Sunday, February 17, 2013

The pedi set pouch prototype

Assalammualaikum/Hi,

Lamanya tak update blog, aih, malas kadang tu nak duduk menhadap komputer.
Saya baru selesai siapkan prototype setelah tertangguh lama di atas masalah kesihatan seorang ahli keluarga saya, apapun cukup lega dan gembira kerana selesai tugas yang diberikan.

Pedi set pouch ini tidak diberi kelengkapan isinya, jadi terpaksalah dibeli isi kandungannya untuk mendapatkan saiz dan ukuran yang tepat, ketahuilah wahai mereka-mereka yang order secara custom made, penyediaan produk untuk sesuatu casing atau cover atau beg amatlah dihargai, klau nak buat custom size blackberry, hantar mai blackberry anda pada saya untuk dapatkan ukuran setepatnya hehehehe...tapi betul, tanpa benda didepan mata, agak susahlah nak buat prototype nya, Harap memahami.

Mulanya, saya buat dengan menggunakan fabrik saya, sebanyak 2 attempts untuk mendapatkan hasil yang agak baik (tak cantik sangat pada pandangan saya)

Adalah flaws yang sangat banyak bila buat prototype ini :(
Tapi tak kisah, yang penting untuk mendapatkan ukuran dan cara kerja yang lebih baik dan perletakkan yang sesempurna mungkin.



Dan bila sudah mendapatkan kesemua informasi yang diperlukan, saya teruskan dengan tugas membuat produk menggunakan fabrik yang disediakan oleh pelanggan saya :)

Ini adalah hasilnya, masih ada flaw lagi dan boleh diperbaiki, harap tuan kedai suka :)





2 comments:

Mila@Rimbun said...

Wow cantiknya.nampak a bit complicated, binding tuh guna handstitch ker liza?
Memang tak nampak beza sgt between those two....

Nomaliza Azman said...

Memang complicated kak Mila, tapi sangat excited menjahit zip tu. Sebenarnya agak mudah menjahit zip tu, saya tengok pada bekas CD sebagai panduan :)Binding bila nak tutup baru jahit tangan, sebab saya tak suka tengok jahitan senget bila jahit guna mesin... :)