELAI BLAUSE. DIA MELETAKKAN SEMULA BAJU TERSEBUT PADA HANGAR APABILA MELIHAT HARGANYA DAN MENUNJUKKAN AKSI TERKEJUT.

MUNI
Baju dah cantik.. harga tak cantik langsung..

SERINA TURUT BERADA BERDEKATAN DAN SEDANG MELIHAT PAKAIAN.

SERINA
Nak yang cantik... padan lah dengan harga...

PADA MASA YANG SAMA HALIM DENGAN HAIKAL MASUK KE BAHAGIAN WANITA. HALIM BERJALAN DENGAN BEGITU YAKIN. HAIKAL NAMPAK SERBA SALAH. MEREKA BERLALU DI DEPAN SERINA DAN MUNI. MUNI DAN SERINA MEMANDANG MEREKA YANG NAMPAK BERGERAK KE ARAH PAKAIAN DALAM WANITA. HAIKAL TERASA AGAK MALU. DIA MENGEJAR HALIM YANG BERJALAN LAJU.

HAIKAL
Abang.. kalau cakap nak datang bahagian sini... Haikal tak datang.. Malu lah macam ni...

HALIM TIDAK MENJAWAB. DIA BERJALAN LAJU DAN MEMASUKKI BAHAGIAN PAKAIAN DALAM.  SERINA DAN MUNI MEMANDANG MEREKA.

SERINA
Ada juga mamat mamat yang datang beli belah bahagian ini.. Memang terdesak sangat agaknya...

SERINA MENCARI MUNI APABILA TERSEDAR DIA KESEORANGAN. NAMPAK OLEHNYA MUNI MEMANDANG MEREKA (HAIKAL DAN HALIM) DARI SUDUT YANG LEBIH JELAS. SERINA MENDEKATI MUNI

SERINA
Tiba tiba saja hilang...

MUNI
Aku rasa lelaki begitu lah romantik... berapa orang sangat yang sanggup keluar beli benda benda yang dikira personal untuk orang tersayang... Adoi... lawa lawa pula...

SERINA
Muni.. Muni... orang nampak pelik... kau nampak lawa...  

HALIM MENCARI PAKAIAN DALAM (BAJU TIDUR) UNTUK AZIE. HAIKAL MENDEKATINYA SERBA SALAH MEMANDANG KIRI KANAN. BILA ADA WANITA YANG LALU LALANG DIA MENUNDUK. HALIM SELAMBA BERBUAL DENGAN JURU JUAL DI SITU.

HALIM
Adik... Yang macam ni ada berapa warna... Kalau boleh cari yang warna kelabu... saiz yang macam kakak tu... (TUNJUK PADA WANITA YANG LALU LALANG) NAMPAK HAIKAL YANG AGAK MALU. Kau ni... buat apa nak malu... Abang beli untuk Azie lah... Kalau kau nak beli untuk kawan kau pun.. apa salahnya...

HAIKAL
Tak ada lah salahnya... tapi... untuk orang kahwin... biasalah... Ini saya lah abang... rosak lah saham.... Saham abang.. jatuh merundum pun abang dah tak kisah...

HALIM
Cantik tak baju ni... Ngancam sikit... Kak Azie kau tentu suka.. Kalau tak bergaduh punya pasal... Tak tentu lagi bila aku nak beli kau... (CAKAP PADA BAJU)

PEKERJA WANITA KEMUDIANNYA DATANG MEMBAWA PAKAIAN UNTUK DITUNJUKKAN KEPADA MEREKA.

CUT TO

12A. DALAM. PASARAYA. KAUNTER BAYARAN. SIANG
PELAKON: HALIM (ABANG HAIKAL), HAIKAL, MUNI (KAWAN SERINA) SERINA, JURUJUAL, EXTRA

HALIM SEDANG BERATUR DI BAHAGIAN BAYARAN APABILA TELEFON BERBUNYI. PADA MASA YANG SAMA MUNI DAN SERINA SAMPAI UNTUK BERATUR SELANG BEBERAPA ORANG DI BELAKANG HALIM. HAIKAL MENANTI TIDAK JAUH. HALIM MENJAWAB TELEFON

HALIM
Ya.. abang ni.... Laa.. abang dengan Haikal ni... HALIM MEMANGGIL HAIKAL. Sayang.. Jangan lah marah.... abang nak buat apa kalau memang dah terpaksa keluar... Maaf lah sayang...

HALIM MERASA SERBA SALAH MELIHAT ORANG LAIN DI SITU MENDENGAR PERBUALANNYA. HAIKAL MENDEKATINYA. HALIM MEMBERI BAJU KEPADA HAIKAL.

HALIM
Kau beratur... bayar dulu...  Abang nak cakap dengan kakak Azie kau....

HAIKAL
Alaa... abang ni... Cakaplah nanti....

HALIM TERUS PERGI DARI SITU. HAIKAL TERPAKSA BERATUR. DIA PANDANG KELILING CUBA SENYUM PADA MEREKA DI BELAKANGNYA.

HAIKAL
Beli baju untuk kakak... SERBA SALAH.

BILA TIBA GILIRANNYA UNTUK BAYAR DIA MELETAKKAN PAKAIAN TIDUR TERSEBUT DI ATAS KAUNTER.

HAIKAL
PADA JURUWANG. Baju kakak...

JURUWANG CUMA SENYUM.

SERINA
BISIK PADA MUNI
Tak ada orang tanya pun... dia kelam kabut...

MEREKA KETAWA.  HAIKAL PUSING PANDANG MEREKA. MUNI SENYUM PADANYA. HAIKAL NAIK MALU.

CUT TO  

13 LUAR. RUMAH SERINA. SIANG
PELAKON: ZAIDI (MASIH MISTERI), SERINA, MUNI (RAKAN SERINA)

SEPASANG TANGAN MENGAMBIL PAKAIAN SERINA YANG TERGANTUNG DI LUAR RUMAH. PEMUDA BERKENAAN YANG MEMAKAI JEKET KEMUDIANNYA BERJALAN KELUAR DARI RUMAH SERINA DENGAN BAJU DI TANGAN. DIA MENUTUP PINTU PAGAR APABILA NAMPAK KERETA SERINA YANG MEMUDIK MASUK KE PINTU PAGAR. SERINA MENGHENTIKAN KERETANYA. DARI KERETA, SERINA NAMPAK SEAKAN PEMUDA TERBABIT MENUTUP PINTU RUMAH. DIA AGAK HAIRAN. DIA MENGEJUTKAN MUNI YANG TERTIDUR DI SEBELAHNYA. PEMUDA TERSEBUT TELAH JAUH MENGHILANG DIRI DARI PANDANGAN MEREKA. MUNI MEMANDANG SERINA. DIA MASIH MENGANTUK.

MUNI
Huh... dah sampai?

MUNI NAMPAK SERINA TERTENGOK-TENGOK SANA SINI KEHAIRANAN.

MUNI
Kenapa Serina?

SERINA
Aku macam nampak lelaki tadi keluar dari rumah kita...

MUNI
Mana? Lelaki mana pula.. (SEAKAN MENCARI). Kau ni.. mungkin orang periksa meter air ke... atau hantar surat ke...  Jangan lah risau...

SERINA BUKA PINTU UNTUK KELUAR DARI KERETA. DIA MELIHAT SEKELILING DAN KEMUDIANNYA TERUS MEMBUKA PINTU PAGAR. DIA MASUK SEMULA KE KERETA DAN MEMANDU MASUK.

APABILA KERETA SERINA MASUK KE HALAMAN RUMAH. PEMUDA BERKENAAN (ZAIDI) KELUAR DARI SEMAK BERDEKATAN MELIHAT MEREKA. ZAIDI MASIH TIDAK KELIHATAN MUKANYA.

CUT TO

13A. DALAM. BILIK SERINA. MALAM
PELAKON: SERINA

SERINA DI KOMPUTERNYA SEDANG MENAIP SESUATU.

CUT TO

14. DALAM. BILIK HAIKAL. SIANG
PELAKON: HAIKAL, ROSMAH (EMAK HALIM/HAIKAL)

HAIKAL DI KOMPUTERNYA SEDANG MEMBACA EMEL.

HAIKAL
BACA.
BERLIAN TERSERLAH. )) Sy rasa takut juga di rumah. Si Muni dah kehilangan beberapa baju... Tadi sy juga hilang sehelai pakaian tidur yang disidai di luar...  Naik risau... pakaian yang mahal tidak pula diusik... Kasihan Muni malam ni dia tinggal seorang... sy kerja..

HAIKAL DIAM BERFIKIR. DIA KEMUDIAN MENEKAN IKON REPLY.

HAIKAL
JEJAKA PILIHAN)) Mungkin ada peminat Berlian dari jauh... Banyak kemungkinan.. Mungkin budak budak nakal yang sengaja mengusik.. Apa- apa pun perlu hati hati sentiasa. Kunci pintu dan tingkap rumah dan periksa sebelum tidur.. Kalau kita dah lama kenal... mungkin saya boleh jadi hero... berjaga di sana.. 

HAIKAL MENEKAN IKON SEND DAN MESEJNYA DIHANTAR. DIA KEMUDIANNYA KELUAR DARI BILIKNYA APABILA KEDENGARAN SUARA AGAK RIUH DI LUAR. 

INTERCUT TO

14A. DALAM. RUANG TAMU HAIKAL. MALAM
PELAKON: HAIKAL, HALIM(ABANG HAIKAL), AZIE (ISTERI HALIM), ROSMAH (EMAK HALIM/HAIKAL)

HALIM BERADA DI RUANG TAMU DENGAN ROSMAH SEDANG MENARIK TELINGANYA. AZIE BERADA DI SITU.  

HAIKAL
Mak... bila mak sampai... Tiba- tiba saja... PANDANG PADA HALIM YANG MENGADOI SAKIT.

ROSMAH
Dua dua beradik ni sama saja... Kamu Haikal... Kalau abang kamu tak mau balik ke rumah... Kamu kunci pintu jangan bagi dia masuk rumah kamu... Abang kamu dah kahwin... Bukannya bujang macam kamu.... PADA HALIM. Kamu dah berumah tangga... Halim!! lebihkan masa di rumah... Jangan nak keluar tak bawa bini... Kamu tak kasihan ke dengan Azie..

HAIKAL
Tak elok nak bising bising gaduh gaduh mak... Bawa bersabar... Dah lah mak... Nanti abang dengan kakak selesailah masalah dia orang..

ROSMAH LEPASKAN HALIM. AZIE MELIHAT PADA BEG KERTAS PEMBELIAN BAJU TIDUR OLEH HAIKAL PADA BABAK SEBELUM.

ROSMAH
Tunggu dia selesaikan... tah sampai bila... Ini pun kira bernasib baik... emak sampai sini... abang kamu ada di sini... Kalau tidak... Tah ke mana dia merayap tiap tiap malam... PADA HALIM Kamu ni Halim... jangan lah gatal sangat....

HALIM
Tak ada lah mak... Halim kalau keluar pun hal pejabat... Tanya Haikal..

HAIKAL
Pula... kenapa nak tanya Haikal pula...??

TIBA TIBA SAJA AZIE MENJERIT. DIA TANGANNYA MEMEGANG BEG YANG BERISI PAKAIAN WANITA YANG DIBELI OLEH HAIKAL TADI. DIA MENGELUARKAN PAKAIAN TERSEBUT.

AZIE
Mak sendiri tengok lah mak... Ni buat apa ni... pakaian perempuan ada di sini... 4 tahun Azie kahwin tak ada pun dapat benda macam ni... Baju tidur ni mak... saiz pun ... sedang elok saja...

ROSMAH
Halim.... Baik kamu beritahu mak....TEGAS Siapa punya ni.... ?

TUNJUK REAKSI ROSMAH PANDANG HALIM DAN REAKSI HAIKAL MENUNGGU JAWAPAN ABANGNYA.

HALIM
Mak... bukan Halim punya mak...

HAIKAL MEMANDANG ABANGNYA SERBA SALAH. DIA NAIK BINGUNG.

HAIKAL
Pula...

HALIM
(CEPAT MENAMBAH) Nama pun rumah Haikal... Halim menumpang saja.. tu pun kalau gaduh...

HAIKAL
Abang ni.... baru petang tadi cakap nak ....

AZIE
(MEMOTONG) Abang... Baik cakap.. baju siapa ni... Abang beli untuk siapa...

ROSMAH
GARANG Cakap.... Siapa punya ni....

HAIKAL MEMANDANG MEREKA SERBA SALAH. NAMPAK OLEHNYA AZIE YANG SEAKAN MAHU MENANGIS.

HAIKAL
Mak dengan kakak ni... buat Haikal segan,,, Malulah Haikal macam ni... SAMBIL BERGERAK DAN AMBIL DARI TANGAN AZIE. Haikal yang beli... Mak.... (PANDANG HALIM DAN SEMUA MATA MEMANDANGNYA) . Kak.... Haikal beli untuk barang prop.... cerita terbaru.... Jangan buat isu besar pasal baju ni..... Malu Haikal...

KEADAAN DIAM SEBENTAR. ROSMAH SENYUM PANDANG ANAKNYA. AZIE PANDANG ROSMAH YANG KEMUDIANNYA TERUS BUAT MUKA SERIUS.  

HAIKAL
Baik Haikal simpan baju ni dulu... nanti kakak salah faham...

HAIKAL TERUS MASUK KE BILIKNYA.  ROSMAH PANDANG ANAKNYA.

CUT TO

14B. DALAM. BILIK HAIKAL. MALAM
PELAKON: ROSMAH (EMAK HAIKAL), HAIKAL

HAIKAL MASUK KE BILIK. DIA MEMEGANG DADANYA SEAKAN MENGUCAP PANJANG. DIA MELIHAT PADA BAJU DI TANGAN DAN MELETAKNYA DALAM LACI MEJA TULISNYA. HAIKAL TERSENTAK BILA EMAKNYA MASUK DENGAN BEGITU GEMBIRA MENARIKNYA KE KATIL.
ROSMAH MEMERHATI SEKELILING DAN KEMUDIAN BERSUARA SEAKAN BERBISIK.

ROSMAH
Halim dengan Azie berbincang di luar... Haikal jangan malu dengan mak... Anak dengan emak tak baik berahsia... Dah berapa lama Haikal kenal budak tu...

HAIKAL
Budak mana pula mak....

ROSMAH SEAKAN MENUNDING KEPADA MEJA TULIS YANG TERSIMPAN BAJU TIDUR.

ROSMAH
Budak kamu beli baju tidur tu lah.. Macam mana.. Baju pun cantik... tentu orang pun cantik... Rasanya dah serius sampai dah beli baju...

HAIKAL SERBA SALAH.

HAIKAL
Tak ada lah mak... tak ada sesiapa... Betul mak... tak ada... barang prop tu...

ROSMAH RASA AGAK KECEWA. DIA MENARIK NAFAS PANJANG MELEPASKAN.

HAIKAL
Mak pun tahu Haikal bukan orang macam tu... Kalau abang mungkin lah beli baju macam tu... Haikal mak sendiri tahu.... tak kahwin.. tak dapat...

ROSMAH
BERFIKIR. Betul juga... PADA HAIKAL
Jadi tak ada lah lagi.... ROSMAH BANGUN DAN AKSI AGAK GARANG.

ROSMAH
Kalau macam tu.... Kamu jangan berpakat dengan abang kamu... Abang hilang saja.. kamu bela... abang hilang kamu bela...

ROSMAH KEMUDIAN KELUAR DARI BILIK HAIKAL. HAIKAL GELENG KEPALANYA. HAIRAN.

CUT TO

15  DALAM. BILIK EDITING. MALAM
PELAKON: SERINA, PENGARAH DRAMA

SERINA MEMERHATI KACA MONITOR PADA BILIK EDITINGNYA APABILA PENGARAH SAMPAI. DIA SEGERA BANGUN APABILA PENGARAH TERSEBUT MASUK.

SERINA
Cik Manap....

PENGARAH
Macam mana Serina.. boleh kita mula....

SERINA
Ini saya nak cakap dengan Cik Manap... Salah satu hardisk dah korup.. Rosak... Apabila kita semak.... 3 tape hilang... Tape yang kita nak edit malam ni... Saya dah mula muat turun... perlu sekurangnya sejam setengah lagi...

PENGARAH MULA NAIK BENGANG.

PENGARAH
Awak patut bagi tau dari awal... boleh saya datang lambat sikit... Ini saya pula kena tunggu sejam setengah... Saya ni pengarah... Masa saya tu berharga..  Awak dah lama jadi penyunting kat sini.. sepatutnya awak dah awal-awal lagi tahu masalah begini... Kacau betul...

PENGARAH BEREDAR DARI SITU. SERINA MENGETAP BIBIRNYA AGAK MARAH. DIA DIAM. KEMUDIAN BERPUSING PANDANG PADA MONITOR.

SERINA
MARAH
CAKAP SENDIRIAN/ Orang dah cakap.. bukannya salah aku.... salah komputer... Bukannya aku seorang yang pakai komputer ni.... Komputer yang rosak.. Kerja teruk sampai ke subuh... Bukan nak terima kasih....  Buat apa lah aku kerja teruk teruk...

SERINA KEMUDIAN KELUAR DARI BILIK EDITING. REAKSINYA MASIH MARAH DAN MENAMPAR DINDING PINTU MELEPASKAN GERAM.

CUT TO

16. DALAM. 7-11. MALAM
PELAKON: SERINA, JURUJUAL

SERINA MEMBAYAR HARGA MINUMAN DI KAUNTER. DIA TURUT MEMBELI PANADOL. DIA TERUS MEMAKAN UBAT TERSEBUT. MINUMAN SEJUK DIPEGANG DITANGANNYA.

CUT TO

16A. LUAR. 7-11. MALAM
PELAKON: SERINA, HAIKAL

HAIKAL SAMPAI DI BAHAGIAN LUAR 7-11 DAN BERGERAK UNTUK MASUK. PADA MASA YANG SAMA SERINA BERGERAK UNTUK KELUAR. HAIKAL MENOLAK PINTU UNTUK MASUK DAN PADA MASA YANG SAMA SERINA TURUT MENOLAKNYA. MELIHATKAN MEREKA TIDAK SENGAJA MENOLAK PINTU YANG SAMA, MEREKA SEGERA TOLAK PINTU YANG SATU LAGI, KEMUDIAN BERLAKU TOLAK MENOLAK BEBERAPA KALI SEHINGGA HAIKAL MENGALAH. SERINA NAIK MARAH APABILA MELIHAT HAIKAL SENYUM SENGIH PANDANGNYA APABILA DIA KELUAR. HAIKAL CEPAT MINTA MAAF.

HAIKAL
Saya minta maaf cik.... Bukan niat...

SERINA
MARAH. Awak ni tak ada kerja ke dari nak mengusik anak dara orang tengah malam buta ni... Awak ingat awak lawa sangat ke terhegeh-hegeh kat cermin macam .. macam orang gila...

HAIKAL AGAK TERSENTAK DENGAN KATA KATA SERINA

SERINA
MARAH
Tepi sikit... tak nampak ke orang nak lalu...

HAIKAL BERGERAK KE TEPI MEMBENARKAN SERINA BERJALAN. SERINA PULA MASIH MARAH. SAMBIL BERJALAN PERGI TANPA MELIHAT HAIKAL DIA BERSUARA SEORANG DIRI MARAH.

SERINA
Rupa tak macam perangai... Nampak saja baik.. perangai macam ... macam setan...

HAIKAL MULA NAIK MARAH.

HAIKAL
Awak ingat awak tu baik sangat ke... Perempuan jenis apa yang pagi pagi buta keluar cari makan... Pi rah... berlagak macam baik sangat.... Sombong tak bertempat... Orang dah minta maaf.. sudah lah... Psaiko... Dah bodoh.. sombong pula..

SERINA MARAH DAN BERPATAH BALIK UNTUK BERGADUH DENGAN HAIKAL.

SERINA
Hoi.. cakap baik sikit.. Kedai ni kedai 24 jam.... mana ada tulis.. perempuan tak boleh datang lepas tengah malam... Aku nak datang sini pukul berapa pun, bila. Apa kau peduli...  Duit aku...

HAIKAL INGIN MEMBALAS TETAPI DIA BERUNDUR DARI SITU.

HAIKAL
HAIKAL BERJALAN DARI SITU. Malas aku nak layan perempuan gila macam ni... Cakap sikit dah melenting.. Macam psaiko kahwin lambat.. Aku pula yang kena...

MENDENGAR CAKAP HAIKAL SERINA YANG MEMEGANG MINUMAN DI TANGANNYA TERUS MEMBALING MINUMAN KEPADA HAIKAL. NASIB MINUMAN TIDAK KENA HAIKAL TAPI JATUH DI TEPINYA. PERCIKAN MINUMAN TERSEBUT TERKENA KEPADA PAKAIANNYA. HAIKAL MELOMPAT TERSENTAK.  MEREKA SALING BERPANDANG. HAIKAL BERGEREAK KE BELAKANG. DIA MELAJUKAN LANGKAHNYA.

HAIKAL
CAKAP SEORANG. Bahaya perempuan ni... nanti tah batu pula dia baling....  (CAKAP SAMBIL BERGERAK LAJU)

SERINA TERASA MARAH. DIA MEMBEBEL SEORANG DIRI DAN KEMUDIAN BERGERAK DARI SITU SAMBIL MELIHAT KE ARAH HAIKAL YANG BERGERAK KE ARAH BERTENTANGAN.  
SERINA KEMUDIANNYA BERGERAK DARI SITU.

CUT TO

17. LUAR. JALAN RAYA. MALAM
PELAKON: SERINA, ZAIDI

SERINA BERJALAN KE OPISNYA DAN DIA TERASA ADA ORANG MENGEKORINYA. DIA BERJALAN AGAK LAJU DAN KEMUDIAN BERHENTI KERAN INGIN MEPASTIKAN SAMA ADA ORANG MENGEKORINYA. KEADAAN AGAK DIAM. SERINA MEMASANG TELINGA. JELAS KEDENGARAN TAPAK KASUT BERHENTI. DIA KELAM KABUT BERLARI  BERLARI KE OPISNYA.

APABILA DIA PERGI TUNJUKKAN SEPASANG KAKI MENAMPAKKAN DIRI DI SEBALIK DINDING BANGUNAN DI SITU.

CUT TO

18. LUAR. ESTABLISH HARI SIANG YANG CUACANYA ELOK DI KUALA LUMPUR. SIANG

CUT TO

19. LUAR. KORIDOR HOSPITAL. SIANG
PELAKON: ROSMAH (EMAK HAIKAL/HALIM), RAZALI (SUAMI ROSMAH), SERINA DAN YUSUF (BAPA SERINA)

ROSMAH DAN RAZALI KELUAR DARI HOSPITAL.

ROSMAH
Nampaknya makin seronoklah abang main golf... Orang tak ada sakit demam.. sihat... Darah tinggi tak ada... Paras gula baik, darah elok...

RAZALI
Tu menunjukkan juga awak tu pandai jaga saya...  Awak tu kena jaga sikit... darah tinggi awak dah mula menaik... 140/100. Sempadan tu.. Agak tinggi... Jangan stress sangat dengan anak-anak... Mereka dah besar panjang... Biar....

PADA MASA YANG SAMA SERINA DAN BAPANYA, YUSUF KELUAR DARI HOSPITAL YANG SAMA. ROSMAH SENYUM BILA NAMPAK SERINA DAN MENINGGALKAN SUAMINYA BERCAKAP SEORANG DIRI.

ROSMAH
Serina... Buat apa di sini.... ?

SERINA
Oooo.. makcik Ros... Kawan ayah sakit.... Serina teman ayah melawat kawan..

RAZALI SAMPAI DAN MEMBERI SALAM. YUSUF MENJAWAB. RAZALI PANDANG YUSUF.

RAZALI
Laa... ini bukan Yusuf ke? Ingat lagi tak... ITM 1977 .. aku ni.... Razali....

YUSUF
Laaa... Razali budak Tunjang... Dah berapa tahun agaknya... 30?

CUT TO 

20. DALAM. RESTORAN BERHAWA DINGIN. SIANG
PELAKON: ROSMAH( EMAK HAIKAL/HALIM), RAZALI (SUAMI ROSMAH), YUSUF (BAPA SERINA), SERINA

ROSMAH, RAZALI, YUSUF DAN SERINA BERADA DI DALAM RESTORAN. RAZALI DAN YUSUF BERBUAL DI MEJA MAKAN. SERINA DAN ROSMAH PULA MEMILIH MAKANAN. NAMPAK SERINA DAN ROSMAH BEGITU MESRA MEMILIH MAKANAN SAMBIL BERBUAL.

YUSUF
30 tahun tak jumpa... yang berubah cuma rambut putih.. tu pun sikit saja di kepala kau... Pandai kau jaga badan...

RAZALI
Dapat bini baik... Hati senang... Kau buat apa sekarang...?

YUSUF
Tunggu masa nak pencen... Sekarang bukan masa kita lagi... masa anak-anak... Pejam celik pejam celik... mereka dah besar panjang... Aku ada kilang kecil buat minyak pelincir... Niaga boleh tahan... Engkau macam mana...?

RAZALI
Tak ada lah sampai kaya raya... tapi cukup makan... Niaga sikit sikit... Aku buat bengkel untuk usahawan dan anjur beberapa seminar... PAUSE PANDANG ISTERINYA DAN SERINA YANG MESRA BERBUAL.

YUSUF MEMERHATI RAZALI DAN KEMUDIAN PADA SERINA.

YUSUF
Nampak... macam Serina tu macam dah lama kenal dengan isteri kau...

RAZALI
Nampak macam tu lah... Rosmah tu memang teringin sangat nak anak perempuan... Tapi tak ada nasib... semua lelaki...

YUSUF
Berapa hero?

RAZALI MENUNJUKKAN JARINYA 2.

RAZALI
Kau?

YUSUF
Dua juga... Heroin... Seorang dah kahwin... tinggal yang tu.. PANDANG SERINA. Apa hero hero kau buat sekarang...?

CUT TO

21. DALAM. RUMAH HAIKAL. SIANG
PELAKON: HAIKAL

HAIKAL MENYALIN AIR PADA AKUARIUM IKANNYA.

CUT TO

22. DALAM. BILIK SERINA. SIANG
PELAKON: SERINA, MUNI (KAWAN SERINA)
SERINA DI KOMPUTERNYA SEDANG MENULIS EMEL KEPADA HAIKAL. SERINA TIDAK SEDAR MUNI BERADA DI BELAKANGNYA.

SERINA
BERLIAN TERSERLAH)) Siapa sangka... kawan-kawan lama boleh berjumpa kembali bila anak-anak dah besar. Awak ingat kita ada kemungkinan begitu... Mungkin 20 tahun dari sekarang baru kita berjumpa... Anak-anak dah besar... Perut pun membesar... rambut makin berkurang...

MUNI BERSUARA MEMBUAT SERINA TERSENTAK.

MUNI
Kamu ni betul betul tak bosan dengan Si Jejaka Pilihan tu... Dah tiga tahun kawan... Kamu tak ada terasa ke nak jumpa dia... Nak tahu rupa paras dia...

SERINA
Aku dah serik jumpa kawan kawan internet ni... Kau ingat budak pelik yang aku jumpa tahun lepas... Apa nama dia... Zaidi... Engineer tu... Ada ke sekali jumpa dia ajak aku kahwin... Dah tu sanggup tunggu aku pula.... selamanya...  Pening kepala aku... Kau pun bukan tak biasa.. Tu yang bapa budak kau jumpa tu... Haji Hussein...

MUNI
Tu bapa budak kaya tu.... Tak apa lah kalau kepala botak sikit... perut boroi... Tak ada masalah benda macam tu... Bukan soal rasional... Soal hati... Hati berkenan rupa paras macam mana pun tak jadi hal..

SERINA
itu kau... Tapi bagi aku.. aku lebih senang begini... Kami jadi kawan baik melalui emel.. Tak nyesal.. kalau dia perut boroi kepala botak pun...

MUNI
Engkau ni penakut... Kau sayang budak mamat tu... tapi takut nak lepas dia kalau kau tak suka... Habis sampai bila...

SERINA BANGUN DAN BERGERAK DARI SITU. DIA KELUAR DARI BILIK

SERINA
Cakap lah nak cakap apa pun... Aku nak turun ambil air.. kau nak jus oren...

