Monday, January 21, 2013

Doorgifts!

Assalammualaikum / Hi,

Selama hampir 2 hari, bertungkus lumus, merangka pattern, memotong, iron, memotong lagi dan menjahit, akhirnya, selesai juga 20 doorgift pouches ini untuk Husna.

Kombinasi warna yang comel oleh Husna, dengan fabrik yang sangat limited, phew, jenuh juga nak meletak pattern di fabrik, takutnya saya, jika tidak cukup.

Kedua-dua fabrik bunga dan polka dots ini secara rasminya buat masa ini telah habis! :)

Terima kasih Husna!

Pouches ini sangat praktikal dan berguna, penerima di majlis boleh menggunakan pouch ini untuk kegunaan seharian, kerana saya jahitnya dengan kualiti hand made dan sepenuhnya interfaced untuk menambah kekuatan produk :)

Setiap pouch ini disertakan dengan tag 'terima kasih' secara percuma.

Harap Husna dan tetamu akan suka pouch ini ye.



Untuk maklumat lanjut, bolehlah ke NAYDEE



3 comments:

Suzie said...

lawa sangat

Melor said...

hai selamat berkenalan. nama ku melor. cantik hasil tangan tu.

Nomaliza Azman said...

Terima kasih Suzie :)

Salam perkenalan buat Puan Melor juga :)