Tuesday, January 22, 2013

Lampu suluh

Assalammualaikum / Hi,

Tentu anda semua terfikir, lampu suluh pun cerita ke?
Hehe...sebenarnya, berkaitan juga dengan menjahit.
Saya ada masalah ketika hendak menjahit apabila menggunakan benang yang sama warna dengan fabrik.
Susah apabila tidak ada lampu seperti yang ada pada mesin jahit portable.

Saya pernah lihat promosi tentang lampu mesin jahit, ada juga kawan-kawan yang beli lampu meja/study.
Saya pernahlah juga mengutarakan masalah saya ni pada suami, minta dia belikan lampu mesin jahit, dia kata, tak payahlah...hmm...lama kemudian, saya minta pula lampu meja/study. Dia setuju, tapi makin lama dia terlupa agaknya...saya biarkan sahaja, tak apalah, masalah kecil seperti saya tak mahu mendesaknya sangat (n_n)

Tapi pagi ini saya amat memerlukan lampu...hmm...saya teringat yang kami ada lampu suluh yang sangat-sangat praktikal, rasanya, kat Changlun ni, inilah benda yang berguna yang saya jumpa hehehe...

Lampu suluh ni mengeluarkan cahaya putih (apa ke nama lampu putih ni, lupa pula! LED ke?)
Ada dua cahaya, satu, kalau nak pencahayaan yang terang, buka lampu bahagian tepi ini.


Cerah kan? (n_n)

Satu lagi pencahayaan adalah seperti lampu suluh biasa.

Memang sangat cerah dan sesuai sekali untuk penggunaan yang tidak kerap, mudah alih pula (n_n) dan praktikal!
Kalau tak digunakan untuk menjahit, bolehlah digunakan sebagai lampu suluh (n_n)
Murah aje, harga serendah RM7+ sahaja :)

2 comments:

Mila@Rimbun said...

Betullah Liza, rasanya kalau jahit fabric hitam, dengan benang hitam, dengan takde lampu mcm portable, memang susah nak tengok lurus ke tak jahitan kan... akak pernah ckp jugak kat hubby, nak guna lampu study ikea (ada kat rumah tp tak pakai) but hubby kata x sesuai ler plak... sampai sekarang ler tak berlampu lg

Nomaliza Azman said...

Itulah kak, susah benor bila menjahit menggunakan benang yg sama warna dengan fabrik. Tapi untuk penggunaan yang sekali sekala, berbaloilah lagipula boleh guna sebagai lampu suluh hehehe...