Friday, April 4, 2014

Magnolia Pillow Cover

Assalammualaikum,
Selesai juga quilted Magnolia Pillow Cover yang saya buat untuk memperindahkan studio saya di Jitra Mall :)

Memang memerah tenaga, tetapi bila dah siap, memang memuaskan hati ^^
Malangnya saya buat simple cushion cover, tak sempat nak buat piping keliling, kerana ada tugasan yang lebih berat menanti saya, tak apa, lain kali kita rajinkan buat piping tu hehe.....ada satu lagi pillow cover yang saya perlu buat tapi kali ini dengan design bunga ros...dah transfer pattern dah pun....apa pun kena tunggu sehingga selesai tugasan berat ni...

Ketika proses penampalan design atas fabrik
Proses menjahit zig-zig kecil pada design applique

Siap menjadi cushion cover dengan zip closure!

-Naydee

Sunday, March 30, 2014

Farah dari Taiping datang!

Assalammualaikum semua,
Jumaat yang lepas, seorang pelanggan dari Taiping yang beli mesin jahit Elvira Renova Touch telah datang ke studio saya untuk 'menuntut' pelajaran beg dari saya hehehe...Farah datang dan tinggal di rumah saya selama 2 malam untuk belajar menjahit beg :)



Memang biasanya, kalau ada sesiapa nak datang belajar buat beg, boleh tinggal di rumah saya, di tingkat atas, ada satu bilik kosong yang sentiasa terbuka untuk sesiapa yang datang dari jauh untuk bermalam.



Saya beri tugasan pertama untuk buat quilt cat yang comel ini, dan kemudiannya sebuah drawstring pouch dan Enadia Clutch :) 

InsyaAllah, saya akan bantu sebanyak mungkin dengan ilmu yang saya ada.

Wednesday, March 26, 2014

Naydee Studio dan design terbaru untuk Naydee

Assalammualaikum semua,
Lama sangat tak upload posting terbaru, saya sihat-sihat aje dan harap semua juga begitu ^^

Saya tak pasti sama ada semua dah tahu tentang studio yang baru buka di Jitra Mall, Jitra. Ya! Saya sentiasa ada di Jitra Mall, di studio saya. Di situlah tempat saya dan suami saya kini berkarya ^^

Di Naydee Studio, kami menawarkan kelas-kelas menjahit beg untuk anak-anak seawal usia 8 tahun sehingga dewasa. Juga ada jualan sedikit aksesori untuk menjahit beg. Kepada yang ingin menempah beg, boleh datang singgah di studio saya ye, taklah grand sangat studio saya tu, tapi buat masa ini berpuas hati juga ada studio sendiri :) InsyaAllah, kami ingin memperindahkan lagi studio ini, doakan saya ya!




Baru-baru ini, kami sedang menyiapkan katalog untuk kraftangan, produk-produk yang ada dari Naydee/Batik Craze berasaskan batik untuk tempahan dari kraftangan juga pasaran antarabangsa. Sebenarnya, memang dah lama nak cuba mengetengahkan produk kami di pasaran antarabangsa, malangnya, orang kerdil macam saya ni mana nak kenal orang, pernah juga bekerjasama dengan beberapa expatriate yang juga promosikan batik Malaysia, malangnya tiada kepuasan di situ. Biasanya harga yang diminta terlalu rendah, merendahkan semangat kerja saya. Sedih juga jika tiada yang menghargai mutu kerja kita, tapi tak apa, setiap yang berlaku ada pengajarannya buat saya :)

Ni design baru untuk Naydee, sesuai untuk anak-anak lebih-lebih lagi bila travel, juga untuk dewasa yang suka melukis hehe...
Boleh muat 12 warna dan 3 pen serta 3 pensel!



Jadi, saya berpendapat, kerjasama dengan Kraftangan lebih baik, lebih ada kepuasan dan lebih ada 'kemelayuan' di situ, walaupun akan makan masa bertahun-tahun untuk berjaya, saya yakin pengalaman bertahun-tahun yang akan datang itu mematangkan produk saya dari segi kualitinya. Baru-baru ini sekali lagi saya mendapat tawaran kolaborasi dengan Kraftangan Kedah lagi, kolaborasi kedua bersama mereka, juga rezeki dengan Kraftangan Kuala Lumpur selepas ini, Alhamdulillah, walaupun banyak juga kesusahan yang saya hadapi untuk cuba promosikan batik Malaysia melalui pembuatan beg, saya sudah mendapat tapak permulaan, insyaAllah, tapak ini lebih kukuh!

Pandangan saya, jika anda ingin mendapatkan produk Batik atau produk warisan Melayu, dapatkan terus dari pembuatnya oleh orang kita sendiri, kerana pendapatan yang mereka dapat dari anda adalah bersih tanpa melalui orang tengah! Kan? :)

Ohh...doakan saya lebih rajin meng-update perkara-perkara terkini :D
Biasanya saya lebih gemar update FB Naydee dan Elvira Malaysia saja, sebab cepat, untuk update blog, kena buka PC yang internetnya laju dalam pukul 3am ke atas huhu...nangis! Tapi saya cuba yang terbaik ya!

Monday, January 20, 2014

Naydee - Sewing Studio

Assalammualaikum semua!

Lama tak update berita terkini. Banyak yang berlaku dalam kehidupan seharian saya, yang paling terbaru, saya baru mendapatkan kunci kedai di dalam Jitra Mall, Jitra, Kedah ^^

Memang banyak yang perlu dibuat, semuanya dibuat sendiri untuk menjimatkan kos, mujurlah anak-anak juga seronok nak bantu terutamanya sesi mengecat kedai.




Kedai ni asalnya warna hijau + hitam + putih. Ouch! Memang bukan warna saya, adoi...jadi suami dan saya sepakat untuk ubah warna. Putih + Pastel pink + Kelabu. Perabot sepatutnya dalam warna putih semua, tapi, bajet tak tinggi sekarang, guna aje apa yang ada dulu, nanti kita ubah apa yang patut, kan? ^^

Semalam dah siap cat coating (putih) hari ni harapnya dah boleh cat warna pink dan kelabu, sebenarnya cepat aje ni, dah anak bongsu saya tu terlalu kreatif orangnya, lumur cat ke tangan macam tengah mandi, adoilah...terpaksa cut-short trip kerja...hari ni nampaknya kena dok rumahlah anak ooii...hehehe...

InsyaAllah perancangannya nak buka bulan depan, apapun jika selesai semuanya dalam masa yang ditetapkan, akan dibuka. Jadi warga Jitra, Changlun, Alor Setar, dan Perlis pakat-pakat mai lah nanti naaaa, nak belajar menjahit, nak tengok mesin jahit Elvira, nak beli aksesori menjahit, mai kedai ya!


Ni design flyer yang masih dalam perbincangan dengan rakan kongsi.
Tulis bahasa English, harap tak susah nak faham ya? Saya percaya orang Kedah pun dah boleh bertutur dan memahami bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris dalam flyer ni ringkas dan padat, tak susah nak faham, rasanya...

Lokasi kedai tingkat 1, Jitra Mall (kedai sebelah tak ingat nama, tapi jual kerusi urut...nanti saya update dengan details lagi)

Moga ketemu lagi!! :)