Monday, September 24, 2012

Prototype

Assalammualaikum
Hi

Projek ini dah lama terbengkalai, tak terfikir langsung untuk meneruskan projek ini, tetapi, entahlah angin apa, petang tadi, belek-belek beg yang terbengkalai ini, tangan terus potong lining dan cantum. Saya terus aje bekerja sehingga selesai. Apa pendapat anda? (n_n)


Badan luarnya saya menggunakan denim merah yang di quilt kan. Saya menggunakan  batting 230gm. Hiasan luarnya menggunakan kulit asli.
Memandangkan ini adalah prototype, main hentan aje bahan-bahan yang ada, binding tu pun main ambil aje yang dah siap hehe...nak cepat siaplah katakan :)
Strap-nya boleh dilaras juga menggunakan fabrik denim.


Zip pun tak kena ye hehehe...janji dapat tengok end produk :D


Bukan main lama menjahit kulit especially bahagian scallop tu, kalau sersasar dan terpaksa buka balik jahitan, maka nampaklah lubang-lubang, jadi kenalah 0 error apabila bekerja dengan kulit.


Ini bahagian gusset, besar di bawah dan semakin kecil di tangkai (sambungan strap). Silalah beri komen, terfikir nak buang scallop design tu bila nak buat produk sebenar. Pendapat anda?

2 comments:

Suzie said...

Cantik ....suka .Hehehehe rasa sedih sebab kalqau saya jahit cfm x jadi cam ni ...

Nomaliza Azman said...

Suzie,
Jangan sedih! Kalau dengan latihan yang berterusan, dan passion yang juga berterusan, tak mustahil, hasil Suzie jauh lebih baik dari saya :)