Monday, September 24, 2012

Prototype

Assalammualaikum
Hi

Projek ini dah lama terbengkalai, tak terfikir langsung untuk meneruskan projek ini, tetapi, entahlah angin apa, petang tadi, belek-belek beg yang terbengkalai ini, tangan terus potong lining dan cantum. Saya terus aje bekerja sehingga selesai. Apa pendapat anda? (n_n)


Badan luarnya saya menggunakan denim merah yang di quilt kan. Saya menggunakan  batting 230gm. Hiasan luarnya menggunakan kulit asli.
Memandangkan ini adalah prototype, main hentan aje bahan-bahan yang ada, binding tu pun main ambil aje yang dah siap hehe...nak cepat siaplah katakan :)
Strap-nya boleh dilaras juga menggunakan fabrik denim.


Zip pun tak kena ye hehehe...janji dapat tengok end produk :D


Bukan main lama menjahit kulit especially bahagian scallop tu, kalau sersasar dan terpaksa buka balik jahitan, maka nampaklah lubang-lubang, jadi kenalah 0 error apabila bekerja dengan kulit.


Ini bahagian gusset, besar di bawah dan semakin kecil di tangkai (sambungan strap). Silalah beri komen, terfikir nak buang scallop design tu bila nak buat produk sebenar. Pendapat anda?

Tutorial ruffles foot dari saya :)

Assalammualaikum
Hi,

Seperti yang semua sedia maklum, saya ada membeli ruffls foot di Hatyai, beberapa bulan yang lalu. Kepada yang sukakan ruffles pada projek-projek menjahit anda, tidak kira pada bantal, atau baju kanak-kanak perempuan, footer ini memang sangat sesuai untuk anda!

Harga yang saya beli RM200, harganya lebih mahal dari yang ada di pasaran tempatan, entahlah kenapa harganya jauh lebih mahal, tetapi saya pasti ada kelebihannya tersendiri, lebih kukuh dan tahan lama, mungkin? Jahitannya lebih baik, mungkin? Ini hanya anda yang boleh membandingkan hasilnya.

Saya pergi ke Hatyai, selalunya setiap hujung bulan, kalau sesiapa ingin memesan dari saya, dengan harga RM230 (RM200 harga footer, RM30 harga poslaju + kemungkinan pengenaan cukai 30% + upah anak-anak saya makan ais krim hehe...) Kalau bersetuju dengan harga saya, bolehlah saya ambil pesanan. Tapi hanya apabila saya ke sana untuk mencari materials menjahit saya :)

Ruffles foot ini mempunya 4 settings untuk ruffles
1. setiap jahitan dikedutkan
2. setiap 6 jahitan dikedutkan
3. setiap 12 jahitan dikedutkan
4. tiada kedutan dihasilkan (boleh digunakan seperti footer biasa jahitan lurus)

Apabila anda membeli dengan saya ruffles foot ini, anda akan mendapat ruffles foot dan benda bulat plastik ini (nanti saya akan beritahu tujuan benda bulat plastik ini ye)

Juga 2 helai kertas yang mengajar anda tentang ruffles foot, cara pemasangan dan jika terjadi trouble shooting.

Ini adalah bahagian dimana setting ruffles yang anda mahukan, nombor satu bermaksud, setiap jahitan dikedutkan, nombor enam bermaksud setiap 6 jahitan dikedutkan da nombor 12 bermaksud setiap 12 jahitan dikedutkan.

Nampak tak garisan-garisan melintang tu? Tujuan garisan-garisan itu adalah untuk adjust kekedutan (error)

Nampak kan screw untuk jarum tu?

Buka screw jarum tu sampai habis dan masukkan plastik bulat tu dan screw kembali dengan ketat (kalau tak ketat nanti tercabut pula jarumnya...hehe)

Ni saya ketatkan screwnya

Untuk meletakkan ruffles footer tu, anda terlebih dahulu perlu memastikan benang atas dan benang bobbin dah tersedia. Kemudian, buka screw ini ye.

Dan keluarkan terus klip pemegang footer.

Cakukkan ruffles foot dan screw kan, opss...nanti dulu....sebelum itu, anda harus pasti sesuatu...

Cangkuk yang ada pada ruffles foot tu harua dalam posisi ini. Dan inilah tujuan sebenar plastik bulat itu :) menjaga footer dan mesin supaya tidak rosak :)

Selitkan kain antara dua blades yang ada pada ruffles foot....

sehingga hujung atau mengikut kehendak projek anda.


Gambar ini bertujuan untuk menunjukkan kain diselit antara 2 blades, nampak tak?

Okay, dah boleh mula menjahit seperti biasa! :)

Lihatlah betapa anda kagum dengan ruffles foot anda bekerja hehe...

Inilah hasil untuk setting 12 jahitan satu kedutan

Ini pula setting untuk 1 jahitan satu kedutan

Ini pula setting 6 jahitan 1 kedutan
Kesemua jahitan sangat kemas, saya jamin, cuma saya tak berkesempatan nak perbetulkan kainnya itu kerana Naydee ketika ini demam, jadi, saya terus ambil gambar aje tanpa memperkemaskan kain.

Harap penerangan ini berguna pada mereka yang telahpun memiliki ruffles foot tapi tidak tahu cara untuk menggunakannya. Terima kasih! Sebarang pertanyaan bolehlah email kepada saya atau tinggalkan komen di post ini! (n_n) Selamat mencuba!!


Sunday, September 23, 2012

KELAS MENJAHIT BEG

Assalammualaikum
Hi

Semalam (Ahad, 23hb Sept, 2012) telah berlangsung kelas menjahit Jue Organizer Bag di studio kecil di rumah saya. Seorang sahaja pesertanya, Sumaiyah Shahar dari Kangar, Perlis :)

Saya lebih suka antara seorang atau dua orang sahaja pelajar untuk satu-satu sesi kerana lebih mudah memberikan sepenuh perhatian dan penerangan penting untuk setiap step. Sumaiyah, rupanya memang ada asas menjahit dan sangat dedikasi dalam menyiapkan setiap tugasan, beliau juga tidak ralat untuk menetas jahitan beberapa kali sehingga berpuas hati dengan mutu jahitannya, satu ciri penting seorang tukang jahit yang harus ada agar kualiti jahitan dijaga Beliau ada pengalaman menjahit baju-baju kemeja lelaki dan sebagainya, tetapi kini beliau lebih meminati menjahit set tidur baby. Kalau ada yang berminat untuk menempah bolehlah melawat Facebook beliau.

Mutu jahitan Sumaiyah amat kemas untuk yang pertama kali belajar buat beg, saya yakin dengan latihan yang berterusan, beliau mampu menjahit beg yang cantik-cantik :)

Beliau dapat menyempurnakan beg pertama beliau dalam hanya 4 setengah jam sahaja! Sangat membanggakan :)

Cantikkan hasil tangan Sumaiyah :)

Sumaiyah dan begnya!
Terima kasih Sumaiyah kerana sudi belajar buat beg dengan saya, harapnya yuran yang dikenakan setimpal dengan ilmu baru yang diajar, ye, dan harap berpuas hati dengan pengajaran saya :)

Anda bila lagi? :) Marilah bersama saya!