Tuesday, January 22, 2013

Lampu suluh

Assalammualaikum / Hi,

Tentu anda semua terfikir, lampu suluh pun cerita ke?
Hehe...sebenarnya, berkaitan juga dengan menjahit.
Saya ada masalah ketika hendak menjahit apabila menggunakan benang yang sama warna dengan fabrik.
Susah apabila tidak ada lampu seperti yang ada pada mesin jahit portable.

Saya pernah lihat promosi tentang lampu mesin jahit, ada juga kawan-kawan yang beli lampu meja/study.
Saya pernahlah juga mengutarakan masalah saya ni pada suami, minta dia belikan lampu mesin jahit, dia kata, tak payahlah...hmm...lama kemudian, saya minta pula lampu meja/study. Dia setuju, tapi makin lama dia terlupa agaknya...saya biarkan sahaja, tak apalah, masalah kecil seperti saya tak mahu mendesaknya sangat (n_n)

Tapi pagi ini saya amat memerlukan lampu...hmm...saya teringat yang kami ada lampu suluh yang sangat-sangat praktikal, rasanya, kat Changlun ni, inilah benda yang berguna yang saya jumpa hehehe...

Lampu suluh ni mengeluarkan cahaya putih (apa ke nama lampu putih ni, lupa pula! LED ke?)
Ada dua cahaya, satu, kalau nak pencahayaan yang terang, buka lampu bahagian tepi ini.


Cerah kan? (n_n)

Satu lagi pencahayaan adalah seperti lampu suluh biasa.

Memang sangat cerah dan sesuai sekali untuk penggunaan yang tidak kerap, mudah alih pula (n_n) dan praktikal!
Kalau tak digunakan untuk menjahit, bolehlah digunakan sebagai lampu suluh (n_n)
Murah aje, harga serendah RM7+ sahaja :)

Travel Organizer ni pasti sangat istimewa...hmm...

Assalammualaikum / Hi,

Ahh...leganya rasa bila dapat siapkan travel organizer ni. 
Macam-macam masalah timbul, tetas menetas benang menjadi-jadi apabila saya tersalah lukis saiz dan poket dan tiga kali terpaksa redo poket berzip.
Selain itu, saya terlupa nak letak slot untuk brochure ketika saya dalam peringkat akhir menjahit binding, 
adoilah...sangat menguji tahap kesabaran saya dan keimanan saya :D

Tapi, apapun, selesai sudah, saya lega, mengambil hampir 2 hari untuk menyiapkan satu travel organizer ni :)
Banyak kelebihan ketika menyiapkan travel organizer ni :)

Terima kasih kak Zura, tanpa order kak, saya tak mungkin melalui kepayahan dan pengajaran yang saya kira sangat berharga buat perjalanan kerjaya saya :)

Kesilapan pertama, saiz poket tak kena!

Kesilapan kedua, dah siapdah jahit square tu, tetiba, masa nak trim bahagian belakang, terpotong pula kain depan tu! Adusss....


Tapi bila dah siap, cantik kan? (n_n)





Add caption

Monday, January 21, 2013

Doorgifts!

Assalammualaikum / Hi,

Selama hampir 2 hari, bertungkus lumus, merangka pattern, memotong, iron, memotong lagi dan menjahit, akhirnya, selesai juga 20 doorgift pouches ini untuk Husna.

Kombinasi warna yang comel oleh Husna, dengan fabrik yang sangat limited, phew, jenuh juga nak meletak pattern di fabrik, takutnya saya, jika tidak cukup.

Kedua-dua fabrik bunga dan polka dots ini secara rasminya buat masa ini telah habis! :)

Terima kasih Husna!

Pouches ini sangat praktikal dan berguna, penerima di majlis boleh menggunakan pouch ini untuk kegunaan seharian, kerana saya jahitnya dengan kualiti hand made dan sepenuhnya interfaced untuk menambah kekuatan produk :)

Setiap pouch ini disertakan dengan tag 'terima kasih' secara percuma.

Harap Husna dan tetamu akan suka pouch ini ye.



Untuk maklumat lanjut, bolehlah ke NAYDEE



Tuesday, January 15, 2013

Pencil cases

Assalammualaikum/Hi,

Bila musim persekolahan bermula, bermulalah episod saya menjadi guru di rumah (n_n)
Nas minta pencil case, bila Nas minta, Harraz akan minta, bila Harraz minta, pasti Hadif pula akan minta, 
untuk mengelakkan daripada saya terpaksa berhenti buat order untuk buat pencil case Nas,
saya buatlah terus untuk mereka bertiga...tapi end up dengan 5 pencil cases! 

Ni Nas punya, personally requested for this orange polka dots


Ni Harraz punya (n_n)

Ni Hadif punya, ada ABC sikit, sesuai untuk dia yang baru nak kenal huruf, agaknya?

In adalah lebih 2 yang saya buat, ada yang mahu? (n_n)


Sunday, January 13, 2013

New resolution for 2013

Assalammualaikum/Hi,

It had been awhile since my last post, my goodness!
This year, I will try my best to post something here.
I've been busy with routinize my sewing, my new year resolutions are to complete a product at least 1 per day. And so far so good! (n_n)

Here is for a start, for all of you who just starting to sew, here is a link to learn a basic sewing - sewing straight line! And from that you can start your first simple project.


And from that lesson, you can start your first project, a burp cloth!