MUNI MENGANGGUK DAN SERINA MENGHILANGKAN DIRI DARI PANDANGAN MUNI. MUNI MELIHAT PADA KOMPUTER YANG DIBIARKAN OLEH SERINA. SERINA MASIH BELUM MENGHANTAR EMELNYA KEPADA HAIKAL. MUNI TERUS DUDUK DI KERUSI SERINA DAN MEMBACA APA YANG DITULIS. DIA BERFIKIR SESUATU.

MUNI
MENAIP. CAKAP SENDIRIAN. Kamu ni penakut sangat Serina... BERLIAN TERSERLAH)). Dah tiga tahun lebih kita berkenalan.... Saya rasa saya dah bersedia berjumpa awak... Boleh tak? Kalau boleh jumpa saya di Cafe Puteri Taman Tun (ikut lokasi) Jumaat, 4 petang...

MUNI SEGERA MENGHANTAR EMEL TERSEBUT. DIA KETAWA SENDIRIAN. SERINA MASUK KE DALAM BILIK MELIHAT MUNI KETAWA. DIA RASA PELIK.

CUT TO

23. DALAM. RUMAH HAIKAL. SIANG
PELAKON: HAIKAL

CONTI DARI SC 21. HAIKAL MENDAPAT EMEL DARI SERINA.  DIA MEMADANG TELEFONNYA YANG TERCATAT DIA MEMPUNYAI EMEL DARI BERLIAN TERSERLAH. HAIKAL SEGERA KE KOMPUTERNYA YANG BERADA BERDEKATAN. DIA MEMASUKI EMELNYA ADA KOMPUTER YANG SEDIA TERPASANG.

HAIKAL
BACA DAN CAKAP SENDIRIAN. Emel dari Berlian Terserlah... Dah tiga tahun lebih kita berkenalan.... Saya rasa saya dah bersedia berjumpa awak... Boleh tak? Kalau boleh jumpa saya di Cafe Puteri Taman Tun (ikut lokasi)  Jumaat, 4 petang...
PAUSE. HAIKAL BERFIKIR. Apa kena pula budak ni.. kata tak nak jumpa... Pelik...

PADA MASA YANG SAMA, TELEFONNYA BERBUNYI. DIA MELIHAT PADA NAMA YANG KELUAR. TERTULIS AYAH.

HAIKAL
Ya ayah.... Haikal ni...

CUT TO

24. LUAR. KELAB DARUL EHSAN. SIANG

ESTABLISH

CUT TO

24A. DALAM. KELAB DARUL EHSAN. SIANG
PELAKON: RAZALI (SUAMI ROSMAH), YUSUF (BAPA SERINA), HALIM (ABANG HAIKAL), HAIKAL

RAZALI SEDANG BERBUAL DENGAN HUSSIN APABILA HAIKAL SAMPAI DAN DIPERKENALKAN KEPADA YUSUF

RAZALI
Ini anak bongsu aku.... Haikal... Haikal.. salam dengan pakcik Yusuf.. Taukeh besar tu.. Kawan lama ayah....

HAIKAL
Pakcik... dua taukeh besar bersembang ni... anak terasa kecil pula...

YUSUF DAN RAZALI KETAWA.

RAZALI
Kau berhenti menulis dan ambil alih syarikat ayah... Jadi taukeh besar... PADA YUSUF Haikal seorang penulis... Penulis TV... Orang banyak sangat prinsip dalam hidup...

HAIKAL
Tak ada lah macam tu ayah... Pakcik... Kalau saya tak tulis tak ada cerita bagus bagus dalam TV... HAIKAL KETAWA. MEREKA DI SITU TURUT KETAWA. PADA MASA YANG SAMA HALIM SAMPAI. DIA TERUS DIPERKENALKAN.

CUT TO

24B. DALAM. MEDAN BOLING KELAB/SNOOKER. SIANG
PELAKON : HAIKAL, HALIM (ABANG HAIKAL)

HAIKAL DAN HALIM BERMAIN BOLING/SNOOKER BERDUA. 

HALIM
Tak pasal pasal ayah kelam kabut nak kenalkan kita dengan Pakcik Yusuf... Tentu ada apa apa... Kau fikir macam mana?

HAIKAL
Nak fikir apa.. Ayah ajak makan... kita ikut lah... Lagipula.. bisnes ayah dengan Pakcik Yusuf lain.. Tak perlu kita nak fikir...

HALIM
Pakcik Yusuf ada kilang minyak pelincir.. Besar tu.. Pelik... tak ada kena mengena langsung.. kecuali...

HAIKAL
Kecuali apa..?

HALIM
Kecuali dia ada anak perempuan dan nak jodohkan kau dengan anak pakcik Yusuf...

HAIKAL
Jangan nak mengada... Nak jalan ke tak mau...

HALIM KEMUDIAN SENYUM PADA HAIKAL. DIA MULA BERMAIN. HAIKAL KEMUDIAN TERMENUNG MEMIKIRKAN KEMUNGKINAN TERSEBUT.

CUT TO

25. DALAM. BILIK KERJA SERINA/ BILIK HAIKAL. MALAM
PELAKON: SERINA, HAIKAL

MONTAGE AKTIVITI SERINA DAN HAIKAL.

1. SERINA DI DEPAN KOMPUTER MENYIAPKAN KERJA.
2. HAIKAL JUGA MEMBUAT KERJA DI DEPAN KOMPUTERNYA.
3. SERINA MINUM AIR DI PEJABAT
4. HAIKAL MENGAMBIL AIR DARI PETI AIS LALU DIBAWA KE KOMPUTER SAMBIL MENYEMAK NOTANYA.
5. SERINA MEMASANG TAPE PADA TRACK, MENGELIAT AGAK LETIH
6. HAIKAL TERTIDUR PADA KOMPUTERNYA.

CUT TO

26. LUAR. ESTABLISH MATAHARI MEMANCAR.

TUNJUKKAN SCENE PEMANDANGAN YANG MENAMPAKKAN MATAHARI MEMANCAR DENGAN BEGITU BERSERI DI SEBALIK DAHAN-DAHAN.

CUT TO

27. DALAM. TEMPAT KERJA SERINA. SIANG
PELAKON: HAIKAL, SERINA, EXTRA, BOS SERINA

HAIKAL BARU HABIS MESYUARAT KELUAR DARI BILIK MESYUARAT DAN BERGERAK KE LIF. DIA KEMUDIANNYA MASUK KE DALAM LIF SAMBIL MENCARI SESUATU DALAM POKET SELUARNYA. APABILA HAIKAL MASUK KE DALAM LIF, SERINA DAN KAWANNYA SAMPAI DI TEMPAT MENUNGGU LIF DAN CUBA UNTUK MASUK KE DALAM LIF YANG HAIKAL BERADA. DI DALAM LIF HAIKAL MENYEDARI DIA TERTINGGAL TELEFONNYA.

HAIKAL
Adoi.... tertinggal telefon pula... PAUSE. Bilik mesyuarat... Mesti di sana.. .

HAIKAL TERGOPOH GAPAH BERGERAK UNTUK KELUAR DARI LIF. AKIBATNYA, DIA TERLANGGAR SERINA. HAIKAL TERUS MEMINTA MAAF TANPA MELIHAT SERINA. SERINA TERBABAS AKIBAT DI LANGGAR HAIKAL. BEBERAPA TAPE DIBAWANYA JATUH KE LANTAI.

HAIKAL
Saya minta maaf.. Cik tentu sakit...  Saya harap tak apa apa..
Saya betul betul tak sengaja..

HAIKAL DENGAN TIDAK SENGAJA MEMEGANG SERINA.

SERINA
AGAK MARAH. Kamu ni gopoh sangat nak ke mana...?

SERINA MEMANDANG HAIKAL DAN DIA TERUS MENOLAK TANGAN HAIKAL

CUT TO

27A. DALAM BILIK MESYUARAT. SIANG

SEORANG PEKERJA YANG KELUAR LEWAT DARI BILIK MESYUARAT NAMPAK TELEFON HAIKAL DI SITU. DIA KEMUDIANNYA MENCAPAI TELEFON TERSEBUT

PEKERJA 1
Telefon siapa pula yang tertinggal...

DIA MELIHAT PADA GAMBAR KRISTAL PADA WALL PAPER TELEFON TERSEBUT

PEKERJA 1
Ini tentu Serina punya.. gambar bebola kristal ni... Tak ada orang lain....

PEKERJA 1 KELUAR DARI BILIK

CUT TO

27b. DALAM. KORIDOR OPIS SERINA. SIANG

CONTI DARI SC 27. SERINA MENGUTIP TAPE NYA DAN MEMANDANG HAIKAL SAMBIL MENEPIS TANGANNYA.

SERINA
Awak lagi... Awak sengaja cari pasal dengan saya ke? Awak tak ada kerja lain ke....

HAIKAL
Saya minta maaf.. tak sengaja tadi... saya tertinggal telefon..  Saya nak..

SERINA
POTONG CAKAP HAIKAL Banyak alasan... Tak ada masa saya nak dengar cakap mengarut awak...

HAIKAL MULA NAIK MARAH

HAIKAL
Awak ingat muka awak tu baik sangat... Macam saya ni tak ada kerja lain selain nak menyusah awak... Banyak cantik ... Saya dah minta maaf... awak nak apa lagi... Tak mau maaf sudah... Bukan nak rugi...  MERUNGUT. Bodoh sombong... menyusah saja..

HAIKAL BERGERAK DARI SITU. SERINA AGAK MARAH  DIA MEMBALING SESUATU YANG HAMPIR MENGENA HAIKAL. HAIKAL TERSENTAK.  HAIKAL YANG BERPUSING MELIHAT SERINA MARAH DAN SERINA CUBA MENCARI BARANGAN LAIN DI SITU UNTUK DIBALINGNYA KEPADA HAIKAL MEMBUAT HAIKAL TERUS BERLARI DARI SITU. SERINA KEMUDIAN LEBIH TENANG APABILA HAIKAL TIDAK KELIHATAN.  PADA MASA YANG SAMA, PEKERJA 1 MASUK KE DALAM SET.

PEKERJA 1
Serina! Awak tertinggal telefon dalam bilik mesyuarat tak?

SERINA MENUNJUKKAN TELEFON DI TANGANNYA. PADA MASA YANG SAMA HAIKAL KEMBALI KE SITU.

HAIKAL
Maaf... tu saya punya.... tertinggal dalam bilik mesyuarat tadi....

PEKERJA 1 MENYERAHKAN TELEFON KEPADA HAIKAL
HAIKAL MENGUCAP TERIMA KASIH.

PEKERJA 1
Mati mati saya ingat telefon Serina... Rupa rupa nya ada pula orang lain yang minat kristal macam dia...

PEKERJA 1 MENINGGALKAN HAIKAL. PADA MASA YANG SAMA BOS SERINA DATANG. BOS SERINA MASUK KE DALAM SET.

BOS SERINA
Serina.. awak yang sunting Senja Yang Tinggal bukan?
Ada beberapa babak kena ubah.. awak tolong betulkan... Lain kali bila awak nampak shot yang tak elok tu... cakap pada pengarah sama... Saya dah buat senarai apa yang perlu dibetulkan... Awak tolong ya...

SERINA KEMUDIAN MENGIKUT BOSNYA BERGERAK DARI SITU. APABILA MEREKA KELUAR DARI SET, HAIKAL MASUK BERGERAK MENUNGGU LIF. DIA MEMEGANG TELEFON DAN MEMANDANG SERINA YANG PERGI DARI SITU.

HAIKAL
Muka manis... perangai.... minus!

CUT TO

28.  DALAM. RUANG TAMU RUMAH HAIKAL. MALAM
PELAKON: HALIM (ABANG HAIKAL), HAIKAL

MATA HALIM LEBAM DAN DIA TERPAKSA MELETAKKAN KEPINGAN DAGING PADA MATANYA. HAIKAL MASUK KE DALAM SET.

HAIKAL
Harap mata abang saja yang lebam... jangan pula mata kakak teruk lagi....

HALIM PANDANG PADA HAIKAL DENGAN MENGANGKAT KEPINGAN DAGING.

HALIM
Abang ni satu darah dengan kamu.. kamu kasihan kakak ipar kamu lagi... 

HAIKAL
Tu lah masalahnya.... Kakak Ipar baik... PAUSE. Sebelum ni kalau gaduh pun tak pernah naik tangan... macam mana hari ni boleh jadi macam ni...

HALIM
Salah abang juga... Masuk bilik mandi tak bawa telefon.... Masa tu jugalah SMS masuk...

HALIM GELENG KEPALANYA MENYESAL.

CUT TO

29. DALAM. RUMAH HALIM. SIANG
PELAKON: HALIM (ABANG HAIKAL), AZIE ( ISTERI HALIM)

HALIM MEMAKAI TUALA KELUAR DARI BILIK AIR BERGEGAS UNTUK MENDAPATKAN TELEFON YANG BERBUNYI TANDA SMS MASUK. TAPI MALANGNYA, AZIE LEBIH CEPAT.

AZIE
Ini tentu ada citer kalau mandi pun tak senang...

HALIM
Tak ada apa.. tunggu SMS kawan....

AZIE MEMBACA SMS

AZIE
(PERLI) Kawan mana pula bersayang-sayang ni... Ayang abang menunggu... TELEFON VIBRATE LAGI. Huh.. ada lagi pesanan masuk...

HALIM CUBA BEREBUT TELEFON DARI TANGAN AZIE. AZIE BERPUSING MENGELAK. HALIM MENARIK DARI BELAKANG AZIE MALANGNYA, SIKU AZIE TERHANTUK PADA MATA HALIM.  

CUT TO

30. DALAM. BILIK HAIKAL. SIANG
PELAKON: HAIKAL, HALIM (ABANG HAIKAL)

HAIKAL DI KOMPUTERNYA. HALIM MASUK KE DALAM BILIKNYA LALU MEMANDANG KEPADA APA YANG SEDANG DIBACA HAIKAL.

HAIKAL
Pujuk elok elok kakak tu.. Dah masa kot abang berhenti jumpa perempuan lain...

HALIM
BACA PADA EMEL. Budak perempuan yang kau kenal dah 3 tahun tu ajak kau keluar... Bagus lah tu.,..
HAIKAL TIDAK MENJAWAB. DIA SEAKAN MENCARI SESUATU.

HAIKAL
Di mana Haikal letak buku nota Haikal... Abang nampak tak?

HALIM
Ada atas meja di luar..

HAIKAL BANGUN DAN BERGERAK DARI SITU. HALIM SEGERA DUDUK DI MEJA KOMPUTER HAIKAL. DIA TERUS MENEKAN IKON REPLY.

HALIM
BACA
JEJAKA PILIHAN)) Setuju .. saya jumpa awak Jumaat nanti...  esok lah tu..
CAKAP SENDIRIAN. Kalau kita tak tolong .. sampai bila pun tak selesai...

HALIM SEGERA MENEKAN SEND. PADA MASA YANG SAMA HAIKAL MASUK.

HAIKAL
Abang buat apa tu... jangan jangan...

CUT TO

31. LUAR. TEMPAT LATIHAN SENAMAN. SIANG
PELAKON: MUNI(KAWAN SERINA), SERINA

MUNI BERLARI DI SEKELILING BILIK LOCKER TEMPAT BERSENAM KERANA DIA TAKUTKAN SERINA DAN KEMUDIAN BERLARI KE TEMPAT SENAMAN. SERINA DNEGAN TELEFON DI TANGANNYA MENGEJAR MUNI YANG CUBA MENGELAK. TUNJUKKKAN JUGA SERINA MASIH AGAK MARAH. DIA BERJALAN HULU HILIR. MUNI PULA BERSEMBUNYI DI SEBALIK ALATAN SENAMAN YANG BERADA DI SITU.

MUNI
Dah lah.. Serina... naik penat aku.... Aku mengaku... tangan aku gatal mengajak kawan kau tu keluar... Tapi tengok lah dari sudut positif.... Kan dia setuju keluar...

SERINA BERJALAN KE HULU KE HILIR.

SERINA
Kerana dia setujulah yang jadi masalah...

MUNI
Ke mana pergi kawan aku Serina ni..? Serina yang aku kenal dah panjat gunung ganang, keluar masuk hutan... takkan kau dah jadi penakut..

SERINA MEMANDANG MUNI.

CUT TO

32. DALAM. RUMAH HAIKAL. SIANG
PELAKON : HAIKAL, HALIM

CONTI SC 30
HAIKAL MEMEGANG KAYU HOKI DAN HALIM BERSEMBUNYI DI SEBALIK SOFA. HAIKAL DIAM SEBENTAR BERFIKIR APA YANG HARUS DILAKUKAN. DIA KEMUDIANNYA BERJALAN KE HULU KE HILIR.

HAIKAL
Bukan soalan takut..

HALIM
Habis soal apa... dah bertahun kenal.... bukan setakat kenal... rindu dan sayang tapi tak mau jumpa... PAUSE. Kau letak lah kayu hoki tu ke tepi.. tak selesa nak sembang...

HAIKAL KEMUDIAN DUDUK DI SOFA. KAYU HOKI DILEPASKAN. HALIM BARU RASA SEDIKIT SELESA.

HAIKAL
Macam mana kalau jumpa nanti... Si Berlian tu bukan macam yang diharapkan... Haikal dah tunggu lama lama ni nak jugalah cari badan macam Reese Witherspoon tu.. tak pun paling leceh macam Maya Karin.. Ini kalau datang semua bulat macam Raven tu...

HALIM
Jadi pentinglah rupa paras pada kau..?

HAIKAL PANDANG HALIM.

CUT TO

33. DALAM. TEMPAT BERSENAM. SIANG
PELAKON SERINA, MUNI (RAKAN SERINA)

CONTI SC 31
SERINA DUDUK DI TEMPAT ANGKAT BERAT DENGAN MUNI BERADA DEKATNYA.

SERINA
Penting lah... SERINA MENUNDUK AGAK KECEWA. Dah berapa banyak temujanji internet yang aku dah pergi... Ada macam macam perangai bila jumpa... Semuanya tak jadi.. Cuma yang satu ni nampak sopan dan iklas.. Kalau boleh aku nak kawan lama... Tak mengapa tak kenal pun... Tapi sopan, iklas dan budi bahasa tu ... aku hormat sangat.... 

MUNI DUDUK DI SEBELAH SERINA

MUNI
Kalau kau kecut nak pergi.. biar aku yang pergi....

SERINA PANDANG MUNI

CUT TO

34. DALAM. RUMAH HAIKAL. SIANG
PELAKON: HAIKAL, HALIM (ABANG HAIKAL)

HALIM DAN HAIKAL BERBUAL. CONTI DARI BABAK 32.

HAIKAL
Serius lah sikit.... Abang nak pergi....?

HALIM
Yalah.... kau tu takut sangat.... takut tak lawa lah.... badan tembam lah... Hilang kawan lah... takut sangat!! Biar abang pergi...

HAIKAL
Ambil tempat Haikal?

HALIM
Ya lah.. tolong tengok bakal adik ipar... Haikal datang lah.. duduk di meja lain....

HAIKAL BANGUN. DIA RASA AGAK RESAH DAN MULA BERFIKIR. DIA MENYEBUT PERKATAAN SUSAH MACAM TU... BEBERAPA KALI.

HAIKAL
Kami dah kenal lama... dah 3 tahun sembang pasal minat masing masing dan faham sangat apa yang suka dan tak suka... Susah lah abang... nanti abang terjerat...

HALIM
Apa yang susah.... kau adik abang dah 30 tahun... bukan tiga tahun.... Jangan risau....  Esok kita buat macam ni....

CUT TO

35. LUAR. RESTORAN HAWA DINGIN. SIANG
PELAKON: HALIM (ABANG HAIKAL), HAIKAL

HALIM YANG MEMAKAI BAJU YANG KEMAS BERJALAN DARI KERETANYA LALU BERGERAK KE RESTORAN. DIA MASUK KE DALAM. HAIKAL KEMUDIAN MUNCUL DAN MASUK KE DALAM RESTORAN TIDAK JAUH DARI ABANGNYA.

CUT TO

35A. DALAM. RESTORAN. SIANG
PELAKON: HAIKAL, HALIM (ABANG HAIKAL), MUNI (KAWAN SERINA), EXTRA

HAIKAL DI PINTU BILA DIA NAMPAK HALIM MEMPERKENALKAN DIRI KEPADA MUNI. HALIM BERKACA MATA HITAM DUDUK DI DEPAN MUNI DAN NAMPAK GEMBIRA BERTEMU MUNI. HAIKAL TERSENTAK BILA DISAPA OLEH PEKERJA DI SITU YANG BERTANYA DIA HENDAK MAKAN BERAPA ORANG.

RECEPTION
Untuk berapa orang encik?

HAIKAL
Seorang saja...

PEKERJA TERSEBUT MEMBAWA HAIKAL MENUNJUKKAN TEMPAT KEPADANYA. HAIKAL SAMBIL BERJALAN MEMANDANG KE ARAH MUNI.

HAIKAL
Manis juga Si Berlian ni....

CUT TO

36. DALAM. BILIK EDITING. SIANG
PELAKON: SERINA, BOS SERINA, EXTRA

SERINA BERGEGAS KELUAR UNTUK BERJUMPA MUNI.

KAWAN SEKERJA
Nampak macam nak cepat saja...

SERINA
Oo... Tina... Aku ada temujanji.... dah lewat... Pergi  dulu...

SERINA BERJALAN KE LIF DAN MENUNGGU DI SITU. DIA MELIHAT PADA JAMNYA. PADA MASA YANG SAMA DIA TERSENTAK APABILA BOSNYA MUNCUL BERSAMA SEORANG PRODUSER.

BOS SERINA
Huh... tu pun orang nya... PADA SERINA. Serina... awak ada kerja ke?

SERINA MEMANDANG BOS NYA.

SERINA
Bos... saya.....

BOS SERINA
Bagus juga awak ada di sini... saya nak minta tolong sikit.. minta pandangan.... Saya kenalkan ... Cik Ibrahim ni produser.... Ini Serina... Penyunting...  Mari kita ke bilik suntingan... awak akan faham bila saya tunjuk nanti...

SERINA SERBA SALAH MENGIKUT.

CUT TO

37. DALAM. RESTORAN. SIANG
PELAKON: HALIM (ABANG HAIKAL), HAIKAL, MUNI (KAWAN SERINA), AZIE (ISTERI HALIM)

CONTI DARI SC 35
HALIM DAN MUNI BERBUAL.

HALIM
Pasal mata ni... minta maaf sikit... Kena siku kawan kawan.. bila dia orang tahu nak jumpa .... Kita dah kenal lama... nama pun tak tahu....

MUNI
Muni.... Banyak lah 'galfren' .. Ingat kalau dah ramai bukan setakat sebelah mata saja...

HALIM KETAWA.

HALIM
Sebelum datang tadi risau juga... siapa yang kita nak jumpa... Tapi bila masuk tengok Muni saja... terus tau.. Ini tentu Berlian Terserlah.... Sebab memang terserlah.... ayu, manis dan manja...  

MUNI KETAWA SENANG. TUNJUKKAN DIA KETAWA AGAK KUAT. INI MENARIK MINAT HALIM.
HAIKAL MEMANDANG SELANG BEBERAPA MEJA DARI MEREKA.

HAIKAL
Memang cantik... tak syak lagi... tapi... Hai... MENGELUH. Tah lah... Mungkin moden sangat kot... Cara penampilan nampak agak terbuka... Tak macam Berlian Terserlah yang aku kenal...

HAIKAL TERDENGAR LAGI MEREKA KETAWA. HAIKAL NAMPAK ABANGNYA MULA MENARUH MINAT KEPADA HALIM. HAIKAL MENULIS SMS KEPADA ABANGNYA.

HAIKAL
CAKAP SENDIRIAN SAMBIL MENAIP. Ingat... ganti tempat saja... Bukan ambil alih.... DIA KEMUDIAN MENCARI NAMA HALIM DAN DIHANTARNYA SMS.

DI MEJA HALIM, DIA MENERIMA SMS DAN MELIHAT TELEFONNYA VIBRATE. MUNI MEMANDANGNYA.

HALIM
Kita nak sembang... masa ni lah nak kacau... Buat masa ni... Muni lebih penting dari keluarga.. Adik nak minta tolong..
Kita tutup dulu.. biar selesa sikit sembang...

HALIM MENUTUP TELEFONNYA. HAIKAL MEMANDANG DARI JAUH DAN NAMPAK ABANGNYA DAN MUNI KETAWA LAGI. DIA AGAK RESAH. HAIKAL MENGANGKAT MENU YANG BERADA DI DEPANNYA DAN MEMBACANYA DENGAN MENUTUP MATANYA DARI PANDANGAN LUAR. PADA MASA YANG SAMA, DI LUAR DARI CERMIN KACA RESTORAN,  AZIE MELINTASI KEDAI DENGAN AGAK CEPAT SAMBIL MELAMBAI KEPADA SESEORANG. HAIKAL SEAKAN PERASAN BAHAWA YANG BERLALU ITU ADALAH AZIE. SEKALI PANDANG DIA TIDAK PERASAN, KEMUDIAN DIPANJANGKAN LEHERNYA UNTUK MEMANDANG KELUAR.

HAIKAL
Nampak macam kakak... Dia buat apa di sini...

HAIKAL BANGUN PANDANG LUAR. TIDAK NAMPAK APA APA. DIA KEMUDIAN BERJALAN KELUAR.

CUT TO

38. DALAM. BILIK EDITING. SIANG
PELAKON: SERINA, BOS SERINA, EXTRA

CONTI SC 36
SERINA MENEMANI BOSNYA MELIHAT KEPADA FOOTAGE YANG DIBAWA PRODUSER. MEREKA BERBINCANG BAGAIMANA UNTUK MENCANTIKKAN FOOTAGE TERSEBUT. SERINA SESEKALI MELIHAT JAMNYA.  SERINA MENGAMBIL TELEFONNYA DAN HANTAR SMS KEPADA MUNI BERUPA PERKATAAN 'AKU LEWAT'

CUT TO

39. LUAR. RESTORAN. SIANG
PELAKON: HAIKAL, AZIE (ISTERI HALIM), ROSMAH (EMAK HAIKAL)

HAIKAL KELUAR DAN DENGAN HATI HATI MENGENDAP KE KEDAI SEBELAH MELIHAT SAMA ADA AZIE BERADA DI SITU. DIA NAMPAK KEMUDIANNYA ROSMAH SEDANG BERJALAN DI DALAM KEDAI SEBELAH MELIHAT BARANGAN DI SITU. AZIE PULA BERADA DI KAUNTER BAYARAN. HAIKAL MULA GELABAH.

HAIKAL
Masalah ni... Mak pun ada... Pula!! Masa ni jugalah nak pilih kedai sebelah untuk beli belah...

HAIKAL CUBA MENELEFON ABANGNYA TAPI TELEFON TIDAK BERJAWAB. HAIKAL KEMUDIAN BERGEGAS MASUK KEMBALI KE DALAM RESTORAN.

PADA KETIKA ITU JUGA AZIE DAN ROSMAH KELUAR DARI KEDAI. MEREKA BERDIRI DI LUAR KEDAI.

ROSMAH
Kita pergi betulkan gelang tangan mak kemudian kita balik...

ROSMAH PUN BERGERAK KE ARAH BERTENTANGAN DENGAN AZIE BERGERAK KE ARAH LAIN. ROSMAH HAIRAN.

ROSMAH
Kau nak ke mana Azie.. kereta kau kan sebelah sini?
Sebelah kereta mak...

AZIE
Mak ni.... kan tadi Azie letak sebelah sana... depan tu...

ROSMAH
Hiss... mak nampak kereta Halim..... itu mak parkir sebelah... kat situ.. Tak percaya mari ikut mak...

AZIE
Pelik juga.... MEREKA BERJALAN DARI SITU. Tadi abang telefon dia kata dia sibuk di pejabat... Kalau ada kereta dia di sini... tak lah sibuk sangat...

CUT TO

40. DALAM. RESTORAN. SIANG
PELAKON: HAIKAL, HALIM (ABANG HAIKAL), MUNI (KAWAN SERINA)

HAIKAL SEGERA BERLALU DI DEPAN HALIM. DIA SENGAJA MELANGGAR KERUSI HALIM DAN KEMUDIAN MEMINTA MAAF. DIA MENGISYARATKAN AGAR ABANGNYA MENGIKUT KE BILIK AIR. HALIM SEAKAN TIDAK FAHAM. DIA TERUS SAMBUNG BERBUAL DENGAN MUNI. HAIKAL BERADA BERDEKATAN BILIK AIR DAN MELAMBAI KE ARAH HALIM. HALIM MEMANDANGNYA. MUNI MENGIKUT PANDANGAN HALIM. HALIM SENYUM KEPADANYA.

