Tuesday, March 26, 2013

A little card

Assalammualaikum,
Hi,
Setiap hari agak tertekan untuk buka inernet, apabila semakin banyak manusia yang tidak kenang budi dan tiada adap memberi komen-komen yang sangat keji dan menyakitkan hati menjatuhkan kerajaan dan memperlekehkan segala yang berkaitan dengan kerajaan.
Janganlah hanya ambil cerita dan sebarkan fitnah, anda tidak tahu cerita hujung pangkal, jadi jangan pandai-pandai sebarkan cerita. Susah nanti kalian nak minta maaf jika apa yang kalian sebarkan adalah fitnah!

Walaupun kerajaan kita kini masih ada kelemahan dna kekurangan, tetapi setidak-tidaknya kita masih hidup dalam aman dan damai. Janganlah sehingga terlalu terdesak hendak tukar kerajaan sehingga maruah digadai! 

Sejujurnya, saya makin malas untuk membaca komen terutamanya dari rakan-rakan online Facebook, tetapi memandangkan saya berurusniaga secara online, maka terpaksa juga saya buka internet. 

Semalam, saya menerima sekeping kad dari Azah (Art by Azah Azrina), sangat simple kadnya :)
Terima kasih Azah, memang tak menjangka akan menerima kad itu :) 

Singgah-singgahlah ye ke PAGE Azah. Azah sangat berbakat, terutama sekali pembuatan hand made cards.




P/S: Saya doakan kerajaan kini akan menang dalam pilihanraya akan datang!

No comments: