Wednesday, November 21, 2012

New! ARYNA Business card Holder for Naydee

Assalammualaikum,

Today I am supposed to continue sewing for pending orders, but somehow, I was annoy by my business cards lying around on my cutting table, and so, hey, I need a holder to keep my cards, I don't want to put it in my wallet, that will make it bulky. I browsing thru every image and tutorial and found only similar design and with button or snap closure. I am a simple person, and I need a simple design but very interesting enough for everyone to have an impression of must have one! (impian yang melebih-lebih seorang tukang jahit haha)

And so I came up to this design, it is indeed very simple but, to snip every corner and to stitch also to maintain the smoothness and crisp of the curves are most challenging one! I completed this within an hour, (the purple color fabric, had to make two, the first one is a bit smaller).



The first one is a bit smaller :)


This will be available in my shop in December for ready stock items.

Sunday, November 11, 2012

Mommy boleh buat macam ni dak?

Assalammualaikum...

Baru-baru ni ketika di KL menemani suami yang menjalani pembedahan mata, ketika saya dan anak-anak terperuk di hotel, Hadif datang kepada saya yang ketika itu sedang bersantai di atas katil.

"Mommy, mommy boleh buat macam ni tak?". Dan saya ikut dia buat. Bagi saya mudah aje apa yang dia suruh buat tu.










Dan dia buat satu benda lain pula, saya buat, masih mudah. Saya terfikir ketika itu, untuk usia seorang kanak-kanak 4 tahun, perkara yang paling mudah bagi kita, adalah sesuatu yang sangat teruja buat mereka. Seronok kan?

Kita pun patut mencontohi anak-anak cara depa menjalani kehidupan kadang-kadang tu, I believe there are always something that they can teach us in life? Right?

My kids always make me think about life...how to be happy and even how to smile! :)

Monday, October 15, 2012

NAYDEE's giveaway/contest winner(s)

Assalammualaikum/Hi...

Contest/Giveaway NAYDEE baru sahaja habis semalam. Hanya 6 penyertaan ^^
Kecewa tiada sambutan? Tidak, saya tidak kisah kerana niat saya hanya memberi dan menggembirakan orang. Gambar-gambar yang dihantar pada saya sangat menyentuh saya, mengingatkan pada anak-anak saya setiap kali mereka mewarna dan 'berkarya'. Happy, teruja yang berlebihan hehe...tekun. Keseronokan yang dapat saya lihat pada mata setiap anak-anak peserta terpancar. Kanak-kanak boleh bergembira walaupun dengan hanya sehelai kertas dan satu set warna.
Kita mesti belajar cara mereka berseronok, tak gitu?
Berikut adalah peserta-peserta NAYDEE:

1. Puan Roshida Che Ya
(Raina)


2. Puan Ida Sumie
(Raha)


3. Puan Idayu Ahmad
(Amjad)


4. Puan Yati Salem
(Nur Izzati)


5. Puan Hany Fariza Fuad
(Nufayl & Nuha)



6. Puan Salmi Azina
(Ilhan)


Pemenangnya....
Kesemuanya bakal mendapat satu set color roll dari NAYDEE!

Moga anak-anak comel ini akan sentiasa ceria dan bahagia walaupun dengan hidup yang penuh dengan cabaran di masa akan datang...

Para peserta diminta PM alamat dan nombor telefon ke FB saya/NAYDEE ya.
Penghantaran color roll adalam berperingkat kerana, setiap item dari NAYDEE adalah custom made khas untuk anda! ^^

Tahniah sekali lagi.

-Liza Azman

Monday, September 24, 2012

Prototype

Assalammualaikum
Hi

Projek ini dah lama terbengkalai, tak terfikir langsung untuk meneruskan projek ini, tetapi, entahlah angin apa, petang tadi, belek-belek beg yang terbengkalai ini, tangan terus potong lining dan cantum. Saya terus aje bekerja sehingga selesai. Apa pendapat anda? (n_n)


Badan luarnya saya menggunakan denim merah yang di quilt kan. Saya menggunakan  batting 230gm. Hiasan luarnya menggunakan kulit asli.
Memandangkan ini adalah prototype, main hentan aje bahan-bahan yang ada, binding tu pun main ambil aje yang dah siap hehe...nak cepat siaplah katakan :)
Strap-nya boleh dilaras juga menggunakan fabrik denim.