HALIM
Saya nak ke bilik air sekejap... Jangan ke mana... Kalau Muni ada masa.. kita boleh berbual panjang.. Muni sangat menarik... ada saja benda nak dibual... Tunggu.. jangan ke mana...

HALIM BERGERAK DARI SITU. PADA MASA YANG SAMA TELEFON MUNI BERBUNYI. MUNI MELIHAT NAMA PANGGILAN. TERNYATA SERINA

MUNI
Muailaikum salam... Kau kat mana ni.....

CUT TO

41. DALAM. KORIDOR OPIS SERINA. SIANG
PELAKON: SERINA

CONTI SC 38
SERINA BERSANDAR PADA DINDING KORIDOR SAMBIL BERCAKAP TELEFON.

SERINA
Aku masih kat opis.. nampak gaya memang lewat... Macam mana Jejaka Pilihan aku...

CUT TO

42. DALAM. RESTORAN. SIANG
PELAKON: MUNI (KAWAN SERINA), HALIM (ABANG HAIKAL), HAIKAL

CONTI SC 40
MUNI BERCAKAP DI TELEFON. DI BELAKANGNYA PULA, HAIKAL MENARIK HALIM UNTUK KE BILIK AIR.

MUNI
Memang ganteng... Menarik dan ada personaliti... Tapi aku ingat tak sesuai dengan kau... Dia romantik dan merapu sikit... Lebih sesuai untuk aku...

MUNI KETAWA.

MUNI
Kau jangan risau... pandai lah aku....

CUT TO

42A. DALAM. TEMPAT BASUH TANGAN RESTORAN. SIANG

HALIM DAN HAIKAL DI TEMPAT BASUH TANGAN.
HAIKAL
AGAK PANIK. Abang.... masalah besar.. emak dan kakak ada di kedai sebelah...

HALIM
Apa!!! PANIK. Kedai sebelah...

HAIKAL
Kita nak buat macam mana ni.... adoi... kena tangkap di sini... parah...

HALIM
Nak buat macam mana lagi.. balik lah....  Nak cari mampus tunggu... sini...

HALIM BERGERAK KE MEJA MUNI. HAIKAL MENDAHULUINYA UNTUK KELUAR. HALIM BERDIRI DI SEBELAH MUNI DAN MEMINTA MAAF KEPADANYA.  

HALIM
Saya minta maaf Muni... KELUARKAN KAD NAMA DAN LETAK ATAS MEJA. Ada masalah di pejabat.. terpaksa pergi.. Saaya betul betul minta maaf... Ini nombor telefon saya... saya sebenarnya. suka dengan Muni... menarik dan periang.. Ciri ciri A... Saya minta diri.... Hubungi saya...

SEBELUM BERGERAK DIA TINGGALKAN DUIT RM50 DI SITU.  HAIKAL BERDIRI DI PINTU BILA HALIM SAMPAI. HAIKAL MELIHAT KELUAR. NAMPAK OLEHNYA ROSMAH DAN AZIE KEMBALI BERDIRI DI LUAR KEDAI SEBELAH. DIA NAIK PANIK.

CUT TO

42B. LUAR. KAKI LIMA KEDAI. SIANG
PELAKON: ROSMAH (EMAK HAIKAL), AZIE (ISTERI HALIM)

AZIE DAN ROSMAH MEMANDANG SEKELILING SEAKAN MENCARI HALIM.

AZIE
Sah kereta dia... Telefon pula tutup.. Ini tentu jumpa permepuan mana-mana mak... Azie dah naik meluat dengan perangai abang...

ROSMAH
Kau sabar lah Azie... Dia tentu ada di sini... Kita jumpa nanti kita tanya dia... Kita tengok di restoran tu...

MEREKA KEMUDIANNYA BERJALAN KE ARAH RESTORAN.

CUT TO

42C. DALAM. RESTORAN. SIANG

HAIKAL DAN HALIM TERUS PANIK MELIHAT AZIE DAN ROSMAH DATANG KE ARAH MEREKA. HALIM MENARIK HAIKAL MENGIKUTNYA UNTUK KELUAR DARI PINTU BELAKANG. MEREKA BERLALU DI DEPAN MUNI YANG BERBUAL DI TELEFON.

HALIM
Kecemasan ni.... PADA MUNI Dia berjalan ke arah belakang...

MUNI MEMANDANGNYA HAIRAN. HALIM KEMUDIAN KEMBALI SEMUA KEPADA MUNI.

HALIM
Muni... sebenarnya... saya nak minta maaf... saya bukan Jejaka Pilihan... ganti saja... Tuan sebenar takut nak datang... Jadi saya ganti.. Secara iklas... saya suka dengan Muni.... hubungi saya... jangan putus macam ni saja.. .... Saya minta maaf...

HALIM MEMANDANG KELUAR DAN NAMPAK AZIE DAN ROSMAH DI PINTU MASUK. DIA KEMUDIAN TERUS BERLARI KE BELAKANG. MUNI TERPINGGA. HAIKAL DAN HALIM LESAP DI SEBELAH BELAKANG. ROSMAH DAN AZIE MASUK DAN BERJALAN BERDEKATAN MUNI.

ROSMAH
Tadi nampak macam bayang Haikal... Bila masuk dah lesap pula..

MEREKA MEMANDANG KELILING. ROSMAH SENYUM MEMANDANG MUNI YANG BERADA BERDEKATAN.

CUT TO

42D. LUAR. RESTORAN. SIANG

SERINA KELUAR DARI KERETA NYA DAN BERGERAK MASUK KE RESTORAN.

CUT TO

42E. DALAM. RESTORAN. SIANG
PELAKON: SERINA DAN ZAIDI

SERINA MASUK KE DALAM RESTORAN DAN PANDANG KELILING. DIA MENCARI MUNI TETAPI TIDAK KELIHATAN. DIA KEMUDIAN MENELEFON MUNI.

SERINA
Tengah bercakap pula...  

SERINA TUTUP TELEFON DAN PANDANG KELILING. DIA KEMUDINA BERGERAK UNTUK KELUAR APABILA DI PINTU DIA TERSEREMPAK DENGAN ZAIDI. ZAIDI MENEGURNYA.

ZAIDI
Serina... awak ada di sini.... ? Ingat saya lagi tak.. kawan internet awak... Kita jumpa tahun lepas..

SERINA
Ooo... Nick Komputer Savvy... Saya ingat...

SERINA NAMPAK SEAKAN DIA HENDAK KELUAR CEPAT.

ZAIDI
Saya nak makan... kalau tak ada apa apa.. jemput makan sekali... Marilah...

SERINA
AGAK TIDAK SUKA. BERI ALASAN. Saya minta maaf.. saya ada temujanji dengan kawan.. Mungkin lain kali....

SERINA KEMUDIAN KELUAR DARI SITU. ZAIDI MEMANDANGNYA.

CUT TO

43. DALAM. RUMAH SERINA. MALAM
PELAKON: SERINA, MUNI (KAWAN SERINA)

SERINA SEDANG MENGUBAH BUNGA DI RUANG TAMU RUMAHNYA APABILA MUNI MASUK. MUNI NAMPAK LETIH.

SERINA
Amboi... buat temu janji sampai malam..

MUNI KEMUDIAN DUDUK SEBELAH SERINA.

MUNI
Semua kaki kona macam kita juga....

SERINA
Kaki kona?

MUNI
Jejaka Pilihan kau tak datang... dia hantar orang lain ganti.  Orang yang dia hantar tu sewndiri yang mengaku.... Yang datang tu boleh tahan... tapi tak sesuai langsung dengan kau... MUNI BANGUN Aku punya...

SERINA
Jadi dia tak berani datang....

MUNI
Kau jangan marah dia sangat..... dia pun macam kau lah... masing masing tak pasti... Aku letih... nak mandi... kemudian nak gayut di telefon... Halim Razali.... Pengurus Besar Prima Management.. MUNI MENUNJUKKAN KAD NAMA DAN MENGHILANGKAN DIRI.

MUNI KEMUDIAN MASUK KE DALAM BILIKNYA. SERINA DIAM BERFIIR SEBENTAR. DIA KEMUDIAN BERGERAK KE KOMPUTERNYA.

CUT TO

44. DALAM. BILIK HAIKAL. MALAM.
PELAKON: HAIKAL

HAIKAL DI KOMPUTERNYA MEMBACA EMEL DARI SERINA.

HAIKAL
BACA EMEL. BERLIAN TERSERLAH. Semuanya salah saya... Muni sebenarnya yang pandai pandai menghantar emel dan membuat temujanji dengan awak. Dia mahu hubungan kita bergerak selangkah lagi.. Saya minta maaf dengan awak kerana hantar Muni menggantikan tempat saya... dan awak pula... menghantar orang lain... Nampaknya kalau dah jodoh antara kita... memang menarik... Lain kali... saya akan lebih iklas dalam hubungan kita dan saya rasa lebih selesa kalau kita berkawan begini tanpa mengenali diri masing masing...

HAIKAL DIAM BERFIKIR.

HAIKAL
MENULIS SAMBIL MEMBACA.
Saya pun bersalah juga kerana tak berani berdepan dengan awak...  Awak tentu tahu awak kawan terbaik saya... jadi kemungkinan ... dalam hati saya.. .saya tak rela kehilangan awak.. Adakan temujanji mungkin akan merosakkan sedikit kepercayaan kita....

TUNJUKKAN SHOT HAIKAL MENULIS EMELNYA.

CUT TO

45. LUAR. RUMAH RAZALI. SIANG
PELAKON: HAIKAL, ZAIDI

DI LUAR RUMAH, SEBUAH KERETA DENGAN PEMANDUNYA MEMERHATI RUMAH TERSEBUT. NAMPAK KERETA SERINA DI SITU. HAIKAL SAMPAI. DIA KELUAR KERETA LALU MEMBUKA PINTU PAGAR. DIA KEMUDIAN MELIHAT KEPADA KERETA YANG BANYAK DI RUMAHNYA.
ZAIDI (MASIH TIDAK NAMPAK MUKANYA) MENGAMBIL GAMBAR HAIKAL DARI KERETANYA.

CUT TO

46. DALAM. RUMAH RAZALI. SIANG
PELAKON: HAIKAL, ROSMAH, RAZALI, YUSUF

HAIKAL MASUK KE RUMAH DAN BELUM SEMPAT MEMBERI SALAM APABILA ROSMAH TERUS ROSMAH MENARIK HAIKAL KE TEPI UNTUK MENGIKUTNYA.

HAIKAL
Kenapa ni mak... Ala.. mak ni.. Macam lah Haikal tak tahu... Ini tentu mak jemput sesiapa datang nak kenalkan kepada Haikal...

ROSMAH
Keluarga kawan lama ayah kau... Pakcik Yusuf...

HAIKAL
Taukeh minyak pelincir tu... Patutlah suruh pergi jumpa di kelab...

ROSMAH
Mak betul betul dah suka budak perempuan ni... Serina ni baik dan sangat sopan... Kalau nak ambil menantu mak mahu macam tu... Mak minta Haikal berkenalan saja... Jangan buat mak malu...  Ingat.. mak suka budak ni...

HAIKAL BELUM MENJAWAB BILA ROSMAH MENARIK HAIKAL MENGIKUTNYA. HAIKAL DITARIK KE ARAH LUAR. KEDENGARAN DIA MEMBERI SALAM KEPADA YUSUF. YUSUF DAN RAZALI SEDANG DUDUK DI BAHAGIAN LUAR RUMAH MEMERHATI POKOK-POKOK RAZALI DI SITU.

HAIKAL
Pakcik... dah lama sampai? Minta maaf lambat sikit... Saya baru balik dari Rawang....

YUSUF
Ayah kamu dan pakcik dah lama tak jumpa.. bila dah jumpa ni... banyak pula cerita..

ROSMAH
Dah... jangan kacau bapa kamu....
ROSMAH MENARIK HAIKAL.

HAIKAL
Mak ni... Haikal nak sembang dengan pakcik Yusuf... Bukan senang nak jumpa ahli perniagaan melayu yang cebur bidang minyak pelincir ni...

ROSMAH
Lepas makan boleh sembang... ROSMAH MENARIK HAIKAL DARI SITU. Mari ikut mak...

HAIKAL JADI SERBA SALAH. DIA MENGIKUT. RAZALI DAN YUSUF MEMANDANG HAIKAL YANG DITARIK SAMBIL SENYUM.

RAZALI
Dah tak sabar Ros tu nak kenalkan Haikal pada Serina... Harap-harap tu...

YUSUF
Siapa tahu.... dua kawan lama berbisan...

MEREKA BERDUA KETAWA.

CUT TO

46A. DALAM. DAPUR RUMAH RAZALI. SIANG
PELAKON : HALIM, SERINA, ROSMAH, HAIKAL, RAZALI

HALIM SEDANG MEMBANTU SERINA DI DAPUR. SERINA MEMBELAKANGKAN PINTU DI MANA ROSMAH DAN HAIKAL SAMPAI. ROSMAH MENINGGALKAN HAIKAL APABILA DI DAPUR DAN BERGERAK KE SEBELAH HALIM.

HALIM
Jadi berapa lama nak siapkan satu drama....

HALIM TERSENTAK APABILA EMAKNYA BERDIRI DI BELAKANGNYA. SERINA MASIH BELUM SEDAR HAIKAL BERADA BERSAMA ROSMAH

ROSMAH
Sudah... jangan nak berdrama di sini... pergi tolong Azie isteri kamu kat depan tu... nanti merajuk pula... Tak pernah-pernah tolong orang masak... Hari ni rajin pula...

HALIM KETAWA DAN TERUS BERGERAK DARI SITU.

ROSMAH
PADA SERINA
Mari makcik kenalkan kepada anak bongsu makcik... Haikal...

MEREKA BERPUSING MEMANDANG HAIKAL YANG BUAT KETIKA ITU BERBUAL MEMBELAKANGKAN MEREKA DENGAN HALIM. HALIM BERGERAK PERGI. HAIKAL BERPUSING UNTUK MENGADAP EMAKNYA.

ROSMAH
Haikal... mak kenalkan... Ini... Serina... anak pakcik Yusuf...

HAIKAL DAN SERINA SALING BERPANDANGAN. SERINA PUSING BADANNYA PANDANG ARAH LAIN SEAKAN TIDAK PERCAYA. DIA KEMUDIAN PUSING KEMBALI. HAIKAL DEKATI MEREKA DAN SENYUM PADA SERINA. ROSMAH MULA BERGERAK DARI SITU.

ROSMAH
Kamu berdua berbual lah sekejap.. .tengokkan ayam tu sama... jangan hangit pula.. Mak nak tengok apa Azie buat di depan tu...

ROSMAH MENINGGALKAN MEREKA. HAIKAL TERSENGIH MENGHANTAR EMAKNYA KELUAR DARI DAPUR. ROSMAH MENOLAKNYA SURUH BERBUAL DI SITU.  AKHIRNYA TINGGAL SERINA DAN HAIKAL. SERINA TERUS BERGERAK UNTUK MERENDANG AYAM. DIA TIDAK MAHU MELIHAT HAIKAL.

HAIKAL
Jadi jelas lah.... awak tahu tujuan mak saya....

SERINA
Jelas macam mana...

HAIKAL TUNJUK ISYARAT JARI DIA DAN SERINA.

HAIKAL
Mak nak kita rapat... kononnya nak jodohkan kita...  Awak jangan..

SERINA
Awak dengar sini.... Awak kata saya sombong.. awak kata saya bodoh.. awak ingat saya boleh berkenan dengan awak... Awak jangan mimpi... Pandang awak pun saya tak ingin... . MERUNGUT. Macam mana boleh ada anak macam awak... Emak baik.. penyayang.. anak... macam jin... Patutlah tak ada orang nak..

HAIKAL NAIK MARAH. TAPI DIA MENARIK NAFAS PANJANG MENAHAN MARAH. HAIKAL TIDAK SEDAR DIPERHATIKAN DARI JAUH OLEH ROSMAH.

HAIKAL
Saya tak mau gaduh dengan awak hari ni... Saya hormat bapa awak... dia pun ada di sini... Jadi saya tak mau ganggu awak...

SERINA
Bagus macam tu.. asalkan awak faham... saya tak akan ada hati dengan awak... Kalau awak lelaki terakhir dalam dunia ni pun.. saya tak ingin... PAUSE. Awak tak kacau saya... saya tak kacau awak.. 


DARI LUAR NAMPAK ROSMAH MEMANDANG MEREKA DENGAN RAZALI BERADA BERDEKATANNYA.

ROSMAH
Mereka dah mula bersembang... nampak macam ada harapan...

RAZALI
Awak betul betul suka dengan Serina tu...?

ROSMAH SENYUM PANDANG RAZALI. DIA MENGANGGUK

ROSMAH
Serina dah macam anak saya sendiri....

ROSMAH TERUS MASUK KE DALAM DAPUR. RAZALI MEMANDANG ISTERINYA.

ROSMAH
Huh... Rancak sembang... Siapa yang nak masak masak merah... PADA SERINA. Haikal ni Serina memang pandai memasak...

HAIKAL DAN SERINA SERBA SALAH MEMANDANG SAMA SENDIRI.

TUNJUKKAN SEDIKIT MONTAGE KETIKA MEMASAK MASING MASING SEDANG CURI PANDANG MASING MASING KETIKA MEMASAK. INI SEBENARNYA UNTUK MENGUATKAN TANGAPAN MASING MASING DAN PENILAIAN MEREKA.

1. SERINA MENCARI TEPUNG UNTUK MEMBASUH AYAM. DIA MENYELONGKAR KABINET HAIKAL SEAKAN FAHAM MELIHAT. HAIKAL MENGAMBIL TEPUNG DARI BEKASNYA DAN DILETAKKAN DI SEBELAH SERINA. HAIKAL TERUS MENGAMBIL ASAM JAWA UNTUK DIRENDAM.

2. SERINA MELETAK AYAM DAN DIA CURI PANDANG HAIKAL YANG MENGELUARKAN CILI BOH DARI PETI SEJUK. HAIKAL MEMANDANG SERINA YANG SEGERA MELARIKAN MATANYA.

3. SERINA SEDANG MENGGORENG AYAM APABILA HAIKAL MENCURI PANDANG KE ARAHNYA. HAIKAL MELIHAT SERINA BERPELUH MENGGORENG AYAM DAN LANGSUNG TIDAK MEMPEDULIKAN HAIKAL.   

CUT TO

46B. DALAM. TEMPAT MAKAN RUMAH RAZALI. SIANG.
PELAKON: RAZALI, HAIKAL, HALIM, AZIE, YUSUF, ROSMAH, SERINA

RAZALI DAN TETAMUNYA DUDUK MAKAN DI MEJA. NAMPAK SUASANA CERIA KETIKA MEREKA 2 KELUARGA MAKAN. HALIM RANCAK BERBUAL. RAZALI SESEKALI MEMERHATIKAN TELATAH HAIKAL YANG NAMPAK OLEHNYA KURANG BERMINAT. ROSMAH DAN SERINA PULA NAMPAK BEGITU MESRA. ROSMAH MENGANGKAT LAUK DAN DIMASUKKAN KE PINGGAN SERINA DAN LEBIH BANYAK MELAYAN SERINA. TUNJUKKAN JUGA HAIKLA MELIHAT SEGALA TINGKAH LAKU SERINA. DAN SESEKALI SERINA MENCURI PANDANG KE ARAH HAIKAL.

CUT TO

46C. DALAM. RUANG TAMU RAZALI. SIANG.
PELAKON: HAIKAL, SERINA, ROSMAH

POV SERINA MEMANDANG BEBERAPA BARANGAN YANG DI LETAKKAN DI ATAS AL,ARI KACA ATAU SHELP KACA RUMAH RAZALI. PANDANGAN SERINA KEMUDIAN TERPAKU KEPADA BEBERAPA BARANGAN KRISTAL PADA ALMARI TERSEBUT. DIA MENAGAMBIL SALAH SATU BEBOLA KRISTAL DI SITU DAN MELIHATNYA, KEMUDIAN TERSENYUM.

ROSMAH
Hai.. senyum seorang.... Tentu ada cerita...

SERINA BERPUSING MEMANDANG ROSMAH YANG SUDAH MENDEKATINYA. DIA SENYUM PADA ROSMAH DAN MELETAKKAN KEMBALI BEOLA KRISTAL TERSEBUT.

SERINA
Senyum kerana dunia ni kecil.... Serina sangat suka dengan barangan kristal ni... Makcik pun suka juga nampaknya..

ROSMAH
Suka apa? Kristal ni...? Bukan makcik punya tu... Haikal yang kumpul... Tah apa kena dengan dia... dua tiga tahun lepas dia mula kumpul kristal kristal tu... Bila dia pindah ke rumah dekat tempat kerja dia tu... dia tinggal di sini... tak bawa... kata dia sini lebih selamat...

SERINA
Semua ni... Barang anak makcik...?

ROSMAH
Haikal... Tengoklah.. makcik nak tengok apa pakcik kamu buat di depan sana...

ROSMAH BERGERAK DARI SITU. SERINA MEMANDFANG ROSMAH YANG BERGERAK DARI SITU. DIA KEMUDIAN MEMANDANG KE ARAH KRISTAL TERSEBUT. SEKALI LAGI MENGANGKAT DAN MELIHAT KRISTAL DI SITU. DIA TERSEDAR KEMUDIANNYA HAIKAL MEMANDANGNYA DISUDUT YANG AGAK JAUH. MEREKA BERPANDANGAN.

CUT TO


46C. LUAR. RUMAH RAZALI. SIANG
PELAKON: HAIKAL, HALIM, SERINA, RAZALI, ROSMAH, AZIE  DAN YUSUF.

SERINA MEMANDU KERETANYA KELUAR DARI LAMAN RUMAH RAZALI. DI SEBELAHNYA BAPANYA. ROSMAH DAN KELUARGA HAIKAL MENGHANTARNYA KELUAR. KERETA YANG BERADA DI LUAR RUMAH RAZALI MENGIKUT NYA.
PADA MASA YANG SAMA HALIM MENUJU KE KERETANYA.

HALIM
PADA AZIE. Ayang... abang ada hal sikit.... Ayang balik dengan Haikal.... Betul ni... abang nak cepat...

BELUM SEMPAT AZIE MEMBALAS, HALIM MASUK KERETA DAN MELAMBAI KE ARAHNYA. DIA MEMANDU KERETA KELUAR. AZIE CUMA MEMANDANGNYA.

CUT TO

46D. DALAM. LAMAN RUMAH RAZALI. SIANG
PELAKON : HAIKAL DAN RAZALI

HAIKAL DUDUK DI LUAR LAMA RUMAH SEORANG DIRI. DIA DIAM. RAZALI NAMPAK HAIKAL SEORANG DIRI DAN DIA MENDEKATI ANAKNYA.

RAZALI
Tengah fikir apa Haikal...???

HAIKAL
Tak ada apa ayah... Fikir hal remaja tua...

RAZALI
Nampak macam Haikal tak berapa suka dengan Serina tu... Kenapa?

HAIKAL
Tak ada lah tak suka... PANDANG AYAHNYA. Cuma susah Haikal nak cakap... Mungkin tak jadi dengan calon mak tu...

RAZALI
Tak jadi tak pa... PAUSE. Jangan pening kepala...  Haikal tau mak tu beriya sangat nak anak perempuan macam Serina tu... Tak jadi kita buat anak angkat.. Pandai pandailah ayah pujuk mak...

HAIKAL PANDANG AYAHNYA YANG DUDUK DI SEBELAHNYA.

RAZALI
Hubungan jangan dipaksa.. nanti yang nak susah.. Haikal..
PAUSE. Jadi .. jadi lah.. .tak jadi.. tak apa.... Ini soal jodoh... PAUSE. Haikal kata nak sembang panjang dengan Pakcik Yusuf pasal kilang minyak dia..

HAIKAL
Hari Sabtu depan, dia suruh jumpa dia...

TUNJUKKAN ANAK DAN BAPA BERBUAL.

CUT TO.

47. LUAR. RESTORAN MEWAH. SIANG
PELAKON: HALIM. MUNI

HALIM BERJUMPA MUNI DAN MEREKA BERBUAL. MUNI GEMBIRA BERSAMA HALIM.

CUT TO

48. DALAM. BILIK ZAIDI. SIANG
PELAKON: ZAIDI

GAMBAR HAIKAL DIGANTUNG. RUPA PARAS ZAIDI DIKENALPASTI APABILA DIA MENCONTENG MUKA HAIKAL.   DIA MELIHAT GAMBAR SERINA DENGAN PENUH MINAT DAN KEMUDIAN MELIHAT PADA GAMBAR HAIKAL. DIA MENGAMBIL PISAU DAN MENIKAM GAMBAR HAIKAL  MARAH.

ZAIDI
Kenapa tiba tiba ada pula budak ni!!!! MARAH PADA GAMBAR HAIKAL.

CUT TO

49. DALAM . RUMAH HALIM/BILIK TIDUR. MALAM
PELAKON: AZIE

AZIE TERJAGA DARI TIDUR. DIA MELIHAT HALIM TIADA DI TEPINYA. DIA BANGUN PERLAHAN DAN KEMUDIAN KELUAR DARI BILIK.

CUT TO

49A. DALAM. RUMAH TAMU HALIM. MALAM.
PELAKON: HALIM, AZIE

HALIM DI DEPAN TVNYA. DIA TERSENYUM SENGIH MEMBALAS SMS DENGAN MUNI. SESEKALI DIA MEMANJANG LEHER MEMANDANG BELAKANG TENGOK SAMA ADA AZIE MEMANDANG.

TANPA PENGETAHUAN HALIM AZIE MENCURI PANDANG APA YANG DILAKUKAN OLEH HALIM.  AZIE BERSANDAR PADA DINDING TERASA AGAK KECEWA.

CUT TO

50. DALAM. PEJABAT HALIM. SIANG.
PELAKON: MUNI, HALIM
HALIM DI PEJABATNYA. TERDENGAR KETUKAN DI PINTU PEJABATNYA. HALIM MEMANGGIL MASUK. NAMPAK OLEHNYA MUNI MASUK. MUNI BERI SALAM.

HALIM
Dah sampai pun Muni...

HALIM SEGERA BANGUN. DIA MENANGGALKAN BAJU KOTNYA DAN LETAKKAN PADA KERUSINYA.

HALIM
Kalau begitu jom... kita tak banyak masa.. Masa untuk makan tengahari pendek aje...

MUNI
Pejabat abang cantik...

HALIM
Ya ke.. nanti abang tunjukkan bahagian lain di sini... Ayah abang sebagai pengerusi ada di tingkat atas... Abang uruskan pemasaran... PR. Seminar terbaru yang abang nak anjurkan ... Impak Perdagangan Terbuka Kepada Petani... Jom..

MEREKA KELUAR DARI PEJABAT.

CUT TO

50A. LUAR. TEMPAT PARKIR OPIS HALIM. SIANG
PELAKON: HALIM, AZIE, MUNI

AZIE MELETAKKAN KERETANYA. DIA KELUAR DARI KERETA DAN MULA BERJALAN. PADA MASA YANG SAMA MUNI DAN HALIM KELUAR BERJALAN KE ARAH KERETA HALIM. HALIM TIDAK NAMPAK ISTERINYA. DIA BERBUAL MESRA DENGAN MUNI. AZIE YANG NAMPAK MEREKA BERGERAK MENDEKATI MEREKA. HALIM HENDAK MEMBUKA KERETANYA APABILA AZIE MENYAPA

AZIE
Huh.. Azie dah agak... tak ada kerja lain...

HALIM TERSENTAK DENGAR SUARA ISTERINYA. MUNI MEMANDANG HALIM DENGAN PENUH TANDA TANYA.

AZIE
Abang nak pergi mana ni... dan.. ini siapa pula...? PADA MUNI

HALIM
Masalah ni.... (TAKUT) Yang.. ini... ini....

AZIE
Yang seorang lagi...  Oo.. ini kerja abang.... patutlah tak pernah nak balik rumah...

MUNI DIAM BERFIKIR. DIA NAMPAK HALIM SERBA SALAH. DIA PANDANG AZIE YANG TENGAH MARAH. DIA TUNDUK MENARIK NAFAS.

