Sunday, September 23, 2012

KELAS MENJAHIT BEG

Assalammualaikum
Hi

Semalam (Ahad, 23hb Sept, 2012) telah berlangsung kelas menjahit Jue Organizer Bag di studio kecil di rumah saya. Seorang sahaja pesertanya, Sumaiyah Shahar dari Kangar, Perlis :)

Saya lebih suka antara seorang atau dua orang sahaja pelajar untuk satu-satu sesi kerana lebih mudah memberikan sepenuh perhatian dan penerangan penting untuk setiap step. Sumaiyah, rupanya memang ada asas menjahit dan sangat dedikasi dalam menyiapkan setiap tugasan, beliau juga tidak ralat untuk menetas jahitan beberapa kali sehingga berpuas hati dengan mutu jahitannya, satu ciri penting seorang tukang jahit yang harus ada agar kualiti jahitan dijaga Beliau ada pengalaman menjahit baju-baju kemeja lelaki dan sebagainya, tetapi kini beliau lebih meminati menjahit set tidur baby. Kalau ada yang berminat untuk menempah bolehlah melawat Facebook beliau.

Mutu jahitan Sumaiyah amat kemas untuk yang pertama kali belajar buat beg, saya yakin dengan latihan yang berterusan, beliau mampu menjahit beg yang cantik-cantik :)

Beliau dapat menyempurnakan beg pertama beliau dalam hanya 4 setengah jam sahaja! Sangat membanggakan :)

Cantikkan hasil tangan Sumaiyah :)

Sumaiyah dan begnya!
Terima kasih Sumaiyah kerana sudi belajar buat beg dengan saya, harapnya yuran yang dikenakan setimpal dengan ilmu baru yang diajar, ye, dan harap berpuas hati dengan pengajaran saya :)

Anda bila lagi? :) Marilah bersama saya!

6 comments:

Anonymous said...

Salam,
Ada buat lg ke kelas mnjahit bag?Email pd sy kalau de kelas lg noraini.bahrom@gmail.com

Lynn Damya said...

salam, wahh class ni kat mana ye? sy teringinnnn betul nk belajar buat beg..byk kali tgk tutorial di blog and yutube, tp xfaham2..haha :p
cantiklah beg sumayah jahit tu, adorable..hehe

Nomaliza Azman said...

Waalaikumsalam Lynn,
buat masa sekarang ni, kelas di Kedah, tapi saya ada perancangan untuk berjalan seluruh Malaysia untuk membuat kelas menjahit beg :) Tunggu ya!

Anonymous said...

Sy ingin belajar mnjahit bag. Add fb sy erinmerlissa..kl ade ke...

ila asita said...

Salam ..sy berminat utk belajar mmbuat beg.. Boleh add Fb sy juga... Ila asita juraimi atau..boleh wassap sy 01139066850

Liza Azman said...

Salam Erinlerlissa dan Ila Asita, boleh ke page FB Naydee untuk PM saya ye. Terima kasih.