Zip pun tak kena ye hehehe...janji dapat tengok end produk :D


Bukan main lama menjahit kulit especially bahagian scallop tu, kalau sersasar dan terpaksa buka balik jahitan, maka nampaklah lubang-lubang, jadi kenalah 0 error apabila bekerja dengan kulit.


Ini bahagian gusset, besar di bawah dan semakin kecil di tangkai (sambungan strap). Silalah beri komen, terfikir nak buang scallop design tu bila nak buat produk sebenar. Pendapat anda?

Tutorial ruffles foot dari saya :)

Assalammualaikum
Hi,

Seperti yang semua sedia maklum, saya ada membeli ruffls foot di Hatyai, beberapa bulan yang lalu. Kepada yang sukakan ruffles pada projek-projek menjahit anda, tidak kira pada bantal, atau baju kanak-kanak perempuan, footer ini memang sangat sesuai untuk anda!

Harga yang saya beli RM200, harganya lebih mahal dari yang ada di pasaran tempatan, entahlah kenapa harganya jauh lebih mahal, tetapi saya pasti ada kelebihannya tersendiri, lebih kukuh dan tahan lama, mungkin? Jahitannya lebih baik, mungkin? Ini hanya anda yang boleh membandingkan hasilnya.

Saya pergi ke Hatyai, selalunya setiap hujung bulan, kalau sesiapa ingin memesan dari saya, dengan harga RM230 (RM200 harga footer, RM30 harga poslaju + kemungkinan pengenaan cukai 30% + upah anak-anak saya makan ais krim hehe...) Kalau bersetuju dengan harga saya, bolehlah saya ambil pesanan. Tapi hanya apabila saya ke sana untuk mencari materials menjahit saya :)

Ruffles foot ini mempunya 4 settings untuk ruffles
1. setiap jahitan dikedutkan
2. setiap 6 jahitan dikedutkan
3. setiap 12 jahitan dikedutkan
4. tiada kedutan dihasilkan (boleh digunakan seperti footer biasa jahitan lurus)

Apabila anda membeli dengan saya ruffles foot ini, anda akan mendapat ruffles foot dan benda bulat plastik ini (nanti saya akan beritahu tujuan benda bulat plastik ini ye)

Juga 2 helai kertas yang mengajar anda tentang ruffles foot, cara pemasangan dan jika terjadi trouble shooting.

Ini adalah bahagian dimana setting ruffles yang anda mahukan, nombor satu bermaksud, setiap jahitan dikedutkan, nombor enam bermaksud setiap 6 jahitan dikedutkan da nombor 12 bermaksud setiap 12 jahitan dikedutkan.

Nampak tak garisan-garisan melintang tu? Tujuan garisan-garisan itu adalah untuk adjust kekedutan (error)

Nampak kan screw untuk jarum tu?

Buka screw jarum tu sampai habis dan masukkan plastik bulat tu dan screw kembali dengan ketat (kalau tak ketat nanti tercabut pula jarumnya...hehe)

Ni saya ketatkan screwnya

Untuk meletakkan ruffles footer tu, anda terlebih dahulu perlu memastikan benang atas dan benang bobbin dah tersedia. Kemudian, buka screw ini ye.

Dan keluarkan terus klip pemegang footer.

Cakukkan ruffles foot dan screw kan, opss...nanti dulu....sebelum itu, anda harus pasti sesuatu...

Cangkuk yang ada pada ruffles foot tu harua dalam posisi ini. Dan inilah tujuan sebenar plastik bulat itu :) menjaga footer dan mesin supaya tidak rosak :)

Selitkan kain antara dua blades yang ada pada ruffles foot....

sehingga hujung atau mengikut kehendak projek anda.


Gambar ini bertujuan untuk menunjukkan kain diselit antara 2 blades, nampak tak?

Okay, dah boleh mula menjahit seperti biasa! :)

Lihatlah betapa anda kagum dengan ruffles foot anda bekerja hehe...

Inilah hasil untuk setting 12 jahitan satu kedutan

Ini pula setting untuk 1 jahitan satu kedutan

Ini pula setting 6 jahitan 1 kedutan
Kesemua jahitan sangat kemas, saya jamin, cuma saya tak berkesempatan nak perbetulkan kainnya itu kerana Naydee ketika ini demam, jadi, saya terus ambil gambar aje tanpa memperkemaskan kain.

Harap penerangan ini berguna pada mereka yang telahpun memiliki ruffles foot tapi tidak tahu cara untuk menggunakannya. Terima kasih! Sebarang pertanyaan bolehlah email kepada saya atau tinggalkan komen di post ini! (n_n) Selamat mencuba!!