MUNI
Kakak ni tentu isteri Encik Halim... Kakak jangan serba salah....  Saya dan Encik Halim ini ada temujanji perniagaan...
Nampaknya saya terpaksa tunda ke waktu lain.... tak sesuai untuk Encik Halim... tak tahu pula dia ada janji dengan kakak...

MUNI BERGERAK DARI SITU AGAK KECEWA. HALIM MEMERHATINYA KEMUDIAN PANDANG ISTERINYA.

HALIM
Awak dah melampau.. serang saya di pejabat saya sendiri...

HALIM BERGERAK MENINGGALKAN AZIE. DIA MENGIKUT MUNI DAN CUBA MEMUJUK MUNI. AZIE MEMERHATI MEREKA DENGAN PENUH KECEWA.

CUT TO    

51. LUAR. RUMAH HAIKAL. MALAM
PELAKON: HAIKAL, HALIM, AZIE

HAIKAL SEDANG BERKEBUN KETIKA HALIM MASUK KE DALAM HALAMAN RUMAHNYA. DIA NAMPAK MUKA HALIM YANG AGAK KECEWA.

HAIKAL
Ini sah.. gaduh lagi.... Nampak macam gaduh besar....

HALIM
Abang ni jahat sangat ke Haikal?

HAIKAL
Nak kena jawab ke...

HALIM SERIUS PANDANG HAIKAL.

HALIM
Haikal pun tak faham masalah abang... bukan senang orang nak faham... abang tak marah... nampak luaran abang ada isteri cantik.. Baik... Abang bahagia.. tapi jauh sekali.. Nanti dah kahwin tau lah...  Abang dah naik bengang.. Kak Azie dah merepek.. telefon 10 minit sekali... periksa itu ini.... Kita balik malam... dia angkat baju periksa sama ada ada rambut perempuan ke tidak... Paling tak tahan.. kalau kita cakap apa pun dia akan herdik... Perli... Abang dah bosan di rumah... Dalam rumah tangga paling penting sekali.. percaya..

HAIKAL DIAM PANDANG ABANGNYA. DIA DEKATI ABANGNYA DAN MEMBERI PENCAKAR RUMPUT KEPADANYA.

HAIKAL
Jangan fikir sangat... Masalah dah memang masalah... Cuba hilang 'stress' dulu... kita selesai masalah kemudian..

HALIM MEMANDANG HAIKAL DAN KEMUDIAN SENYUM. DIA MULA MENCAKAR RUMPUT DI SITU.
PADA MASA YANG SAMA HAIKAL NAMPAK AZIE BERDIRI DI PINTU PAGAR RUMAHNYA.

HAIKAL
Haikal nak keluar sekejap... TUNDING MULUT PADA ABANGNYA.

HALIM MEMANDANG BELAKANGNYA DAN NAMPAK AZIE DI SITU. DIA TERUS MENCAKAR. HAIKAL BERGERAK KELUAR. DIA BERJALAN KAKI MENINGGALKAN RUMAH. ZAIDI YANG MELIHATNYA DARI KERETA KEMUDIANNYA MENGEKORINYA PERLAHAN.

DI HALAMAN RUMAH HAIKAL AZIE MENDEKATI HALIM.

HALIM
Azie... abang tahu abang jahat.. selalu menyusahkan Azie.. Jadi abang buat keputusan untuk bahgiakan Azie...
AZIE DIAM MEMANDANG HALIM. HALIM BERGERAK UNTUK DUDUK DI TEMPAT DUDUK BERDEKATAN.

AZIE
Apa maksud  abang...

HALIM
Kita ke mahkamah... dan selesaikan cerai di mahkamah... Abang tak mau menyusahkan Azie lagi...

AZIE
Apa abang kata ni... ?

HALIM
Azie tak nampak ke... abang selama ni banyak berlakon.. abang dah menyampah buat perangai macam tu... sentiasa berlakon nak ambil hati Azie.. takut nak buat itu ini... Kalau pusing sikit abang takut Azie kecil hati dan kita gaduh.. Abang takut kalau lama sangat berlakon... dah tak ada ruang untuk abang jadi baik... Jadi jalan terbaik kita berpisah....

AZIE BEGITU TERKEJUT DENGAN KATA KATA HALIM.

CUT TO

52. LUAR. GERAI MAKAN. MALAM
PELAKON: HAIKAL, ZAIDI

HAIKAL MAKAN SEORANG DIRI APABILA ZAIDI BERJALAN KE MEJANYA DAN MINTA DIRI UNTUK DUDUK DI SITU. HAIKAL MENGIYAKAN.

ZAIDI
Biasa nampak... makan seorang saja...

HAIKAL
Rumah dekat... tinggal seorang pula.. Makan beramai ni makan masa...

HAIKAL TERUS MAKAN. ZAIDI ASYIK MEMANDANGNYA. HAIKAL RASA PELIK. DIA MEMANDANG ZAIDI DAN MEMBERI SENYUM.

HAIKAL
Tak makan....?

ZAIDI
Tunggu pesanan...

HAIKAL SENGIH LALU TERUS MAKAN.

ZAIDI
Saya nampak awak umur dalam 30.. betul tak?

HAIKAL PELIK MENDENGAR SOALAN BEGITU. DIA MENGANGGUK.

HAIKAL
32... Kenapa?

ZAIDI
Dah 32 .. tak kahwin lagi...

HAIKAL
KETAWA. Tak ada masa... dan tak cadang nak berkahwin... Belum lagi..

ZAIDI
Maknanya tak ada kawan rapat lah... Perempuan.. Kalau ada pun cuma buat kawan sajalah.. Main main... Macam tu?

HAIKAL RASA PELIK DENGAN SOALAN TERSEBUT. DIA KEMUDIAN TUNDUK UNTUK MAKAN TIDAK MENJAWAB TAPI RASA AGAK PELIK. APABILA DIANGKAT KEPALANYA, ZAIDI TELAH BERGERAK DARI SITU. HAIKAL GELENG KEPALANYA.

HAIKAL
CAKAP SENDIRIAN. Ada pula manusia pelik macam tu... Tiba tiba tanya aku ada teman ke tidak...

HAIKAL KETAWA.

TIME LAPSE.

HAIKAL SELESAI MAKAN DAN DIA BERJALAN PERGI DARI SITU SEORANG DIRI. APABILA DIA MELINTASI JALAN YANG AGAK KOSONG TIBA TIBA SAJA DIA DISERANG DARI BELAKANG OLEH ZAIDI. ZAIDI KEMUDIAN MEMBELASAHNYA.

HAIKAL
Adoi.. kenapa pula ni...

ZAIDI
Dah kau rampas kekasih aku.. kau main main pula...

HAIKAL MELINDUNGI MUKANYA APABILA DIA TERJATUH MELENTANG DI JALANRAYA. ZAIDI MENUMBUK PERUT DAN MENYEPAKNYA. HAIKAL TAK SEMPAT MELAWAN. PADA MASA YANG SAMA SEORANG YANG BERLALU DI SITU MENJERIT KUAT KE ARAH MEREKA.

ORANG LALU LALANG.
Hoi.... Buat apa tu....

DENGAR SAJA ORANG MENJERIT ZAIDI MENYEPAK HAIKAL BUAT KALI TERAKHIR DAN KEMUDIAN BERGERAK DARI SITU. DIA BERHENTI MEMANDANG HAIKAL

ZAIDI
Kamu jaga... aku belum selesai dengan kamu...

ZAIDI KEMUDIAN BERLARI DARI SITU. ORANG YANG LALU LALANG KEMUDIAN SAMPAI LALU CUBA MEMBANTU HAIKAL. HAIKAL BANGUN TERDUDUK.

ORANG LALU LALANG
Kenapa ni adik...

HAIKAL GELENG KEPALANYA.

CUT TO

53. LUAR. RUMAH HAIKAL. MALAM
PELAKON: HAIKAL, AZIE

HAIKAL BALIK KE RUMAH DALAM KEADAAN LETIH DAN SAKIT. DIA BARU SAHAJA HENDAK MASUK KE RUMAHNYA APABILA TERDENGAR SUARA AZIE MENANGIS BERDEKATAN. DIA MENCARI SUARA TERSEBUT DAN NAMPAK AZIE DUDUK BERDEKATAN POKOK-POKOK BUNGANYA. HAIKAL DUDUK DI SEBELAH KAKAKNYA.

HAIKAL
Kakak... tak tahu pula Haikal nak cakap apa...

AZIE
Abang dah buat keputusan nak berpisah...

HAIKAL
Berpisah macam mana..... bercerai? Pula..

AZIE MENGANGGUK. HAIKAL DIAM SEBENTAR.

HAIKAL
Nanti Haikal nasihatkan dia... Kakak pun sama... Haikal cakap.. kakak jangan marah atau ambil hati... Ini dah nak jadi begini.. Haikal nak cakap...

AZIE CUMA DIAM MEMANDANG HAIKAL

HAIKAL
Orang macam kakak dan abang ni buat Haikal malas nak kahwin... Bila kahwin takut pula tak bebas... Naik pening juga.. kalau setiap 10 minit isteri telefon tanya kita buat apa... Daripada kakak merepek begitu baik kakak cari jalan untuk seronokkan abang bila dia balik ke rumah... Kakak lawa.. tak perlu berhias banyak... Mungkin buat benda lain.. Masak benda dia suka... Jangan masak seorang.. Ajak dia masak sama... Tanya dia benda yang dia tahu.. Abang suka bertukang... mungkin kakak boleh tolong dia bertukang.. Biar dia seronok di rumah...  Rumhtangga kak..  biar seronok untuk balik... Haikal ni tak pandai kak... sebab belum kahwin.. tapi kalau dah kahwin... Haikal nak begitu.... Kalau Haikal dah suka dok di rumah... mungkin dah tak jahat di luar... HAIKAL NAK TEGUR LAH. Haikal tengok akak.. buat rambut saja dah 3 jam.. waktu abang balik pula tu... Kemudian... ada hari bersenam sampai pukul 11 malam.. Ini bagi ruang pada abang rasa sunyi di rumah... Apa lagi .. mulalah dia jahat...

AZIE
Untuk abang juga tu.. kakak berdandan.,..

HAIKAL
Bukan soal untuk abang lagi kak... tapi untuk rumah tangga... Kakak berhias atas nama abang.. .tinggal abang 3 jam seorang di rumah... Naik bosan juga macam tu... Ubah cara hidup.. usaha untuk seronokkan rumah tangga.. PAUSE. Kakak baliklah rumah... nanti Haikal pujuk abang... gertak sikit mak marah.. ok lah nanti...

AZIE PANDANG HAIKAL. DIA DIAM.

AZIE
Serina tentu beruntung dapat suami macam Haikal nanti...

HAIKAL JELING KAKAKNYA.

HAIKAL
Bila pula.. Haikal nak kahwin dengan dia... Tentang mata pun tak boleh..

AZIE BERGERAK PERGI.

AZIE
Serina dah jodoh Haikal... Tak ke mana...

AZIE BERGERAK PERGI DARI SITU. HAIKAL CUBA UNTUK BANGUN DAN DIA RASA SAKIT.

HAIKAL
Esok pagi.. kena jogging... Badan tak kuat ni.. kena belasah...

HAIKAL BANGUN DENGAN KESAKITAN.

CUT TO

54. LUAR. PEJABAT SERINA. MALAM.
PELAKON: SERINA

SERINA KELUAR DARI OPISNYA MENUJU KE KERETANYA. HARI MASIH GELAP.

CUT TO

55. LUAR. JALANRAYA. MALAM

HAIKAL BERLARI PERLAHAN DENGAN MEMAKAI PAKAIAN SUKAN. SUASANA MASIH GELAP.

CUT TO

56. LUAR. PARKIR KERETA OPIS SERINA. MALAM
PELAKON: SERINA, HAIKAL, ZAIDI

SERINA MENGGERAKKAN KERETANYA DAN TERASA SESUATU YANG PELIK. DIA KEMUDIAN KELUAR MELIHAT DAN NAMPAK OLEHNYA KERETANYA PANCIT.

SERINA
Jadi kerja pula.. pagi pagi buta.. kereta pancit.. Nak tukar ke.. nak balik dulu...

SERINA PANDANG KELILING. TERDAPAT BEBERAPA ORANG LALU LALANG. SERINA KEMUDIAN BERGERAK KE BELAKANG KERETANYA MEMBUKA BONET.

PADA MASA YANG SAMA, ZAIDI KELUAR DARI BELAKANG BANGUNAN MEMERHATIKAN SERINA. DIA BERJALAN KE ARAH SERINA APABILA DIA TERPERASAN HAIKAL BERLARI KE ARAH SITU. DIA KEMBALI MENYEMBUNYIKAN DIRI. SERINA TUNDUK MEMBUKA SKREW TAYAR KERETA APABILA HAIKAL BERLARI BERDEKATANNYA. HAIKAL NAMPAK SERINA TUNDUK DAN DIA BERHENTI. SAMBIL TERSENYUM.

SERINA
Awak nak tengok saja ke.. nak tolong...?

HAIKAL
Nak tolong? Tolong buat aapa... orang perempuan sekarang serba boleh... Serba mampu...

SERINA
Sudahlah.. jangan cari gaduh pagi pagi.. Tak mau tolong... pergi jauh...

HAIKAL
Ini jalan awam... bukan jalan persendirian.. .Saya suka di sini... Udara segar.. pemandangan cantik..

HAIKAL BERSENAM DI SITU.  SERINA MENERUSKAN USAHANYA MEMBUKA TAYAR KERETANYA. DIA KEMUDIANNYA MENURUNKAN TAYAR DARI BONET. AGAK SUSAH. HAIKAL YANG MELIHAT RASA KASIHAN PULA. HAIKAL MELIHAT SERINA TEKUN BERUSAHA. DARIPADA TADI PANDANG DENGAN GERAM, KINI DIA RASA KASIHAN.
HAIKAL MELIHAT SERINA BERPELUH.  HAIKAL BERGERAK DEKATI SERINA

HAIKAL
Biar saya tolong... kasihan pula...

SERINA
Awak dekat saya.. saya jerit... Awak pergi...

HAIKAL SERBA SALAH BERGERAK DARI SITU.  DIA NAMPAK SERINA BERPELUH, NAIK KASIHAN. HAIKAL BERGERAK KE KEDAI 24 JAM BERDEKATAN.  PADA MASA YANG SAMA, SERINA BARU HABIS MENGENAKAN SKREW TERKAHIR. DIA BANGUN DAN CUBA MENGANGKAT TAYAR KERETANYA YANG PANCIT KE DALAM KERETA. PADA MASA YANG SAMA ZAIDI SAMPAI.

ZAIDI
Nak saya bantu...

SERINA PANDANG ZAIDI

SERINA
Tak mengapa... dah selesai..

ZAIDI DEKATI SERINA. SERINA NAIK CUAK.

SERINA
Saya kata tak mengapa... tak payah...

ZAIDI
Kenapa susah sangat nak terima saya Serina... Saya dah kata... saya sanggup tunggu awak... Dah setahun saya tunggu.. untuk jumpa awak... Ingat tak... hari ni tahun lepas kita jumpa..

SERINA
Awak ni dah gila kot... Kita keluar makan sekali... itu pun berkurun lepas.. Tak pernah pun saya ingat saya berkenan dengan awak...

ZAIDI MENARIK TANGAN SERINA

ZAIDI
Awak ni sengaja jual mahal... Saya rayu pada awak ni... Saya bukannya nak ap[akan awak .. cuma... nak ajak awak..

PADA MASA YANG SAMA HAIKAL SAMPAI.

HAIKAL
Hai.. awak buat apa tu... pagi pagi buta dah kacau perempuan...

ZAIDI BERPUSING MEMANDANG HAIKAL YANG SUDAH BERDIRI DI BELAKANGNYA. SERINA NAMPAK SERBA SALAH.

ZAIDI
Kamu lagi... Bagus.. aku selesaikan masalah kita hari ni..

ZAIDI BERPUSING BERDEPAN HAIKAL. HAIKAL TERUS MENUMBUK ZAIDI. ZAIDI DENGAN MUDAH MENGELAK DAN DIA KEMUDIAN MENUMBUK MATA HAIKAL MEMBUAT HAIKAL TERGAMAM. DIA TIDAK BERGERAK DAN KEMUDIAN JATUH TERDUDUK BERSANDAR PADA KERETA AZIE.

ZAIDI
Padan muka... puas hati aku...

ZAIDI BERPUSING MENGADAP SERINA DAN TIDAK SEMENA MENA DIA TERSENTAK APABILA SERINA MENUMBUKNYA DENGAN KUAT PADA HIDUNGNYA. DIA TERJATUH KERANA TERKENA TUMBUKAN SERINA. SERINA KEMUDIAN MENUMBUKNYA KALI KEDUA PADA MATANYA. ZAIDI TERUS TERBARING DI JALANRAYA. SERINA MENDAPATKAN HAIKAL. HAIKAL MULAI SEDAR DAN BERSANDAR PADA KERETA SERINA.

SERINA
Macam mana nak jadi hero... elak tumbukan pun tak tahu..

HAIKAL
Pagi pagi buta ni gelap... tak nampak...

SERINA
Pinau lagi...? TUNJUK JARI. Berapa ni?

HAIKAL SENYUM

HAIKAL
Saya tak apa... Hari ni saja dua kali saya kena belasah.... Oleh orang yang sama... Rekod...  PANDANG PADA ZAIDI. Macam mana dia boleh jadi macam tu...

SERINA
Perempuan sekarang banyak ke gym...

HAIKAL KETAWA. SERINA HAIRAN MELIHAT HAIKAL KETAWA. DIA PANDANG HAIKAL

SERINA
Apa yang lucu...

HAIKAL
MASIH KETAWA. Saya ingat... saya yang selamatkan awak... rupanya terbalik.. Saya betul betul harap nak selamatkan awak.. Cuma macam tu kita boleh berbaik...

SERINA KEMUDIAN SENYUM PADA HAIKAL. HAIKAL DIAM MEMANDANG SERINA YANG SENYUM PADANYA. NAMPAK OLEHNYA SERINA SEORANG YANG CANTIK.

CUT TO

57. LUAR. HALAMAN RUMAH HAIKAL. SIANG
PELAKON: SERINA, HAIKAL

KERETA SERINA SAMPAI DAN HAIKAL KELUAR DARI KERETA. SERINA MEMBUKA TINGKAP DAN MEMANDANG HAIKAL

SERINA
Jangan lupa taruh ais pada mata tu.. PANDANG RUMAH HAIKAL Rupanya awak tinggal di sini.. Rumah saya tak jauh.. ke depan sikit..

HAIKAL
Si Mamat tadi macam mana?

SERINA
Dia dah faham kot saya tak suka kat dia... Orang sekarang... Kita keluar sekali saja dengan dia.. dia dah ingat kita berkenan dengan dia... Kalau dia tak faham...         SERINA TUNJUK PENUMBUK.

HAIKAL KETAWA LAGI. SERINA SENYUM PANDANGNYA.
SERINA HAIRAN KENAPA.

SERINA
Apa yang lucu lagi?

HAIKAL
Kita lah... Kita yang lucu... Kita boleh sembang dengan baik... tak lucu ke...

SERINA KETAWA. DIA BUKA KERETA DAN KEMUDIAN KELUAR.

SERINA
Saya nak cakap dengan awak sikit.. boleh?

HAIKAL
Cakaplah...

SERINA
Awak tentu faham keluarga kita nak jodohkan kita... kan?

HAIKAL MENGANGGUK.

SERINA
Tak tahu macam mana nak cakap...

HAIKAL
Cakap lah.... Tak mengapa... mata saya sakit... Kalau awak takut hati saya sakit kalau awak cakap... Rasanya beban di mata ni... dah sangat kuat... KETAWA.

SERINA
Buat masa ni susah saya nak rapat dengan orang.. .kerana saya rasa... saya dah berkenan dengan seseorang... Dia.. pelik... tapi saya nak cakap... Teman emel saya... Saya harap awak faham...

HAIKAL
Orang tu dah tahu ...

SERINA
Belum.. itu yang kacau sikit.. .Saya dah kenal dia tiga tahun... Saya ingat nak beranikan diri beritahu dia.. saya suka dia.. Awak faham kan?

HAIKAL MENGANGGUK.

HAIKAL
Kita kawan sajalah macam tu... Lagipula.. mak saya sukakan awak.. Pi balik pi balik jumpa juga...

SERINA MENGANGGUK. SERINA KETAWA.

SERINA
Macam tak percaya.. kita boleh cakap baik macam ni...

HAIKAL TURUT KETAWA.

HAIKAL
Awak ada emel... mana tau saya boleh emel satu dua perkara pada awak... boleh kan?

SERINA MENGANGGUK. DIA MENGELUARKAN KERTAS DARI KERETANYA DAN MENULIS.

SERINA
Emel saya... Berlian Terserlah@Yahoo.com...

HAIKAL PANDANG SERINA.

HAIKAL
Berlian Terserlah.... ? Emel awak?

SERINA
Berlian Terserlah @yahoo.com Kenapa?

HAIKAL
Tak adalah.. pelik nama begitu.. ...

SERINA PANDANG HAIKAL. DIA BERHARAP HAIKAL KENAL DIA. HAIKAL CUMA MENUNDUK SERBA SALAH.

SERINA
Saya suka batu kristal... Malah saya ada minta batu kristal dari dia... Dia saja buat diam..  PAUSE. Saya pergi dulu...
Jangan lupa taruh ais.. .

HAIKAL
Saya minta maaf ... gaduh dengan awak dulu dulu..

SERINA MENGANGGUK. SERINA MASUK KE DALAM KERETA. DIA BERGERAK DARI SITU. HAIKAL MEMANDANGNYA PERGI.

HAIKAL
Serina... Berlian Terserlah...

CUT TO

58. LUAR. JALANRAYA. SIANG
PELAKON: SERINA

SERINA MEMANDU KERETA. DIA TERINGAT KEMBALI PERTEMUAN DIA DENGAN HAIKAL. TUNJUKKAN KEMBALI SC DIA BERGADUH DENGAN HAIKAL.

HAIKAL DAN SERINA BERGADUH DI KEDAI 24 JAM
HAIKAL DAN SERINA BERGADUH DI LIF OPIS SERINA
HAIKAL BERGADUH DI RUMAH HAIKAL
HAIKAL DITUMBUK KERANA BANTU SERINA SC 76
HAIKAL BERDIRI SEORANG DIRI DITINGGALKAN SERINA PADA SC SEBELUM.
HAIKAL KETAWA DALAM KESAKITAN SC 76

SERINA SENYUM INGATKAN HAIKAL.

CUT TO

59. DALAM. BILIK HAIKAL. SIANG
PELAKON: HAIKAL, ROSMAH, RAZALI

HAIKAL DI DEPAN KOMPUTERNYA. DIA MEMBUKA KEMBALI EMEL BERLIAN TERSERLAH TAPI TAK TAU APA NAK BUAT. DIA DIAM. ROSMAH DAN RAZALI MASUK KE BILIKNYA.

RAZALI
Serina telefon bagi tahu kau sakit... betul ke?

HAIKAL PANDANG BAPANYA.

HAIKAL
Tak ada lah ayah.. sikit saja... sakit luaran nampak.. Seminggu dua sembuh... Sakita luaran lain dibanding sakit dalaman... Sakit di dalam siapa tahu...

ROSMAH PANDANG PADA EMEL TERBUKA. RAZALI KEMUDIAN KELUAR BILIK MENINGGALKAN ROSMAH DAN HAIKAL. NAMPAK HAIKAL YANG AGAK KUSUT.

ROSMAH
Bersastera pula...

HAIKAL
Tak ada lah mak ... sakit di mata ni tak seberat sakit di hati... Yang peliknya mak .. siapa sangka.. orang yang kita paling benci.. jadi orang yang kita sayang...

ROSMAH
Kalau dah tahu.. hati tu sakit... taruh lah ubat... jangan biar.. Bak mak tengok mata Haikal..

HAIKAL
Tak ada apa mak... mak ni.. buat haikal macam budak budak.. .

ROSMAH
Dah nama pun anak... Kalau begitu mak tinggalkan kamu... Jangan lupa... mak nak anak mak berani berdepan dengan masalah... Jangan takut... Sekali pun mak dengan ayah tak suka keputusan Haikal... Haikal mesti berani..

ROSMAH BERGERAK KELUAR. HAIKAL SENYUM PANDANG EMAKNYA.

HAIKAL
Abang dengan kakak Azie macam mana... mak dah selesaikan...

ROSMAH
Dah... mak suruh mereka pergi bercuti di Penang... Ubah angin...

ROSMAH MENINGGALKAN HAIKAL. HAIKAL DIAM SEKETIKA. DIA MEMANDANG KOMPUTER. DIA MENEKAN PADA IKON REPLY.

HAIKAL
JEJAKA PILIHAN )) Saya nak jumpa awak di restoren tempoh hari... Ini sangat penting buat saya... Awak mesti datang... Esok 18.10. jam 4 petang... Saya akan kenal awak...

HAIKAL TERAGAK UNTUK MENGHANTAR. DIA KEMUDIAN MENEKAN IKON SEND.

CUT TO

60. DALAM. PEJABAT SERINA. SIANG
PELAKON: SERINA

SERINA SEDANG BERJALAN BILA TELEFONNYA MEMBERI ISYARAT DIA MEMPUNYAI EMEL. SERINA MEMBUKA DAN MEMBACANYA. DIA DIAM SANDAR PADA DINDING.

CUT TO

61. DALAM. RESTORAN. SIANG
PELAKON: SERINA DAN HAIKAL

SERINA SAMPAI DI RESTORAN. DIA MASUK PERLAHAN DAN PANDANG KELILING. SERINA KEMUDIAN MEMILIH TEMPAT YANG MEMBELAKANGKAN PINTU MASUK. DIA MASIH SERBA SALAH.

SERINA
Betul ke dia kenal aku...

SERINA RASA GEMENTAR JUGA. TANGANNYA BERPELUH. TIBA TIBA DIA RASA SEJUK.

PADA MASA YANG SAMA HAIKAL MASUK KE DALAM KEDAI. DIA MEMANDANG KELILING DENGAN SERIUS DAN KEMUDIAN NAMPAK RAMBUT SERINA. DIA BERJALAN KE ARAH SERINA. DIA BERJALAN SEHINGGA BERDIRI DI SEBELAH SERINA. NAMPAK SAJA HAIKAL SERINA MEMANDANG KE ARAH LAIN KEMUDIANNYA SERINA PANDANG SEMULA.

SERINA
Awak ada di sini... Kita sembang lain kali.. saya ada temujanji.. SERINA RASA MALU. Saya tak mau awak di sini.. nanti saya malu...

SERINA PANDANG HAIKAL YANG NAMPAK SENYUM KEPADANYA. HAIKAL MENGELUARKAN BOLA KRISTAL LALU DILETAKKAN KE MEJA SERINA. SERINA MEMANDANG BOLA KRISTAL TERSEBUT DAN KEMUDIAN BERDIRI BERDEPAN HAIKAL.

SERINA
Jadi awak... Awak Jejaka Pilihan... Dari semalam lagi.. saya harap awak lah dia... Saya doa awak dan dia orang yang sama..  supaya kurang sikit masalah saya...

HAIKAL
Tiga tahun lepas.. saya suka awak... Saya harap emel awak sentiasa.. Sebelum saya tidur saya harap saya dapat baca emel awak.. Kalau awak tak hantar emel saya risau.. Semalam awak sentuh hati saya.. Awak buat saya jatuh hati dengan awak... 

SERINA
Tiga tahun lepas.. .Bila jejaka pilihan menyapa saya, saya harap saya dapat kawan yang baik sepanjang hidup ini... Semalam saya berharap saya tak pernah jatuh hati pada jejak pilihan...kerana adanya awak..  

SERINA DIAM MEMANDANG HAIKAL.

CUT TO

62. LUAR. CLOSING MONTAGE. SIANG

TUNJUKKAN SUASANA GEMBIRA DI DALAM KELUARGA RAZALI DI RUMAH RAZALI.

RAZALI MENIMBANG CUCU DENGAN HAIKAL DAN SERINA BERDIRI RAPAT.
AZIE DAN HALIM BEGITU RAPAT DI MANA AZIE MEMBANTU HALIM MENGETAM KAYU ATAU MEMBUAT MEJA DARI KAYU.

CUT TO

63. DALAM. BILIK ZAIDI. SIANG

ZAIDI DI KOMPUTER SEDANG CHATTING.  PADA DINDINGNYA TERGANTUNG GAMBAR PEREMPUAN YANG LAIN DARI SERINA.

FREEZE.

No comments: