Friday, August 14, 2015

Chocolate Cake! Who doesn't like it??

Assalammualaikum dan salam bahagia!

Hari ini kali ketiga buat chocolate cake untuk anak-anak. Macam-macam resepi di surf di internet, tetapi ada yang tak kena selera, tak kena cara dan tak kena bahan hahaha...tak kena bahan tu sebab tinggal di Sg. Siput ni kalau sesiapa penggemar 'baking' memang sakit hati sebab bahan yang mudah nak cari pun tak jumpa.

Resepi chocolate cake ni (saya suka sangat ejaan chocolate sebab rasa terliur pula bila sebut kan? Hehe) saya dapatkan daripada cikgu baking saya, dia sahabat saya di alam maya dan sangat rapat (kalau scroll whatsapp panjang berjela-jela, kira rapatlah kan hehe...)

First time buat dulu tak berapa menjadi, ada rasa 'kukus' dan juga sebab saya ni penakut nak putar butter dan gula lama-lama, takut mixer saya rosak hahaha...lawak!

Dua hari lepas buat, menjadi sangat! Sedap dan tak sempat nak ambil gambar, maklumlah, nak ambil gambar kena setting lawa-lawa, nak bagi gambar nampak cantik, tapi hampa sebab kejap ja kek dah habis!

Ini kali ketiga saya bake chocolate cake ni dan terus snap gambar, gambar harap maklum tak cantik sebab takut habis lagi hehehe...sedap teramat, guaranteed! Tiga kali cuba barulah saya kongsikan resepi kek ni. Nanti ada soalan bolehlah nak jawab hehehe...

Semoga menjadi kek anda dan selamat mencuba!


RESEPI KEK COKLAT CATH (MEOW!!)
===============================

140gm mentega
300gm gulakcastor
3 biji telur ayam besar (Gred A)
1 sudu besar chocolate emulco
220gm tepung naik sendiri
50gm serbuk koko
240ml susu segar

*susu dan serbuk koko dibancuh sekali, suamkan agar serbuk koko larut dan ketepikan agar bersuhu bilik.

Cara-cara membuat

1.  Putarkan mentega dan gula kastor sehingga kembang
2.  Masukkan telur sebiji demi sebiji
3.  Masukkan chocolate emulco
4.  Selang-selikan campuran susu dan tepung ke dalam adunan mixer
5.  Lapik dulang (saya guna pan bulat 9') dengan kertas mahjong ke, kertas A4 ke pun boleh
6.  Panaskan oven anda pada 170' selama 10-15 minit
7.  Masukkan adunan dan setkan masa ke 38 minit.
8.  Keluarkan dan dibiarkan sejuk.

Nota penting:
===========
Jangan susah hati kalau tak ada susu segar, saya dah cuba bancuh dengan susu tepung, pun boleh (ini saya yang memandai, bukan cikgu saya yang suruh...dia suruh susu segar hehe)

Susu yang dicampur dengan koko tadi harus bersuhu bilik sebelum dicampurkan ke adunan, kalau mengikut kata cikgu saya, hancur nanti adunan kek kalau tak bersuhu bilik. Saya tak lagi eksperimen apa yang terjadi kalau campuran susu suam panas dituang ke adunan, jadi saya tak tahu apa akan jadi...kalau anda ada masa nak buat eksperimen, jangan lupa kongsi ye hehehe...

Dulang tak perlu digriskan dengan mentega ya, cukup dilapikkan dengan sehelai kertas tekap atau kertas mahjong atau kertas A4. Mula-mula buat memang rasa nak skip step ni, nak griskan sebab semua resepi di internet suruh gris kan dulang, kan? Tapi saya ikut juga kata cikgu saya, syukur menjadi (cikgu ada pengalaman mem'baking' 8 tahun, ada hati lah saya nak menafikan kata-kata cikgu hehehehe....) Memang tak melekat.

Darjah kepanasan oven adalah bergantung pada oven masing-masing ye sebab oven saya kecil aje (28 liter), kalau saya ikut resepi di internet, mau hangit semua resepi yang saya cuba hahaha...) jadi, ya...kena rajin-rajin tengok kek ya, tapi AWAS! Jangan dok gatal tangan buka tutup oven...kang kek bantat pula. Bila agak-agak keliling dulang dah tanggal keknya dan atas kek bila rasa agak kering dah boleh tutup oven dan silalah catat masa yg sesuai mengikut oven anda. Senanglah bila lain kali nak buat CHOCOLATE CAKE ni!

Bila dah masak kek, keluarkan dan dibiarkan sejuk (mesti sejuk betul! Sejuk suhu bilik lah..kang pi buh dalam peti sejuk pula!) kalau masih panas diterbalikkan kek, memang penyek kek anda silap-silap lekat tapak tangan kat tengah kek hehehe....Bila diterbalikkan, keluarkan kertas dan terbalikkan semula diatas pinggan atau tempat kek...biarkan sejuk baru potong, kalau tak berderai kek anda (tapi tetap sedap!)

Topping untuk kek saya tak buat sebab tak cukup bahan. Tapi tak tambah topping pun sedap dan tak berlemoih! Nanti bila dah eksperimen dengan topping yang sedap saya kongsikan ye!

No comments: