Wednesday, September 30, 2015

Pes perencah dari Thailand

Assalammualaikum,
Mulai bulan ni terasa nak mula blogging setiap hari, tak mau malas-malas hehe...
Hari ni nak sembang pasal pes perencah dari Thailand. Pes ni saya beli di Pasaraya TF di Sg. Siput. Harga cuma RM2/paket (tu sebab utama saya rembat!) keduanya kerana ianya buatan Thailand dan halal. Mai dah 'gila' Thailand ni hehe...

Saya ni tak pernah langsung beli paste perencah ni, biasanya dalam perencah ada terlalu banyak penambah perisa tambahan, keluarga saya tak boleh nak terima penambah perisa. Akan sakit kepala (darah tinggi). Jadi tujuan membeli ni pun nak dapatkan rasa sesuatu masakan dan bahan-bahan yang diperlukan, nanti boleh buat paste sendiri pula.

Ada dua jenis pes yang saya beli adalah Panang Curry Paste dan Phad Prig Khing Curry Paste.

Semalam dah cuba Phad Prig Khing Curry Paste. Rasanya agak masam sedikit, memang Phad Prig masam kan? Ada paste agak masin, jadi kena pandai tambah asam, gula dan secubit garam, kalau kita nak tambahkan kuah. Keseluruhannya, paste ni bolehlah diguna pakai dalam keadaan terdesak tak tahu nak masak apa, kan? ;)

Panag Curry Paste belum lagi dicuba kerana memerlukan santan secawan...nanti akan saya update jika dah cuba. Apa paste perencah yang anda gunakan?






No comments: