Wednesday, October 7, 2015

NEW! OLIVIA WALLET!!

Assalammualaikum
Sehari dua ni pegang pattern apa pun tak kena, yang sebenarnya, saya menunggu untuk buat backpack wanita. Design beg yang baru tau! Hehe...Design ini pattern-nya dibuat oleh suami. Jadi makan masa sikit sebab dia perlu menyiapkan sinopsis-sinopsis drama untuk tahun hadapan.

Sebab mindset dah ditetapkan untuk buat beg tu, (untuk mengelakkan semangat menjahit lariii...) maka sebab itu saya telah mereka cipta design wallet baru, dengan anak-anak sekolah sebagai fungsi utama wallet ini.

Wallet kecil comel ini saya namakan Olivia (biasanya nama akan pop-up sendiri setiap kali saya selesai sesuatu design).

Untuk anak-anak sekolah rendah dan menengah (remaja simple hehe...) biasanya tidak membawa jumlah kad yang banyak. Jadi saya telah mereka wallet dengan 1 slot untuk letak kad (2-3 kad maksimum), satu slot untuk letak duit kecil dan satu slot untuk duit kertas. Saiznya telah dikecilkan supaya lebih mudah diletakkan didalam kocek baju kurung atau seluar.








No comments: